- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Showing posts with label Dakwah dan Harakah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan Harakah. Show all posts
Tuesday, July 26, 2011

Ya Allah, Kenapa susah untuk aku berubah secara konsisten. (Nafas Baru)


Dalam hidup ini pasti ada perubahan. Yang berubah secara konsisten adalah apa yang ada di sekeliling kita. Setiap zaman, pasti berubah. Sama ada semakin baik atau sebaliknya, wallahu'alam. Lihat saja pokok-pokok yang dahulunya baru tumbuh, kini sudah besar dan segar. ada juga yang tak sempat hidup sudah ditebang. Hutan yang dahulunya segar-bugar kini telah berubah menjadi kawasan bandar. Segelintir hutan saja yang dijaga dan dilindungi. Semuanya berubah, bukan? Semuanya konsisten. Dalam erti jata lain, istiqamah.
Sekali sudah berubah, tidak akan kembali pada yang asal.

TETAPI.

Manusia tidak berubah secara konsisten. Ada kalanya kita berubah menjadi matang. Ada kalanya kita kembali kebudak-budakkan atau disebut dalam bahasa Inggeris, childish. Memang tidak konsisten. Perubahan kita seperti graf. Ada naik turunnya. Ada yang naik secara mendadak. Ada juga yang secara perlahan, dan sebagainya. Hmm. Iyalah, kita bukan nabi, kita bukan Rasul untuk menjadi seorang yang perfect. Malah nabi dan rasul juga pernah membuat silap. Inikan pula kita. Kita ni lemah sgt untuk berpegang kepada sesuatu perkara. Terlalu lemah, dek kerana nafsu yg ada, serta bisikan syaitan yg sentiasa menusuki hati kita. Hanya kita yang perlu mempunyai iman yang kuat untuk menepis semua perihal negatif tu. Namun walau apa pun, kita TAK BOLEH KATA YANG IANYA MUSTAHIL. :) Untuk berubah secara konsisten mmg susah, tetapi tak mustahil.

Azam dan niat?

"aku nak berubah laa..." "aku tak nak buat mcm tu lagi..." "aku akan jadi lebih positif!" "aku tak nak merokok lagi!"

Rata-rata dari kita akan ckp dekat kawan-kawan, yang kita nak berubah laa, nak jadi baik laa, tak pun kita macam betul je tulis dekat diari or blog yg kita nak insaf dll. Tapi? bila perubahan tu nak berlaku? Masa bercakap nak berubah, fuh bukan main beremosi dan ada yang sampai menangis. Kalau boleh time tu jugak nak start berubah. Tapi.. Baru masuk langkah pertama nak berubah, dah lelah. Bila kena tegur, nasihat or kritik sikit, dah goyah. Lepas tu, kembali pada asal. :( Sedih kan? kalau mcm tu, menang lah syaitan. Ini merupakan bonus la utk syaitan sebab awal-awal kita dah menyerah kalah. Jadilah kuat, kita kena tabah kalau nak berubah ni. jadilah manusia yang berpendirian (berpendirian yang positif dan teguh). Biar la orang nak kata apa, janji kita yakin kita betul, dan benar di sisi Allah s.w.t.

Untuk berubah, kita kena ada niat. Sewaktu kita niat, syaitan akan memperlekehkan kita. Sebab time tu kita belum mulakan langkah kita untuk berubah. Pada mereka(syaitan), kita ni cakap je lebih tapi tak buat. Syaitan belum percaya lagi akan niat kita. :) Tercabar tak kawan-kawan?

PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Seelok-eloknya kita niat masa lepas solat. Setiap kali kita beribadah, kita niat. banyak kali lagi bagus, biar niat tu menjadi ingatan kita. Kemudian kita jangan lupa untuk berdoa kepada Allah, minta pertolongan padaNya agar dipermudahkan urusan kita untuk berubah, konsisten serta ditunjukkan jalan kearahNya. Allah sentiasa mendengar. Jangan pernah kita putus doa padaNya. Sebab itulah satu-satunya talian kita dengan Allah selepas solat.

PERTOLONGAN DIRI SENDIRI (USAHA)
Kita perlu usaha lebih untuk mendapat hasil yang "worth it". Atau erti kata lain, berbaloi. Contohnya kita nak jadi rajin dan tak nak jadi pemalas lagi. Kita kenalah ringan2kan badan dan alert pada sekeliling. Anggap saja beban untuk kita buat sesuatu itu adalah bonus kepada kita untuk membuat kebaikkan. Contoh juga kalau nak berhenti merokok, kita jangan pandang langsung rokok tu. Jauhkan diri dari orang-orang yang sentiasa mempengaruhi untuk merokok. gantikan aktiviti merokok itu dengan sesuatu hobi yang lebih menarik. Macam, kunyah chewing gum. :) atau apa-apa sahaja yang bukan negatif. JANGAN PERNAH SESEKALI KITA CAKAP "ALAH TAKDE IDEA LA NK BERUBAH MCM MANA". Katakan "TAK" PADA ALASAN!

Sebaliknya, ubah alasan tu kepada USAHA. Internet kan ada? Carilah ruangan motivasi yang ada menyelitkan inspirasi untuk berubah. Tak pun, boleh beli buku motivasi yang berkaitan. Lagi senang, hari-hari boleh baca.

PERTOLONGAN / SOKONGAN ORANG LAIN.
Kita pun perlukan sokongan. Barulah mantap. Kita mintalah sesiapa yang boleh diharapkan untuk menegur atau menasihati kita. Tips: Minta tolong kepada orang yang berpengalaman atau orang yang lebih tua. Contoh yang lebih tepat, Ibu bapa kita. Kenapa (?) kerana mereka lebih tahu bagaimana untuk membentuk kita, mereka lebih tahu cara yang betul untuk kita berubah. Elakkan dari meminta tolong dengan orang yang "sama kepala" dengan kita, sebab mereka juga seperti kita. Silap-silap daripada nak berubah, lain jadinya. Takut-takut kita lalai serta leka dengan hiburan/perngaruh mereka. Jangan salah faham, bukannya mereka tidak boleh diharap, tetapi dikhuatiri kita akan lupa dengan niat kita untuk berubah. Tapi kita masih boleh berkawan biasa dengan mereka. (demi perubahan.) Tapi jangan sampai tak bertegur pula. Putus silaturrahim, dah dosa tu. Jangan keliru ye? :)

MINDA YANG TERBUKA. (MENERIMA CADANGAN DAN KRITIKAN ORANG LAIN)
Dari sudut "cadangan" : Lagi bagus kalau kita yang minta nasihat daripada mereka. Dari situlah kita boleh dapat inspirasi dan semangat. Mintalah pendapat lebih dari seorang. Biar minda kita terbuka luas. Kemudian, kita nilaikan sendiri, pendapat mana yang lebih berguna dan lebih bernas. PASTIKAN KITA LAKSANAKAN USAHA TU! Jangan bila dah tanya, buat omongan kosong saja, lepas tu kita buat tak tahu. Kasihan mereka dah fikirkan cara untuk membantu. Manfaatkanlah! Gunakan pertolongan yang ada untuk memperbaiki diri kita dengan sebaik mungkin.

Dari sudut "kritikan" : Segala perbuatan kita, orang lain tengok. Orang lain nampak. Dan mereka menilaikannya. Tak semua orang boleh terima dengan cara kita untuk berubah. Dan, tak semua langkah yang kita buat adalah betul(dan berkesan). Jadi, sekiranya ada orang mengkritik cara kita, senyum dan terima dengan hati terbuka. Mungkin kritikan itu tak betul, tapi kita perlu belajar cara untuk menerima kritikan orang. Barulah orang hormat akan usaha kita tu. Elakkan dari marah-marah, dari merajuk atau kutuk balik. Sebab mereka ni sebenarnya prihatin terhadap diri kita. Sebab tu lah mereka kritik kita. Kalau mereka tidak peduli, mereka tak akan kata apa-apa. Positiflah kawan! :D Hm, tapi, ada juga kritikan yang berasas. haa, yang ni nak kena titikberatkan. Kritikan yang berasas ni adalah permulaan untuk kita gunakan cara yang baru. Tapi kena pastikan kita yakin ia berkesanlah! Contohnya dia tak puas hati dengan cara kita, dan dia syorkan untuk kita buat dengan cara dia. Peranan kita, dengar. Kemudian tanya dengan baik, kenapa cara itu lebih berkesan dari cara yang kita lakukan sekarang. Setelah tu, kita cuba nilaikan. Mana yang sesuai, kita lebih tahu, bukan? Haa. Luaslah minda kita! Orang lain pun rasa selesa dgn kita. Mudah kan?

UBAH CARA PERGAULAN.
Rapatkan diri dengan golongan yang positif, yang paling baik, orang-orang yang beriman dan para ulamak. Tinggalkan semua kawan-kawan yang selama ini membuat kita leka, membuatkan kita alpa (bukan bermusuh, tapi jangan rapat.) Cara ini ibarat "hijrah" kepada sesuatu yang baru. Bila kita rapat dengan mereka, nescaya kita pun akan jadi positif seperti mereka. Cara ini sangat berkesan. Tapi jangan mempergunakan mereka semata-mata untuk memperbaiki diri kita. Sebaliknya, kawanlah dengan mereka secara ikhlas dan kerana Allah s.w.t. Di samping itu, doakan agar kawan-kawan yang masih belum sedar itu untuk berubah juga. Mudah-mudahan ianya menjadi nyata.



