- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Showing posts with label Fiqh Semasa. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Semasa. Show all posts
Saturday, February 5, 2011

Syirik


CARA MENGHILANGKAN SYIRIK


Menghilangkan syirik kepada Allah, belum akan sempurna kecuali dengan menghilangkan tiga macam syirik:

1. Syirik dalam perbuatan Tuhan:

Iaitu beri'tikad bahawa di samping Allah, terdapat pencipta dan pengatur yang lain. Sebagaimana yang diyakini sebahagian orang-orang sufi, bahawa Allah menguasakan sebahagian urusan kepada beberapa waliNya untuk mengaturnya. Suatu keyakinan, yang hingga orang-orang musyrik sebelum Islam pun tidak pernah mengatakannya. Bahkan ketika Al-Quran menanyakan siapa yang mengatur segala urusan, mereka menjawab: "Allah". Seperti ditegaskan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Mereka menjawab 'Allah'." (Yunus: 31)


Dalam kitab "Al-Kaafii Firrad alal Wahabi" yang pengarangnya seorang sufi. Di antara isinya adalah, "Sesungguhnya Allah memiliki beberapa hamba yang bila mengatakan kepada sesuatu; Jadilah! Maka ia akan terjadi."

Sungguh dengan tegas Al-Quran mendustakan apa yang ia dakwahkan itu. Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, "Jadilah!" maka terjadilah ia." (Yaasiin: 82)

"Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah." (Al-A'raaf: 54)


2. Syirik dalam ibadah dan doa:

Iaitu disamping ia beribadah dan berdoa kepada Allah, ia beribadah dan berdoa pula kepada para nabi dan orang-orang shalih.

Seperti istighatsah (meminta pertolongan) kepada mereka, berdoa kepada mereka di saat kesempatan atau kelapangan. Ironinya, justeru hal ini banyak kita jumpai di kalangan umat Islam. Tentu, yang menanggung dosa terbesarnya adalah sebahagian syaikh (guru) yang mendukung perbuatan syirik ini dengan dalih tawassul.

Mereka menamakan perbuatan tersebut dengan selain nama yang sebenarnya. kerana tawassul adalah memohon kepada Allah dengan perantara yang disyariatkan. Adapun apa yang mereka lakukan adalah memohon kepada selain Allah. Seperti ucapan mereka:


"Tolonglah kami wahai Rasulullah, wahai Jaelani, wahai Badawi ..."


Permohonan seperti di atas adalah ibadah kepada selain Allah, sebab ia merupakan doa (permohonan). Sedangkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Doa adalah ibadah." (HR. At-Tirmizi, ia berkata, hadis hasan shahih)

Di samping itu pertolongan tidak boleh dimohonkan kecuali kepada Allah semata. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan (Allah) membanyakkan harta dan anak-anakmu," (Nuh: 12)

Termasuk syirik dalam ibadah adalah "syirik hakimiyah". Iaitu jika sang hakim, penguasa atau rakyat meyakini bahawa hukum Allah tidak sesuai lagi untuk diterapkan, atau dia membolehkan diberlakukannya hukum selain hukum Allah.


3. Syirik dalam sifat:


Iaitu dengan menyifati sebahagian makhluk Allah, baik para nabi, wali atau lainnya dengan sifat-sifat yang khusus milik Allah. Mengetahui hal-hal yang ghaib, misalnya. Syirik semacam ini banyak terjadi di kalangan sufi dan orang-orang yang terpengaruh oleh mereka. Seperti ucapan Bushiri, ketika memuji Nabi SAW:

"Sesungguhnya, di antara kedermawananmu adalah dunia dan kekayaan yang ada di dalamnya Dan di antara ilmumu adalah ilmu Lauhul Mahfuzh dan Qalam.

Dari sinilah kemudian terjadi kesesatan para dajjal (pembohong) yang mendakwakan dirinya boleh melihat Rasulullah SAW dalam keadaan jaga. Lalu –menurut pengakuan para dajjal itu– mereka menanyakan kepada beliau tentang rahsia jiwa orang-orang yang bergaul dengannya. Para dajjal itu ingin menguasai sebahagian urusan manusia. Padahal Rasulullah SAW semasa hidupnya sahaja, tidak mengetahui hal-hal yang ghaib tersebut, sebagaimana ditegaskan oleh Al-Quran:

"Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan yang sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan." (Al-A'raaf: 188)

Jika semasa hidupnyapun beliau tidak mengetahui hal-hal yang ghaib, bagaimana mungkin beliau boleh mengetahuinya setelah beliau wafat dan berpindah ke haribaan Tuhan Yang Maha Tinggi? "Ketika Rasulullah SAW mendengar salah seorang budak wanita mengatakan, 'Dan di kalangan kita terdapat Nabi yang mengetahui apa yang terjadi besok hari.' Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya yang bermaksud,