Akhir sekali, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan, yang akan membenamkan rasa kita untuk berubah. Ini penting! Fokus pada sesuatu yang baik. Fokus pada benda yang kita jadi. Dan yang paling utama, Doa adalah penting bagi meminta pertolongan pada Allah s.w.t. Kita mesti sentiasa ingat pada Dia. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.

Mudah-mudahan kita dapat berubah secara konsisten.

Wassalam. :)
Read More ...
Friday, January 28, 2011

4 PERKARA TERSIRAT


******************
Yang Tersirat di Sebalik 4

> 4 alamat orang cerdik

* Berani menempuh bahaya
* Pandai bermanis muka dengan musuh
* Pandai melihat kesempatan
* Dapat menimbang pertimbangan orang lain

> 4 alamat orang beriman

* Meninggalkan maki
* Menjauhi menyakiti hati orang
* Lekas memberi ampun
* Lama baru menjatuhkan hukuman

> 4 tanda orang berakal

* Cinta pada ilmu
* Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
* Bagus jawabnya
* Banyak benarnya
> 4 alamat orang rendah

* Membuka rahsia
* Pendendam
* Penggunjing
* Memburukkan kawan

> 4 yang menimbulkan cinta

* Muka jernih
* Sudi menolong
* Sudi menghindarkan selisih
* Menjauhi munafik
> 4 soal yang membawa keuntungan hidup

* Benar perbicaraannya
* Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
* Baik budinya
* Suka berterima kasih
> 4 sempurna dengan 4

* Ilmu dengan larangan
* Agama dengan taqwa
* Amal dengan niat
* Kemuliaan dengan kelebihan

> 4 mesti dijaga

* Teguh menjaga kehormatan
* Redha menerima sedikit
* Berbuat kebaikan setiap hari
* Memelihara lidah
> 4 macam pencarian

* Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
* Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
* Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
* Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

> "REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"

* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,

* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,

* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
Read More ...
Thursday, November 25, 2010

Anak-anak Syaitan!!


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan.

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan
apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) - Duduk di pintu rumah
kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

10. Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar
Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan Memberi potongan harga pada
Karnival jualan Keburukan Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
Read More ...

TARBIYAH DZATIYAH


TARBIYAH DZATIYAH
KH. Hilman Rosyad, Lc

Definisi dan Pengertian
Secara bahasa, tarbiyah dzatiyah berarti pembinaan esensial. Secara istilah, tarbiyah dzatiyah ialah kemampuan seseorang untuk membina dirinya sendiri. Sekalipun pembinaan ini dilakukan seseorang atas dirinya sendiri, ia masih tetap dalam kerangka program tarbiyah secara umum.
Mengapa pembinaan diri sendiri dinamakan pembinaan esensial? Sekurang-kurangnya ada tiga alasan, yaitu:

1. Esensi dari sasaran tarbiyah adalah individu
Individu adalah obyek dan sekaligus subyek dari diturunkannya risalah. Di dalam al-Qur'an, banyak seruan yang langsung ditujukan kepada manusia, agar mereka mampu membina dirinya sendiri. Diantara seruan-seruan itu ialah:

"Hai manusia, sesungguhnya engkau semestinya harus bekerja keras dengan sesungguh-sungguhnya untuk menemui Rabb-mu, sebab engkau pasti akan menemuiNya". (QS. Al-Insyiqaq 6)

Ayat diatas dengan tegas menyuruh manusia untuk secara sungguh-sungguh bekerja keras, yakni beramal shalih dalam kehidupannya. Kesungguhan dan kerja keras hanya bisa dilaksanakan oleh seseorang yang memiliki disiplin, semangat yang terpelihara, dan jasmani yang kuat. Semua itu hanya bisa dilakukan oleh manusia yang terbina dalam tarbiyah islamiyah.

"Hai orang-orang beriman, jagalah setiap diri kalian masing-masing dan keluarga kalian dari api neraka". (QS. At-Tahrim 6)

Ayat ini lebih tegas menunjukkan pada salah satu fungsi tarbiyah, yakni muhafadzah (penjagaaan) fitrah manusia dari berbagai faktor yang akan dapat menyesatkan mereka dari jalan Islam. Proses tarbiyah ini harus dimiliki oleh setiap muslim, sehingga mereka mampu menjaga dirinya masing-masing dan keluarganya.

2. Esensi dari perubahan adalah individu
Risalah Islam ditujukan untuk ummat manusia, sedangkan ummat sendiri adalah kumpulan dari individu. Individu-individu inilah yang menyusun ummat, mulai dari institusi terkecil yakni keluarga, hingga institusi akbar yaitu khilafah islamiyah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum hingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri". (QS. Ar-Ra'd 11)

Pada awal risalahnya, Rasulullah saw melakukan pembinaan untuk merubah anggota masyarakatnya, yaitu bangsa Quraisy. Bimbingan yang intensif disertai kemampuan para shahabat dalam membina diri sendiri, akhirnya berhasil memunculkan individu-individu dengan jiwa yang baru (ruhul jadid), yang berbeda dari jiwa jahiliyah. Perbedaan ini tidak hanya dalam keyakinan, tetapi juga dalam pola pikir maupun sikap hidup.

3. Esensi pertanggung-jawaban adalah individu
Hidup seseorang adalah tanggung-jawab dirinya. Keberhasilan dan kegagalannya dalam menjalani kehidupan harus dipertanggungjawabkannya sendiri. Ketersesatan dan penyimpangan hidupnya tidak bisa ditimpakan kepada orang lain atau sebab diluar dirinya.

"Bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya". (QS. An-Najm 38-39)

Disinilah urgensi tarbiyah, dimana setiap individu memahami berbagai potensi positif dirinya, yang apabila dipelihara (ri'ayah) maka hidupnya akan lurus dan sukses. Hidupnya lurus karena ia senantiasa mampu menerima petunjuk dan rambu yang diberikan Allah dalam menjalani hidupnya. Manusia yang tertarbiyah inilah yang masuk pada kriteria "yang Allah kehendaki" pada firman-Nya:

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya." (QS. Al-Qashash 56)
Read More ...
Saturday, October 9, 2010

Karakteristik Dakwah, Rabbaniyah, menyeru manusia kepada Allah


Rabbaniyah adalah salah satu karakter dakwah yang sangat penting. Rabbaniyah dalam dakwah telah ditunjukkan oleh para penyeru agama Allah sejak Nabi Adam sampai Nabi Muhammad serta para pengikut beliau. Rabbaniyah merupakan jantung bagi karakter dakwah yang lurus dan jernih.

'Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: 'Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.' Akan tetapi [dia berkata]: 'Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.'[QS 3:79]

Dakwah yang rabbaniyah adalah dakwah yang semata mata menyeru kepada Allah, tidak untuk yang lain. Dan seluruh nabi yang diutus selalu saja berkata 'Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, orang sempurna ilmu dan taqwanya kepada Allah'. Para nabi dan aktifis dakwah tidak akan berkata, ' Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah', tidak akan tersirat untuk mencari popularitas dari dakwah, dan tidak pernah terbetik untuk mencari keuntungan duniawi dalam dakwah.

Para Nabi dan aktifis yang lurus hanya menyimpan kata Allah dalam memori dakwahnya, dan menghilangkan kata lain sebagaimana ketika seorang muslim memahami ma'na laa ilaaha ilallaah. Para Nabi dan aktifis dakwah yang mengikutinya hanya menyeru segenap manusia untuk mengikuti jalan Islam yang hanif yang tidak akan menoleh ke kiri dan ke kanan. Yang diinginkan hanyalah mengeluarkan manusia dari kejahiliahan dan penghambaan kepada dunia menjadi manusia bersih yang hanya menghamba kepada Allah. Apa yang diinginkannya hanyalah jaminan keselamatan dunia dan akhirat bagi seluruh ummat manusia, dengan hujjah, alasan yang baik dan benar sebagaimana yang telah dicontohkan Allah dan RasulNya.

Katakanlah: 'Inilah jalan [agama] ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak [kamu] kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik'. [12:108]

Sekali lagi, para penyeru dakwah berjuang dengan sungguh-sungguh hanya untuk menyeru kepada Allah, mereka berdakwah bukan untuk dirinya, atau menyeru kepada kelompoknya. Diri, Organisasi, jam'iyah, harakah, harus difahami sebagai sarana saja, sebagai alat dalam kerangka menyeru kepada Allah. Aktifis dakwah yang lurus akan sangat memahami hal ini, sehingga selalu saja ia akan mengedepankan semangat Islamiyah dalam dakwah.

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan [Yahudi dan Nasrani] yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah: 'Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru [manusia] dan hanya kepada-Nya aku kembali'.[13:36]

Wallahu a'lam
Read More ...
Monday, September 13, 2010

Meriahkan Hari Raya Dengan Membesarkan Allah


Ramadhan hampir berlalu. Perginya Ramadhan ditangisi oleh orang-orang soleh. Mereka sedih kerana bulan yang penuh berkat di mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya dan syurga dihiasi indah akan berakhir. Temasya-temasya meriah di bulan Ramadhan akan jadi kenangan indah dalam kamus hidup orang soleh.

Berbeza dengan kita orang awam. perginya Ramadhan dirasakan seperti terlepas dari satu beban yang maha berat. Beban berlapar, dahaga, letih dan macam-macam yang menyeksakan. Kedatangan syawal dianggap satu rahmat. Satu kemerdekaan setelah selesai dari penanggungan ujian yang mereka anggap berat. Oleh itu tidak hairanlah kalau ada yang berlompatan bila diumumkan keesokan harinya.

Akibatnya apabila orang merasa hari raya hari untuk bersuka-suka, maka malam raya yang sepatutnya dimeriahkan dengan gema takbir, tahmid dan tasbih bertukar wajah. Malam raya jadi pesta. Kalau di kampung, ibu-ibu sibuk merebus ketupat, buat serunding, bakar lemang, masak agar-agar, bakar kek dan macam-macam lagi. Pendek kata malam raya jadi malam pertandingan memasak. Dan untuk itu ibu-ibu sanggup berjaga malam. Walhal untuk bangun tahajud atau untuk melakukan ibadah mereka tidak sanggup.

Sementara di bandar-bandar pula, muda-mudi akan berkumpul, buat parti. Rumah telah dihiasi indah untuk sambut hari raya. Dengan kuih-muih yang berbagai jenis, ada hiasan daripada pokok Krismas. Gantung kad selamat hari raya pada pokok itu dan letakkan hadiah-hadiah hari raya di bawah pokok yang berbentuk kun itu. Sebiji macam orang Kristian sambut hari Krismas.

Di malam raya itu juga ada pasang lampu keliling rumah. Kalau di kampung pakai pelita minyak, tapi di bandar di rumah orang-orang kaya gunakan lampu kelip-kelip atau lampu warna-warni untuk hidupkan malam. Ada yang berikan alasan mereka berbuat begitu untuk memudahkan malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.

Apa malaikat rahmat itu tidak boleh datang kalau tidak dipasang api? Macamlah malaikat itu ada mata pula. Yang jelas amalan ini sebiji dengan sambutan hari Deepavali. Di mana orang India pasang banyak lampu menyambut dewa-dewanya.

Berbeza dengan kedatangan Ramadhan, kedatangan Syawal dinanti dan dialu-alukan. Terutama oleh kaum wanita. Kadangkala Ramadhan belum muncul lagi sudah fikir macam mana hendak sambut hari raya tahun ini. Hari raya nanti hendak buat kuih apa, apa yang hendak diganti, hendak beli kusyen fesyen apa, rumah bila hendak cat, berapa pasang hendak beli baju baru dan
macam-macam persoalan lahir yang merunsingkan fikiran ibu-ibu.

Oleh sebab terlampau memikirkan tentang persediaan raya maka awal-awal lagi mereka telah kumpul duit dan bila tiba Ramadhan mereka pun berbondong-bondong pergi membeli-belah. Di ketika yang sama pusat membeli-belah pun ambil kesempatan buat tawaran istimewa sempena hari raya dengan bermacam-macam hadiah. Anak-anak pula dilekakan dengan mercun dan bunga api. Pendek kata kalau hendak sambut hari raya kena berhabis duit banyak. Punya seksanya kalau jadi orang miskin waktu begini.

Walhal benda-benda yang dibeli itu bukannya perlu sangat. Kain langsir tahun lepas, kain kusyen dan kerusi set lama masih boleh guna. Dan kain baju yang lama pun masih tidak habis dipakai sudah beli yang baru.

Sudahlah malam hari raya tidak dimeriahkan dengan gema takbir, sebaliknya dihiasi dengan gelak ketawa, gurau senda, bunyi bakaran mercun, sibuk menggantikan sarung kusyen, ganti langsir dan macam-macam lagi untuk mengindahkan rumah sehingga lewat tidur dan mengantuk untuk bangun sembahyang subuh keesokan harinya.

Televisyen juga main peranan. Kalau hari raya rancangan TV 24jam. Tidak rehat-rehat langsung. Lekalah budak-budak, orang tua, orang muda tercanguk depan tv sambil gelak ketawa. Lupa Allah dan lupa Ramadhan yang baru saja berlalu. Maksiat kembali segar.

Ada yang pergi sembahyang raya walaupun sembahyang fardhu tidak pernah buat. Lepas sembahyang kalau orang muda mulalah tukar baju. Pakai baju yang memang ditempah khas untuk sambut hari raya. Buat program ke panggung wayang. Kalau hari-hari lain panggung wayang tidak seramai itu. Tapi bila raya tak muat-muat panggung. Pengeluar filem pun faham orang suka tengok wayang pada hari raya. Maka dia pun ambil kesempatan tayangkan filem-filem baru. Meriahlah panggung wayang dan sepilah masjid. Hilanglah amalan di bulan Ramadhan dengan dosa dan maksiat. Dosa mata, dosa bergaul bebas lelaki dan perempuan, dosa dedah aurat, dosa tidak sembahyang dan lain-lain.

Yang pergi ziarah pun ada. Tapi yang sedihnya ketika inilah masing-masing ambil peluang berziarah yang sepatutnya tidak boleh diziarahi. Perempuan ziarah lelaki yang bukan muhramnya, bersalam dan minta maaf. Dan sebaliknya berlaku di pihak lelaki. Sepatutnya bila bermaafan hilanglah dosa, tapi ini menambahkan lagi dosa.

Di samping menyambut kedatangan Syawal dengan gema takbir, di pagi Syawal digalakkan bangun awal. Mandi sunat hari raya dan disunatkan juga makan sebelum pergi masjid. Orang perempuan hanya dibenarkan bersembahyang raya di masjid sekiranya dia keluar rumah dengan tidak bertabarruj (berhias). Pakailah pakaian yang baru dan bersih yang kita miliki. Ini tidak mesti kena tempah pakaian yang baru setiap kali raya. Memadailah kalau kita memakai pakaian terbaik yang kita ada.

Sepatutnya di malam hari raya itulah kita kena banyakkan mengucap tasbih, tahmid dan tahlil. Kerana mengharapkan penerimaan Allah ke atas ibadah-ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan di smping minta agar Allah dapat kekalkan kita untuk terus beramal di bulan-bulan yang lain.

Malam raya mesti dimeriahkan dengan ucapan puji puja dan membesarkan Allah. Membuat berbagai-bagai ibadah untuk menghidupkan malam. Takbir bukan dibuat di masjid dan di surau saja, malah rumah-rumah eloklah diisi dengan suara takbir. Barulah malaikat rahmat akan datang. Kerana tempat yang disebut nama Allah di dalamnya akan bercahaya. Bukannya dengan memasang pelita berderet-deret.

Janganlah jadikan hari raya hari untuk melepaskan nafsu makan dan minum. Makanlah sekadarnya saja. Bermaaf-maafan bukan hanya pada hari raya saja, malah setiap kali kita bersalah pada orang, kita patut minta maaf. Cuma di hari raya digalakkan berziarah dan bermaaf-maafan untuk eratkan siraturahim. Itu pun ziarah mestilah ikut syariat. Tidak boleh perempuan ziarah lelaki yang bukan muhrimnya, apalagi untuk bersalaman.

Di samping itu jangan didik anak-anak bermewah-mewah di hari raya dengan melakukan berbagai-bagai pembaziran. Misalnya dengan membeli mercun atau bunga api. Ataupun membiasakan anak-anak berhari raya dengan harapan untuk dapat kutip banyak duit raya. Kebiasaan begini mesti dikikis, sebab jika anak-anak gagal untuk dapat duit raya dia akan rasa kecewa dan menganggap tuan rumah tempat dia bertandang itu orang yang kedekut.

Oleh itu meriahkan Syawal dengan ibadah dan puji syukur pada Allah. Inilah permulaan untuk melihat keberkesanan “training” kita di bulan Ramadhan. Jika di tengah-tengah nikmat itu kita gagal dilalaikan oleh syaitan dan nafsu maknanya “training” kita di bulan Ramadhan sudah ada kesan.
Read More ...
Sunday, August 15, 2010

Kesatuan dan Keragaman Jamaah Dalam Medan Amal Islami


Satu hal yang tidak diragukan lagi bahwa kesatuan amal Islami merupakan sebuah harapan besar hari ini, inilah impian yang selalu dirindukan oleh jiwa-jiwa mukmin pada setiap tempat, terlebih pada wilayah-wilayah yang sedang diterpa musibah dan bencana.

Keprihatinan yang bercampur rasa bingung semakin bertambah, di saat kita melihat sebuah realita keragaman amal Islami yang sedang berjalan di lapangan, dengan keragaman sikap dan bentuk reaksi yang ditampilkan yang terkadang muncul dari sikap reaktif dan fanatis, keyataan ini semakin melemahkan sebagian kaum muslimin dalam merealisasikan harapan besar ini.

Hal inilah yang menjadi sebab utama kami untuk mencermati serta menuangkan dalam tulisan ini, sebab – menurut hemat kami - belum ada tulisan membahas permasalahan ini secara cukup detail. Hal lain yang mendorong kami memilih pembahasan ini adalah kebutuhan yang mendesak untuk meletakkan dasar-dasar teoritis dan aplikatif demi terealisasinya harapan besar ini. Banyak di antara mereka yang menyakini keharusan bersatunya Amal Islami harus terhenti pada tataran teori dan sangat sulit diterapkan dalam tataran implementasi.

Diantara mereka - yang tidak memahami secara integral hakekat keragaman jamaah-jamaah Islam - memberikan sikap-sikap reaktif yang semakin memperburuk situasi dan kondisi.

Banyak di antara para pemuda Islam memandang bahwa keragaman jamaah-jamaah Islam yang sedang bejalan dalam medan amal Islami adalah sebuah hambatan terbesar dalam merealisasikan harapan dan impian ini, sebab mungkinkah akan muncul kesatuan amal Islami di tengah realitas keragaman organisasi dan jamaah-jamaah yang ada saat ini.

Ketidakpercayaan ini semakin bertambah, disaat melihat realitas yang sedang terjadi di lapangan, berbagai perselisihan, perpecahan, recaman serta fanatisme golongan dan kelompok yang menyelimuti semua sisi.

Ketidakpercayaan dan rasa bingung yang sedang menimpa sebagian pemuda Islam ini persis yang di alami kalangan pemuda Islam di masa lalu yang memahami dengan keliru realitas keragaman mazhab-mazhab dalam fikih Islam serta madrasah-madrasah ilmu yang berkembang dalam kehidupan ummat Islam sepanjang sejarah. Seraya mereka berkata: bagaimana mungkin muncul mazhab-mazhab fikih dan beragam pendapat dalam sebuah masalah syariah yang satu sedang agama kita adalah satu, Alquran kita satu dan sunnah Nabi kita juga satu.

Hal ini juga diperparah, dengan kondisi fanatisme buta yang muncul dari para pengikut mazhab serta sikap ekstrim lagi melampui batas dari para pengikut di luar mazhab mereka.

Akhirnya, kerancuan dan kesalahpahaman ini senantiasa berlangsung dan menyita pikiran sebagian kaum muslimin, yang berdampak pada sikap-sikap mereka di hadapan realitas mazhab-mazhab fikih dan para pendirinya, hingga Allah mengirim pada Ahli Ilmu pada setiap masa, baik di masa lalu maupun di masa kini, mereka yang menjelaskan hakekat keragaman dan perbedaan ilmiyah ini, menjelaskan sebab-sebabnya serta menghilangkan kerancuan dan kesalah pahaman yang ada. Dan lingkup ini adalah masalah keragaman medan-medan amal dan jamaah Islam.

Apabila keragaman pendapat ilmiyah dalam masalah yang satu dalam lingkup agama yang satu adalah sebuah perkara biasa dan dibenarkan oleh syariat karena sebab-sebab yang telah diketahui [1], maka keragaman jamaah Islam dalam Medan Amal Islami adalah sebuah perkara biasa dan syar’i juga. Terlebih dalam situasi dan kondisi zaman seperti kita saat ini, sebagaimana yang akan kami paparkan pada pembukaan dalam tulisan ini.

Semoga melalui tulisan ini, saya dapat meletakkan sebagian dasar-dasar teoritis dan aplikatif terkait dengan pembahasan ini, hingga dapat mengungkap hakekat keragaman jamaah-jamaah Islam, sebab, berikut dampak positif dan negatif yang ditimbulkan serta meletakkan beberapa pilar-pilar asasi menuju kesatuan amal dalam Medan Islam, inilah sebuah harapan yang senantiasa tergantung dan hanyalah lepada Allah tempat memohon dan menyerahkan segala urusan.

Dan kami telah membuat dalam tulisan ini pembukaan, pokok bahasan dan kalimat penutup.

PEMBUKAAN
HAKEKAT KERAGAMAN JAMAAH ISLAM, SEBAB DAN PERKEMBANGANNYA

Jika kita renungkan dengan mendalam sebab munculnya keragaman jamaah-jamaah Islam adalah kembali pada perbedaan manhaj-manhaj para du’at dan metode pendekatan mereka dalam medan amal Islam setelah mereka mengerahkan segenap kemampuan dalam meletakan manhaj yang sesuai dan mengambil metode dalam dakwah mereka yang akan menyampaikan kepada tujuan secara lebih efektif, tentunya dalam koridor nash-nash syar’i dan kemaslahatan yang melingkupinya

Keragaman ijtihad mereka dalam kesatuan agama, Alquran dan sunnah seperti keragamaan manhaj para nabi – semoga shalawat selalu tercurah lepada mereka - dan syariatnya dalam lingkup kesatuan agama, ditinjau dari satu sisi [2].

Karena sesungguhnya agama para Nabi – alaihimus shalatu wassalam - seluruhnya adalah satu, sebagaimana kekufuran hakekatnya adalah satu, sebagaimana firman Allah swt menjelaskan kesatuan agama para nabi:

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, (yaitu) agama yang benar, agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik.” (QS. Al An’am: 161)

Dan dalam firman-Nya yang lain:

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): “Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif” dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan (QS. 16:123)

Sebagaimana Allah menjelaskan tentang kesatuan agama kekufuran:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Dan dalam firmanNya yang lain:

Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah, sedang mereka ingkar kepada hari kemudian. Dan aku pengikut agama bapak-bapakku yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari karunia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). (QS. 12: 37-38)

Manhaj para nabi - alaihimus shalatu wassalam - dan syariat mereka adalah beragam, sebagaimana Allah berfirman:

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu (QS. Al Maidah: 48)

Allah juga berfirman:

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (QS. 45:18)

Perbedaan antara keragaman manhaj para nabi - alaihis shalatu wassalam - dalam kesatuan agama, dan keragaman manhaj dakwah dalam kesatuan agama dan risalah adalah bahwa manhaj para nabi adalah wahyu yang diturunkan dan terjaga dari kesalahan, sedang manhaj-manhaj para du’at dan ulama adalah ijtihad manusia dalam bingkai wahyu yang mungkin salah dan mungkin benar, menerima diskusi dan kritikan, namun mereka dalam ijtihad mereka tidak akan kehilangan pahala insya Allah.

IBNU TAIMIYAH DAN PERBEDAAN ULAMA

Penyerupaan ini sebenarnya telah disampaikan sebelumnya oleh Imam Ibnu Timiyah – semoga Allah merahmatinya -, setelah berbicara tentang kesatuan agama, keragaman syariat dan manhaj para nabi – alaihimus Shalatu wassalam - kemudian mengungkapkan:

“Mazhab-mazhab, jalan-jalan (yang ditempuh oleh ulama-pent), dan strategi yang dipilih oleh para ulama, para masyasyikh dan para pemimpin, apabila mereka berkehendak mencari keridhaan Allah dan bukan hawa nafsu, agar mereka berpegang kepada millah dan agama yang tersimpul dalam rangka mengabdikan kepada Allah semata dan tidak mensyirikannya, mengikuti apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka dalam Kitab dan sunnah, dari satu sisi seperti kedudukan syariat dan manhaj para nabi, mereka akan dibalas karena tujuan mereka mencari keridhaan Allah dan beribadah kepadaNya semata, serta tidak mempersekutukanNya dan itulah agama yang sempurna, sebagaimana para nabi dibalas atas pengabdian mereka kepada Allah semata dan tidak mensyirikkanya, dan akan dibalas (para ulama dan masyayikh) atas ketaatan kepada Allah dan RasulNya dalam apa yang mereka pegang teguh, sebagaimana setiap nabi dibalas atas ketaatan mereka kepada Allah dalam syariat dan manhajnya.

Keragaman syariat dan manhaj mereka karena disebabkan seperti: Sebuah redaksi hadits sampai kepada mereka tidak sebagaimana redaksi yang sampai kepada yang lain, sebagian ayat ditafsirkan dengan tafsiran yang berbeda dengan tafsiran yang lain, menggabungkan antar beberapa nash dan menggali hukum dengan pola tartib dan penggabungan tidak sebagaimana yang dilakukan oleh yang lain, demikian juga dalam ibadah dan kecenderungan, kadang yang satu berpegang pada ayat atau hadits dan yang ini berpegang pada ayat atau hadits yang lain. Demikian juga dalam ilmu, sebagian ulama ada yang mengikuti metodologi seorang alim tertentu, maka jadilah syariat yang ia anut hingga ia mendengar perkataan yang lainnya dan melihat (kebenaran) yang ia tempuhnya lalu mentarjih (menguatkan) pendapat itu.

Maka beragamlah pendapat dan sikap mereka karena kecenderungan ini, mereka diperintahkan untuk menegakkan agama dan tidak berpecah belah, sebagaimana para rasul diperintahkan hal itu, mereka diperintahkan untuk tidak memecah belah ummat, sebab ia adalah ummat yang satu sebagaimana yang telah diperintahkan kepada para rasul, dan mereka jauh lebih kuat untuk merealisasikan hal ini, karena mereka disatukan oleh syariat yang satu dan kitab yang satu.

Adapun dalam masalah yang mereka perselisihkan, maka tidak dikatakan: “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan setiap mereka – baik secara lahir maupun batin - untuk berpegang terhadap apa yang yakini, sebagaimana yang tetap pada para nabi”, betapapun perkataan ini telah diungkapkan oleh ahlul kalam (filsafat), akan tetapi seharusnya yang dikatakan: “Sesungguhnya Allah telah memerintahkan setiap mereka untuk mencari kebenaran menurut kadar kemampuan dan kekuatannya, maka apabila benar dan jikalau tidak maka Allah tidak akan membebani diri diatas kemampuannya, dan sungguh kaum mukminin telah berdo’a: ‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menyiksa kami jika kami lupa atau salah’.” Dan Allah telah berfirman: “Sungguh Aku telah lakukan itu”. Dan Allah telah berfirman pula: “Dan tidak ada dosa atas kalian dalam apa yang kalian berbuat salah”.

Maka barang siapa yang menghina dan mencela atas apa yang Allah tidak akan menyiksa mereka, maka sungguh ia telah melampui batas, dan barang siapa menghendaki menjadikan perkataan dan perbuatan mereka seperti kedudukan perkataan dan perbuatan Nabi Al Makshum (yang terjaga dari kesalahan), membelanya tanpa petunjuk dari Allah maka sungguh telah melampui batas dan mengikuti hawa nafsunya tanpa petunjuk dari Allah.

Dan barang siapa melakukan sebagaimana yang diperintahkan menurut kondisinya, yakni dengan berijtihad yang ia mampu lakukan atau bertaqlid jika ia tidak mampu berjtihad, dan ia bertaqlid dalam posisi yang penuh keadilan maka ia adalah orang yang objektif, sebab perintahnya dibingkai dalam syarat kemampuan, (Allah tidak akan membebani seseorang diatas kemampuannya).

Maka kewajiban atas setiap muslim pada setiap posisi adalah menghadapkan wajahnya hanya Kepada Allah semata, senantiasa menjaga keislamannya, menyerahkan wajahnya yakni mengikhlaskan dirinya hanya kepada Allah, memperbaiki perbuatanya yang baik, maka renungkanlah ini, karena ia adalah sebuah dasar yang sempurna yang bermanfaat lagi agung. [3]

SEBAB-SEBAB KERAGAMAN

Setelah kita mengetahui tentang hakekat keragaman manhaj dakwah, kita dapat menyimpulkan sebab-sebabnya dalam tiga sebab utama:

1. Tabiat nash-nash syar’i yang multipretatif, keragaman pandangan dan ijtihad manusia dalam memahami uslub dan metoda dakwah dalam amal Islami yang digali dari nash-nash syariat dan dari sirah Rasul SAW dan sirah Khulafaurrasyidin semoga Allah meridhai semua.

Jika kita lebih dalam melihat tentang sebab ini, maka kita melihat bahwa keluasan sirah Nabi SAW dan sirah Khulafaur Rasyidin karena keragaman pandangan dan ijtihad, jauh lebih luas dari keluasan nash-nash yang bersumber dari hukum-hukum syariah.

Disana kadang ditemukan sebuah kondisi yang sebagian melihatnya sebagai sebuah kebijakan Imam dan strategi politik, pada saat mana yang lain memandang sebagai sebuah tabligh dan Fatwa, yang lain memandang sebagai sebuah kebijakan Qadhi dan Mufti menurut pemahaman yang dicapai oleh seorang Alim dan mujtahid, sebagaimana kami telah jelaskannya pada tulisan kami yang bertema: “Al Ashalah Wal Mu’ashirah Khashshiyatani min Khashaishid Dakwah Islamiyah” (Orisinalitas dan kemoderenan adalah dua keistimewaan dari keistimewaan dakwah Islam).

Karena seperti sebab-sebab inilah, keragaman manhaj ilmiyah dikalangan ulama salaf kita muncul, ada diantara mereka yang berpegang kepada Atsar dan sedikit menggunakan akal, hingga menjadi dua madrasah besar yakni Madrasah Ahlul Hadits dan Madrasah Ahlur Ra’yi (logika), pada madrasah pertama seperti sahabat Abdullah ibnu Umar – semoga Allah meridhai keduanya - hingga kemudian muncul dalam kepribadian Imam Malik bin Anas – semoga Allah merahmatinya - yakni Imam Kota hijrah. Dan tokoh terkemuka pada madrasah lain – yakni madrasah Ahlul Ra’yi - sahabat sekaliber Umar bin Khattab dan Abdullah ibnu Mas’ud, yang kemudian tampil pada sosok Imam Abu Hanifah – semoga Allah merahmatinya - [4].

Karena hal-hal seperti inilah, terjadi keragaman sikap para salafus shaleh kita - semoga Allah merahmati mereka semua - dalam mengambil ketentuan fikih yang bersifat pasti maupun nisbi, di antara mereka ada yang mengambilnya dan bahkan sangat luas dalam membahasnya, namun ada juga yang menolaknya dan bersifat lebih hati-hati dan masing-masing memberikan dalil-dalil baik yang bersifat naqli maupun Aqli [5].

Seperti ini juga, keragaman manhaj para ulama salaf kita dalam membuka peluang seluas-luasnya dan mempersempit peluang dalam mengambil pokok-pokok bahasan dan memanfaatkan hal-hal yang baik, di antara mereka ada yang memperluas dan sebagian yang lain mempersempit, dan masing-masing memberikan argumentasi terhadap manhajnya baik naqli maupun aqli [6].

Dan contoh-contoh yang lain yang selalu muncul keragaman manhaj kaum muslimin baik pada tempo dulu maupun kontemporer yang meliputi seluruh sisi kehidupan kaum muslimin baik yang umum maupun yang khusus.

2. Diantara sebab yang melahirkan beragamnya manhaj dakwah kaum muslimin hari ini adalah hilangnya kesatuan politik di lapangan medan dakwah yang tercermin dalam khilafah Islam yang menjadi menjaga kepentingan ummat, mensinergikan beragam potensi dan menghilangkan perbedaan.

Dr. Yusuf Al Qardhawi menjelaskan tentang sebab ini saat kami dan beliau sedang diwawancarai olrh majalah Al Ishlah yang terbit di Dubai, salah satu kota di Emirat Arab, beliau ditanya pertanyaan berikut:

“Ketika berbicara tentang Kebangkitan Islam, ada sebuah kenyataan yang sangat menarik perhatian yaitu masalah keragaman jamaah-jamaah Islam yang berada di lapangan dakwah, yang tidak dapat menghilangkan perbedaan tapi bahkan pertikaian yang memecah satu sama yang lain pada beberapa kondisi. Bagaimana persepsi yang benar yang seharusnya dimiliki oleh jamaah-jamaah ini untuk mensinergikan potensi demi kepentingan dan kemaslahatan kaum muslimin secara keseluruhan?”

Beliau menjawab,

“Apakah engkau menyakini bahwa realitas keragaman ini hanyalah sebuah realitas saja? Keragaman ini merupakan sebuah realitas yang pasti dan tidak terelakkan karena hilangkan penegakan kewajiban besar dari kewajiban-kewajiban Islam, apabila kita melihat pada masa generasi awal, masa kenabian, kemudian masa kekhalifahan Ar Rasyidah yang menyatukan ummat, maka kita tidak menemukan kecuali satu jamaah, dibawah kepemimpinan yang satu yakni jamaatul muslimin dibawah kepemimpinan Rasulullah saw kemudian kepemimpinan Khulafurrasyidin.

Amal Islami ini tetap berjalan dibawah naunan jamaah yang satu dan kepemimpinan yang satu hingga hilangnya kekhilafahan yang diangkat dengan sebuah bai’at syar’i dari kaum muslimin, maka terpanggillah para Alim dan para duat yang ikhlash untuk memperbaiki kondisi demi tertegaknya kembali Al Islam, dari sinilah awal munculnya jamaah-jamaah dan sangat beragam. Yakni bahwa keragaman jamaah-jamaah tidak akan muncul apabila kaum muslimin hidup dibawah naungan kekhalifahan yang diangkat dengan sebuah bai’at yang syar’i [7]. Adapun realitas hari ini, saat hilangnya kekhalifahan dari kehidupan kaum muslimin, maka seharusnyalah jamaah-jamaah mensinergikan potensinya dan hendaknya mereka memiliki kesepahaman dan saling tolong menolong diantara mereka. [8]“

3. Diantara sebab yang melahirkan munculnya keragaman ini adalah: Keinginan besar dari para pelaku dakwah di lapangan dalam mengumpulkan jumlah yang besar dari kaum muslimin dalam sebuah amal Islami demi menjaga eksistensi keberadaan kaum muslimin dari makar-makar musuh-musuhnya serta agar lebih memusatkan perhatian segenap potensi ummat untuk merealisasikan tujuan bersama.

Satu hal yang tidak dapat dipungkiri, beragamnya kecenderungan dan tempat pengambilan sumber kaum muslimin serta aneka pendapat dan ijtihad di kalangan mereka tidak memungkinkan dapat diakomodir dan dikelola oleh sebuah tandzim (menejemen dakwah) yang satu atau kepemimpinan yang satu, terlebih saat hilangnya jamaah yang dapat diakui kesempurnaannya oleh semua kalangan, yang dapat menjadi pengayom ketika berada di bawah panji-panjinya, serta tidak lagi membutuhkan kelompok dan perkumpulan-perkumpulan yang lain dengan keberadaanya.

Abul A’la Al Maududi seorang da’i Pakistan pernah menyampaikan sebab yang melahirkan munculnya organisasi yang beliau rintis sebagai berikut:

“Aku berusaha demikian pula para sahabatku yang memiliki keprihatian dan pemikiran yang sama denganku, kami berusaha dengan keras selama kurun tiga tahun menghimpun jamaah-jamaah yang ada saat itu bernaung di bawah bendera yang satu, atau program kerja yang satu yang akan merealisasikan tuntutan-tuntutan lapangan bagi hidupnya Islam yang hakiki, usaha ini bertujuan untuk mensinergikan beragam potensi yang tersebar dalam jamaah-jamaah yang ada, yang dengannya tidak ada lagi alasan dan kebutuhan lapangan untuk membentuk perkumpulan dan jamaah yang lain.

Namun sayang, usaha kami mengalami kegagalan, dan tidak ada pilihan di hadapan kami selain bertemunya jamaah-jamaah yang bergerak dalam medan amal saat itu dalam prinsip-prinsip dasar Islam yang shahih.

Demikianlah, pertemuan yang diadakan di bulan Sya’ban 1360 H atau yang bertepatan dengan bulan Agustus 1941 M, telah diselenggarakan pertemuan organisasi-organisasi, maka setelah diskusi dan perbincangan maka kami sepakat membuat organisasi yang bernama ‘Jamaah Islam’ [9].”

Dan seperti sebab berdirinya organisasi jamaah Islam ini, kita terkadang menemukan kemiripan pada berdirinya organisasi dan jamaah-jamaah Islam yang tersebar hari ini, yang semakin menguatkan kemestian keragamaman jamaah-jamaah dan kebutuhan kaum muslimin saat ini akan keberadaannya.

Jika kaum muslimin pada waktu yang lalu telah dikaruniakan taufiq Allah SWT akan keberadaan para ulama dan du’at yang benar lagi jujur, yang dengan keikhlasan, jerih payah dan kesadaran mereka sanggup mendekatkan antara manhaj (metodologi dan pendekatan) Ahli Hadits dan Ahli Ra’yu (logika), sebagaimana yang telah dilakukan oleh Al Imam Syafi’i – Rahimahullah- dan yang lainnya.

Maka, semoga hari ini kita pun dikaruniakan taufiq Allah Swt para ulama yang ikhlas dan para du’at yang berupaya dengan segenap kekuatannya mempertemukan antar para pelaku di medan amal Islami serta mendekatkan jamaah-jamaah yang beragam, mereka menapaktilasi kembali perjuangan dan usaha yang telah dirintis para pendahulunya, telah memberikan andil menajamkan makna persatuan Islam, dan mendekatkan beragam persepsi dan pemahaman sedapat mungkin, sebab ummat hari ini sangat membutuhkan jamaah yang membawa misi ini dan berupaya dalam medan amalnya merealisasikan tujuan ini.

Siapapun yang membaca realita masa lalu yang pernah terjadi di antara dua kubu madrasah (metodologi dan pemikiran) yakni Ahli hadits dan ahli logika serta para pengikutnya akan menemukan permusuhan, perselisihan yang sengit dan bahkan saling melemparkan tuduhan dan kecaman, lalu mereka kembali dalam kedekatan pemahaman dan persepsi pada sebagian besar masalah, maka akan terasa ringan dan kecil apa yang kita hadapi hari-hari ini, serta rasa optimis yang besar akan terwujudnya kedekatan pemahaman pada jamaah-jamaah ini. Dalam kitab “Tartibul Madarik” Qadhi ’iyadh – rahimahullah - pernah berkata: “Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Kami tiada henti-hentinya mengecam Ahli Ra’yi (logika) dan merekapun mengecam kami, hingga datang Imam Syafi’i yang menjadi penengah diantara kami”.”

Qadhi Iyadh berkata: “Yang dimaksud beliau, Imam Syafi’i berpegang pada Atsar-atsar yang shahih dan menggunakannya, kemudian membingkainya dengan logika jika diperlukan lalu menggali hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya ia hanyalah analogi terhadap pokok-pokoknya, dan Imam Syafi’i telah menunjukkan kepada mereka bagaimana mengambilnya serta berpijak terhadap illat-illat hukumnya. Maka Ahli hadits pun mengetahui bahwa Logika yang benar adalah cabang dari hukum asal, dan Ahli logikapun mengetahui bahwa tidak ada cabang tanpa pokok, dan sesungguhnya tiada guna sebuah logika jika harus mendahului sunnah dan atsar-atsar yang shahih [10].”

Pada penutup ini, saya ingin sekali menguatkan penegasan bahwa upaya untuk mempersatukan amal Islami dan mempertemukan satu kalimat dengan berbagai sarana yang memungkinkan adalah kewajiban syar’i bagi siapa saja yang mampu, sebab yang demikian itu akan mencegah perpecahan di kalangan umat Islam, mensinergikan beragam potensi serta lebih merealisasikan kesatuan barisan dihadapan musuh-musuh agama, sebab sudah cukup bencana dan musibah yang telah menimpa umat ini akibat perpecahan dan perselisihan mereka. Allah berfirman:

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara. (QS.3:110)

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (QS. 5:2)
Read More ...
Thursday, August 5, 2010

Cukupkah Dengan Hanya Menyatakan "I Am A Muslim"

Seorang pemuda yang berambut ala-ala karat mak saleh, berseluar gelebeh hingga meleret ketanah, bajunya bercorak salib, berspek hitam diselangi dengan tin Carlsberg singgah dimulutnya. Bergelak ketawa bersama kekasih yang berpakaian menjolok mata datang menemui anda lalu berkata:

"Saya orang islam. Lahir sebagai islam dan duduk pun di Negara islam (kalau boleh dikatakan Negara islam)."

Jika jawapan begitu yang diberikan kepada seorang pakcik mat saleh diluar sana, saya pasti dia akan berkata:

"Oh yeah? really? sambil tersenyum kelakar."

Tak salah apa yang diucapkan pemuda terbabit. Saya tak membicarakan pandangan manusia terhadapnya kerana siapa manusia untuk menilai tahap iman seseorang. Hanya Allah yang selayaknya menilai hambanya. Tapi setakat itu sahajakah buktinya sebagai seorang Muslim? Tidak cukup dengan mengatakan saya seorang Muslim. Dimana buktinya?

Saya ambil semula firman Allah:

"Apabila kamu berazam maka bertawakallah kepada Allah" - 3:159

Saya melihat bahawa tawakkal yang disarankan oleh Allah dalam ayat tersebut menunjukkan bukti daripada keazaman kita itu tadi. Tidak cukup hanya dengan sekadar berazam tanpa meminta pertolongan kepada Allah sebagai bukti bahawa benar-benar kita berazam.

Begitu juga umat Islam. Mengaku beriman perlulah disertai dengan tindakan susulan. Tidak sekadar mainan bibir. Sedar atau tidak, umat Islam itu sendiri yang menggambarkan Islam. Membawa imej Islam sekaligus memberi gambaran awal tentang ‘apa itu Islam’. Kemana sekalipun kita melangkah, disitulah umat Islam akan diberi perhatian. Bukan pada namanya, bukan juga pada gayanya tapi pada AGAMA Islam yang bersalut didalam hatinya sekaligus kehidupannya.

BUKAN MEMINTA KESEMPURNAAN

Lafaz sayang itu perlu tetapi buktikan sayang itu yang paling utama. Begitu juga dengan agama yang kita anuti ini. Tidak cukup dengan hanya mengatakan ‘I AM A MUSLIM!’ tapi rukun Islam yang lima tidak ditunaikan. Etika berpakaian Islam tidak dipatuhi lebih-lebih lagi akhlak sebagai umat islam. Itu sahajakan Islam? Hanya kata-kata. Jika satu masa dahulu ianya diajar oleh Ustazah Karimah dan Ustaz Osman lalu disuruh saya hafalnya, maka saat ini tibalah masa saya mempraktikkan hafalan itu. Bukan meminta kesempurnaan, tapi semua ini perlu dibayar dengan harga yang mahal. Itulah bukti.

Mengapa bukti yang diminta? Dengan bukti segalanya nampak sempurna. Jika sayang katakan sayang, jika benci katakan benci. Kata-kata itu bukti. Tapi sekadar kata-kata itu sahajakah? Jika anda disaman oleh polis atas kesalahan jalan raya, cukup sekadar anda katakana saya bernama ‘John’ dan seorang Islam serta beralamat sekian sekian? Saya yakin pihak polis tersebut akan meminta mycard anda untuk melihat kebenaran kata-kata anda. Dan sekali lagi, itulah bukti

Dengan bukti juga ia menggambarkan dalaman kita iaitu ‘HATI’. Dengan penghayatan dari hati itulah akan memuntahkan segala isi hati melalui ‘PERLAKUAN’.

Analoginya mudah, jika anda mempunyai sebiji gelas yang kosong. Lalu anda bawakan sebaldi air sungai lalu dituang kedalamnya hingga penuh. Apabila air itu penuh dan mengalir keluar, yang mengalir itu tetap air sungai yang dibawakan tadi. Bukan air sirap mahupun air laut yang dimuntahkan keluar.

Begitulah ibarat hati kita. Apa yang lebih penuh didalamnya, itulah yang akan dimuntahkan kembali. Jika iman yang kita semai, maka iman jugalah yang akan keluar tapi jika mazmumah yang kita bajai, maka mazmumah jugalah yang akan diperlakukan. Jadi benarkah jika seseorang mengaku baik tapi kehidupannya dipenuhi dengan perkara kemungkaran yang dilakukan oleh tangan sendiri?

SOLUSINYA

HATI --> KATA-KATA --> PERBUATAN = MUSLIM SEJATI INSYAALLAH


Berdoalah semoga kita semua tidak tersekat diantara nombor satu dan dua didalam carta aliran diatas. Jika kita orang Islam, umat nabi Muhammad tercinta, jadi,marilah kita tunjukkan bukti kasih sayang kita pada Allah dan Rasulnya. Bagaimana? Bertaqwalah pada Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bersegeralah engkau sekalian melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datangnya tujuh macam perkara. Apakah engkau sekalian menantikan, enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau tibanya kesakitan yang merosakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keharuan lagi, atau tibanya kematian yang mempercepatkan - lenyapnya segala hal, atau tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya." - [Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.]

Buktikan kita Islam dengan peribadi kita..
Read More ...
Saturday, July 31, 2010

..::Jadilah Bintang!!::..

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu iaitu orang yang mengharap rahmat ALLAH dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (Surah Al-Ahzab:21)

Sahabat…
ALLAH sudah memberikan kepada kita, orang yang wajar ditiru tetapi kenapa harus dicari yang lain? Oleh itu, kita mesti berbuat baik dalam berdakwah, jangan menghakimi atau menjauhi orang yang belum faham tentang agama. Justeru, sebaliknya yang kita lakukan adalah mengajak mereka supaya boleh seperti kita. Kita tidak boleh menjadi terlalu eksklusif. Malah seharusnya, kita harus sebaris dengan teman lain. Istilahnya: ‘Merakyat’. Sebab dari sikap sebegitu baru mengalir rasa simpati. Lagipun, perjuangan bukan hanay milik kita, tetapi milik seluruh kaum Muslimin. Sebabnya Islam bukan sahaja milik mereka yang bersikap tegas sahaja, tetapi adalah milik seluruh kaum Muslimin, baik yang tegas atau yang lemah mempunyai tanggungjawab yang sama dalam membela dan mempejuangkan Islam. Kalau pun boleh berbeza adalah dari semangatnya. Jadi, kita yang belum memiliki sikap tegas dalam membela Islam sekarang, tetaplah berjuang untuk Islam. Siapa tahu, lambat-laun nanti kita mampu menjadi tegas juga.

Sahabat…
Kita mesti sanggup menjadi obor penerang bagi perjalanan hidup mereka yang masih diseliputi kegelapan. Kita mesti mengingatkan teman-teman yang masih buta dengan ajaran Islam meskipun kita bukan ahlinya. Inilah salah satu alas an mengapa wajibnya bagi setiap Muslim untuk saling berdakwah yakni saling nasihat-menasihati yang lain. Marilah kita mencuba untuk menjadi bintang disisi ALLAH dan Rasul-Nya! Amin! Allahu Rabb...

Da'ie adalah bintang yang berusaha menerangi kehidupan teman-teman dalam memahami Islam..
Read More ...

..::Tarbiyah itu PETROL::..

Kenderaan bermotor dan bahan api tak dapat dipisahkan. Ada kenderaan bermotor menggunakan petrol, ada yang guna benzene, ada yang guna kerosene, ada juga yang guna NGV. Kenderaan hybrid terbaru menggunakan hydrogen sebagai bahan api. Bagi kereta biasa di Malaysia, bahan api yang popular adalah petrol tanpa plumbum RON 98. Walau apa pun bahan api yang digunakan, yang penting, ia diperlukan untuk menghidupkan enjin seterusnya menggerakkan kereta.

Jom kita ambil sedikit ibrah daripada kisah kereta Perodua Kancil dan minyak petrol tanpa plumbum RON 98.
Untuk menghasilkan pembakaran dan menggerakkan piston dalam enjin, petrol perlu masuk ke dalam enjin terlebih dulu. Bekalan petrol yang mencukupi untuk enjin sangat penting. Maka, untuk setiap perjalanan, tangki petrol perlu sentiasa diisi.

Dalam sebuah perjalanan, kereta Kancil akan bergerak selagi mana petrol cukup. Sekiranya petrol kering dan tidak diisi, enjin kereta Kancil tak dapat meneruskan kerja lantas membantutkan perjalanan. Jika pedal minyak ditekan walaupun petrol telah kering, enjin akan terus mati. Setelah enjin mati, ia tak dapat dihidupkan terus setelah mengisi petrol ke dalam tangki. Ia tidak semudah memulas punat kunci. Sedikit isipadu petrol perlu di masukkan ke dalam enjin. Kerja ini agak susah dan leceh untuk dilakukan.

Sebab itu lah, isipadu minyak perlu sentiasa berkadar langsung dengan sejauh mana kilometer perjalanan. Lebih jauh dan laju kereta Kancil memecut, lebih banyak petrol yang diperlukan. Bekalan perlu sentiasa cukup. Andai bekalan petrol hampir kering, kereta Kancil perlu singgah di mana-mana stesen minyak untuk isi tangki. Bekalan yang baru akan menampung perjalanan seterusnya.

Semasa mengisi tangki di stesen minyak, pemilihan jenis bahan api mesti tepat. Jika enjin petrol diisi dengan diesel, rosak lah kereta. Perjalanan terus terhenti. Kena singgah bengkel untuk baiki enjin. Kereta Kancil tersadai 2-3 hari. Rugi masa, rugi tenaga, rugi duit dek kesilapan memilih bahan api.

Petrol Dalam Dakwah dan Tarbiyyah

Dakwah ini perjalanan yang sangat jauh dan panjang. Bekalan yang sufficient atau lebih sangat-sangat diperlukan untuk meneruskan jalan ini. Seorang akh atau ukht akan pendek nafasnya atas jalan ini andai bekalannya tidak mencukupi. Demikian kaitannya dengan petrol RON 98. Tarbiyyah umpama petrol dalam perjalanan dakwah. Usrah, halaqah, daurah, jaulah etc. adalah stesen-stesen minyaknya. Tugas-tugas dakwah tak dapat diteruskan andai bekalan tarbawi tak mencukupi. Bagaimana mungkin seorang akh mampu bergerak sedang jiwanya kosong. Atas dasar apakah yang mampu menggerakkannya di atas jalan dakwah yang panjang dan berliku ini.

Andai seorang dae’i itu terus memaksa dirinya atau dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas dakwah sedang bekalannya tidak cukup, mungkin berlaku seperti enjin kereta Kancil yang kehabisan petrol. Ia akan terhenti. Untuk menggerakkannya kembali, usaha yang lebih sukar dan leceh diperlukan, sama macam mengisi petrol ke dalam enjin yang letaknya jauh di dalam bonet.

Begitu juga halnya jika seorang akh mendapatkan bekalan tarbawi yang tidak tepat. Instead of petrol iman, diesel jahiliyyah yang diisi ke dalam tangki enjin hatinya. Jika ini berlaku, rosaklah hati si akh tersebut dan memaksa proses pembaikan yang mungkin memakan masa yang lama. Banyak juga tenaga, masa dan wang yang perlu dilebur. Nauzubillaah.

Begitulah halnya jalan ini. Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.

Bagaimana tarbiyyah kita? Cukupkah untuk perjalanan yang panjang, jauh dan payah ini?


Bekalan iman yang mendalam dan berterusan adalah pembakar enjin
dakwah ini. Hanya tarbiyyah yang berterusan mampu membekalkannya.
Read More ...
Tuesday, June 22, 2010

Tarbiah Dan Harakiah Suatu Kesinambungan

1.0 MUQADDIMAH

Firman Allah SWT dalam surah As-Soff, ayat 14:

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Dalam arus kebangkitan Islam abad ke- 20 , angkatan Muslimin telah bersatu cita-cita dan matlamat menggemblengkan tenaga untuk mengembalikan Umat Islam kepada siratulmustaqim berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tetapi amat malang sekali, jalan dan cara yang berbeza untuk merealisasikannya gagal untuk mencapai matlamat hakiki harakah Islamiah kerana menumpukan kepada aspek- aspek tertentu sahaja , contohnya: golongan tasauf,golongan salafiah dan golongan yang berjihad dan berkerja melalui lissan dan tulisan tetapi meninggalkan jurusan yang lain.

Akhirnya mereka lupa membentuk angkatan pelopor yang beriman sebagai asas binaan daulah Islamiah dan tanzim haraki untuk bakal pendokong dakwah yang meneruskan perjuangan hingga sampai ke matlamatnya.

Maka hiduplah mereka sebagai panglima tanpa angkatan tentera yang teratur dan tersusun , apabila mereka telah tiada tinggalah pengikut mereka tanpa panglima dan pemimpinnya.Akibatnya ,terhentilah mereka tanpa pewaris penerus perjuangan .

Jesteru itulah kesinambungan tarbiah dan harakiah adalah suatu kemestian berdasarkan matlamat dan cara yang sahih demi meneruskan risalah Ilahi sebagai satu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

2.0 DEFINASI

TARBIYAH : Suatu uslub yang terbaik yang mampu berenteraksi bersama fitrah manusia, dikemukakan samada dalam bentuk arahan secara langsung (perkataan) atau secara tidak langsung (qudwah). Ia bertujuan untuk mengubah manusia kearah yang lebih baik berlandaskan manhaj dan wasilah-wasilah tertentu.

Secara umumnya tarbiyah adalah usaha yang dilakukan kearah pengabdian diri kepada Allah S.W.T secara sempurna. Ia adalah satu proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.

HARAKAH ISLAMIYAH : Satu tanzim Universal yang merangkumi anasir-anasir yang beramal untuk memperjuangkan Islam dan merupakan amal jamaei' yang disusun rapi untuk menegakkan agama Allah dan membangunkan kembali daulah Islamiyah diatas muka bumi ini.
Secara umumnya harakah adalah jamaah yang teratur mempunyai matlamat dan manhaj yang tertentu.

3.0 MATLAMAT

3.1 Tarbiyah harakiah mempunyai matlamat-matlamat asas yang tersendiri:

a)Matlamat khusus

-Melahirkan individu muslim
-Membina keluarga islam
-Membentuk masyarakat islam
-Menegakkan negara islam
-Menyatukan semula ummah islamiyah

b)Matlamat Umum antaranya :

-Mengabdikan manusia kepada Allah yang Esa
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

-Mempelopori kerja-kerja amal makruf nahi mungkar
كنتم خير امة اخرجت للناس تأ مرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

-Menyampaikan risalah Islam kepada alam seluruhnya
وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول شهيدا

-Menghapuskan kuasa kuffar diatas muka bumi ini
وقا تلوهم حتي لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير

Ini adalah matlamat asas kepada tarbiyah harakiyah. Disana terdapat banyak lagi matlamat lain dalam tarbiah islamiyah mengikut pendekatan dan wasilah yang dibawa.

4.0 CIRI-CIRI
4.1 Antara ciri-ciri khusus tarbiyah Islamiyah :

a) Ketuhanan الر با نية b) Sempurna dan lengkap الكا مل والشمول
c) Positif dan membangun الا يجا بية و البناء
d) Kesenderhanaan dan keseimbangan الاعتدال والتوازن
e) Persaudaraan dan jamaah الأ خوة والجما عة

4.2 Ciri-ciri Harakah Islamiyah terbahagi kepada :

a) Ciri-ciri prinsip:

-Gerakan Rabbani
-Gerakan yang tersendiri
Gerakan pembawa kemajuan
-Gerakan yang syumul
-Menjauhi perselisihan dalam masalah fekah

b)Ciri-ciri haraki antaranya:

-Beransur-ansur dalam semua peringkat gerakan
-Peringkat dakwah:

a)Taa`rif
b)Takwim
c)Tanfiz

-Mengutamakan kerja dari propaganda
-Nafas yang panjang
-Uzlah nafsiah bukan jasadiah
-Matlamat tidak menghalalkan cara

5.0 FAKTOR KEJAYAAN TARBIYAH HARAKIYAH
a)Keyakinan yang teguh bahawa tarbiyah adalah satu-satunya wasilah yang mampu mengubah masyarakat , membentuk petugas-petugas dakwah dan wasilah untuk mencapai cita-cita dan harapan

b)Terdapat manhaj tarbiyah yang mempunyai matlamat tertentu, perancangan yang terang dari sumber yang jelas bersifat syumul dan mempunyai kaedah-kaedah pendekatan yang berbagai ditegakkan diatas falsafah kefahaman yang jelas dan diceduk terus daripada ajaran Islam yang tulen.

c)Suasana jamaie' yang positif yang dibina oleh jamaah dimana setiap anggota cuba su\edaya upaya utuk melaksanakan cara hidup Islam yang tulin.

d) Pemimpin yang terdidik dari segi fitrah, thaqafah dan pengalaman ( khibrah )

e) Wujud sebolangan murabbi yang ikhlas, berkemampuan dan amanah dalam melaksanakan tugas mereka.

f) Kepelbagaian wasilah : fardhi / jamaie' , teori / amali , aqli / a'tifi , positif dan negatif.


Dengan adanya faktor-faktor tadi akan lahirlah satu ketermadunan yang bersifat Rabbani dan mempunyai ketinggian akhlak yang menghimpunkan antara ilmu dan iman, kebendaan dan roh, mengimbangi antara dunia dan akhirat dismping menjaga kehormatan manusia.

Rasulullah S.A.W telah meramalkan mehnah yang dihadapi oleh para mukmin, daei dan mujahidin fisabilillah dalam hadis yang bermaksud :

"Orang mukmin sentiasa berada didalam lima dugaan yang susah :

1) Mukmin yang dengk kepadanya
2) Munafik yang benci kepadanya
3) Kafir yang memeranginya
4) Syaitan yang menyesatkannya

5) Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya


6.0 TARBIYAH HARAKIYAH MADRASAH RASULULLAH S.A.W

Teras kepada pembinaan tarbiyah harakiah yang dibentuk oleh Rasulullah S .A.W adalah Al-Quran . Maka lahirlah satu generasi yang dinamakan generasi Al -Quran . Generasi ini adalah generasi yang unggul, Al- Quran adalah panduan , perjalanan hidup dan gerak -geri mereka.

Perjuangan Rasulullah S.A.W telah diasakan melalui madrarah baginda tersendiri dan telah berjaya menanamkan kekuatan aqidah dijiwa para sahabat .

Antara penekanan penting dalam madrasah baginda S.A.W :
• Pembentukan sebuah gerakan demi mempertahankan kesucian aqidah
• Membebaskan manusia daripada sebarang perhambaan dengan melancarkan dakwah .
• Berjuang untuk merebut kekuasaan dari golongan kuffar.

6.1 Ciri- ciri generasi Al-Quran

a) Kekutan aqidah
b) Berpegang teguh dan bersikap tegas dengan prinsip
c) Berkasih sayang sesama mukmin
d) Mengdokong sepenuhnyan dakwah dan jihad
e) Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasulnya.

Setiap mukmin hendaklah menjadikan generasi para sahabat sebagai contoh dan sember inspirasi di dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam . Sabda Rasulullah S.A.W
اصحا بي اما نة لامتي

Dalam kita mencontohi jejak langkah mereka untuk menjadi satu umat yang berpegang teguh dengan Al-Quran , ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh umat Islam pada masa kini :

a) Sikap para sahabat terhadap AL-Quran
b) Perdekatan yang seimbang didalam memahami dan melaksanakan tuntutan Al-Quran
c) Membebaskan diri daripada sebarang unsur jahiliyah .

7.0 TRIBULASI DALAM PERJUANGAN

لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة

Dalam meniti liku-liku dan lurah perjuangan ,disanalah memerlukan tuntutan amaliah tarbiyah harakiyah menangkis segala cabaran dan dugaan dengan kekentalan iman dan amal yang berterusan.

8.0 DAI'E RABBANI: UKURAN KESINAMBUNGAN

Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah kebenaran bahawa tarbiah harakiah suatu kesinambungan yang memberikan saham terbesar dalam perjuangan.
Tarbiah harakiyah yang berjaya ialah yang melahirkan dai'e Rabbani yang dibekali dengan tuntutan amaliah yang menjamin pembentukan individu muslim sebagai tulang belakang kepada amal Islami.
Antara kesan tarbiah harakiah dalam menghadapi cabaran dakwah:

a) Sabar dan tetap dengan seruannya.

وكأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما اصابهم في سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصابرين
(ال عمران:146 )

b) Bertambah yakin dengan kebenaran seruanNya dan dengan pertolongan Allah S.W.T daalm surah Ali Imran ayat 173:

الذين قال لهم الناس ان الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم ايمانا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل


d) Mendapat anugerah syahid daripada Allah S.W.Tdalam surah Ali Imran ayat 143:

وتلك اليام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين امنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظالمين

9.0 PENUTUP

يا ايها الذين امنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه اذلة علي المؤمنين اعزة علي الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لايم

Keperluan melahirkan generasi pembawa risalah yang mempunyai keutamaan dan persediaan yang sempurna disudut mental, spritual dan persediaan disudut haraki adalah satu tuntutan yang sama penting demi keberkesanan dakwah dan kerja menyelamatkan Ummah berjaya dipenuhi dan mencapai matlamat .

Tarbiyah Harakiyah satu kesinambungan merealisasikan Firman Allah S.W.T :

انا ارسلنا ك شا هدا ومبشرا ونذيرا لتؤ منوا با بلله وتعزروه وتوقروه وتسبحوهبكرة واصيلا

Sabda Rasulullah S.A.W :
انت علي تغرة الاسلام فلا يؤ نتين من قبلك
Dengan terlaksananya amaliah tarbiyah harakiyah ini maka tercetuslah madrasah dai`e Rabbani menegakkan kembali kalimah tauhid dan menyemarakkan kembali Ummah di atas muka bumi ini .
Rujukan :

1) Al -Quran
2) Sunnah Annabawiah
3) ما ذا يعني انتمائي للاسلام فتحي يكن
4) الطريق الى جماعة المسلمين حسن محمد على جابر
5) اولويات الحركة الاسلامية الدكتور يوسف القرضاوي
6) Kitab Doktor Ali Abdul Halim Mahmud
وسائل التربية عند الاخوان المسلمين
التربية الاسلامية ومدرسة حسن البنا
7)Tarbiah Ruhiyyah kearah pembentukan Dai'e Rabbani (kertas kerja)
8)Tarbiyyah Ruhiyyah dan kesannya dalam proses pembinaan dan perubahan ummah (kertas kerja)
9) Bagtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah- Fathi Yakan
10) Risalah Usrah Jilid 1


Read More ...
Wednesday, June 16, 2010

Isu Murtad : Mesti baca!!!


Barah yang menular dalam diam

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?

Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. ,

Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat?

Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir). Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.

Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap.

Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan : untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah inggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.

Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu?

Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu.Bab kehidupan, politik, ekonomi....semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan:
"Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang kerumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri.Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof.

Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah. Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas.

Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan.

Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar - tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad" . Terus Yasir kena pancung i padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita.

Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".

Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, padamasa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?"

Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar.

Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak silap saya). Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi.

Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka.

Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup.

Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati. 1942. kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan

Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...semuanya satu demi satu.

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY.

Pertama
kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus ...Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garamsebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.

Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an.

Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.." Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's

Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
Read More ...