"Tinggalkan (ucapan) ini dan berkatalah dengan yang dahulunya (biasa) engkau ucapkan'." (HR Al-Bukhari)

Kepada para rasul itu, memang terkadang ditampakkan sebahagian masalah-masalah ghaib, sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada rasul yang diredhaiNya." (Al-Jin: 26-27)


ORANG YANG MENGESAKAN ALLAH

Barangsiapa menafikan ketiga macam syirik tersebut dari Allah, kemudian ia mengesakan Allah dalam ZatNya, dan dalam menyembah dan berdoa kepadaNya, juga dalam sifat-sifatNya, maka dia adalah seorang muwahhid (yang mengesakan Allah) yang bakal memiliki berbagai keutamaan yang khusus dijanjikan bagi orang-orang muwahhidin.

Sebaliknya, jika ia melakukan salah satu dari ketiga macam syirik di atas, maka dia bukanlah seorang muwahhid, tetapi ia tergolong seperti yang disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud:

"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan." (Al-An'am: 88)

"Jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65)

Hanya jika ia bertaubat dan menafikan sekutu dari Allah maka ia termasuk golongan orang-orang muwahhidin.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang meng-esakanMu dan janganlah Engkau jadikan kami termasuk golongan orang-orang yang menyekutukanMu.



CONTOH-CONTOH SYIRIK KECIL

Syirik kecil iaitu setiap perantara yang mungkin menyebabkan kepada syirik besar, ia belum mencapai tingkat ibadah, tidak menjadikan pelakunya keluar Islam, akan tetapi ia termasuk dosa besar.

Contoh-contoh Syirik kecil:

1. Riya' dan melakukan suatu perbuatan kerana makhluk:

Seperti seorang muslim yang beramal dan shalat kerana Allah, tetapi ia melakukan shalat dan amalnya dengan baik agar dipuji manusia. Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang shalih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhan-nya." (Al-Kahfi: 100)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil, riya'. Pada hari Kiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" (HR. Ahmad, hadis shahih)


2. Bersumpah dengan nama selain Allah:


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik." (HR. Ahmad, hadis shahih)

Boleh jadi bersumpah dengan nama selain Allah termasuk syirik besar. Iaitu jika orang yang bersumpah tersebut meyakini bahawa sang wali memiliki kemampuan untuk menimpakan bahaya atas dirinya, jika ia bersumpah dusta dengan namanya.


3. Syirik khafi:

Ibnu Abbas menafsirkan syirik khafi dengan ucapan seseorang kepada temannya, "Atas kehendak Allah dan atas kehendak kamu."

Termasuk syirik khafi adalah ucapan seseorang, "Seandainya bukan kerana Allah, kemudian (seandainya bukan kerana) si fulan."


Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Jangan mengatakan, 'Atas kehendak Allah, dan atas kehendak si fulan.' Tetapi katakanlah, 'Atas kehendak Allah, kemudian atas kehendak si fulan'." (HR. Ahmad dan lainnya, hadis shahih)



FENOMENA SYIRIK

Fenomena dan kenyataan perbuatan syirik yang bertebaran di dunia Islam merupakan sebab utama terjadinya musibah yang menimpa umat Islam. Juga sebab dari berbagai fitnah, kegoncangan dan peperangan serta berbagai siksa lainnya yang ditimpakan Allah atas kaum muslimin.

Hal itu terjadi kerana mereka berpaling dari tauhid, serta kerana perbuatan syirik yang mereka lakukan dalam akidah dan perilaku mereka.

Bukti yang jelas dari hal itu adalah apa yang kita saksikan di sebahagian besar negara-negara Islam. Berbagai fenomena kemusyrikan, justeru oleh sebahagian besar umat Islam dianggap sebagai bahagian dari ajaran Islam, kerana itu mereka tidak mengingkari dan menolaknya.

Islam datang untuk menghancurkan berbagai bentuk kemusyrikan, atau berbagai fenomena yang menyebabkan seseorang terjerumus ke perbuatan syirik. Di antara fenomena syirik yang terjadi ialah:

1. Berdoa kepada selain Allah:


Hal ini tampak jelas dalam nyanyian-nyanyian dan senandung mereka, yang sering diperdengarkan pada peringatan maulid atau pada peringatan-peringatan bersejarah lainnya.

Kita pernah mendengar mereka menyanyikan kasidah.

"Wahai imam para rasul, wahai sandaranku.
Engkau adalah pintu Allah, dan tempat aku bergantung.
Di dunia serta akhiratku.
wahai Rasulullah, bimbinglah diriku.
Tak ada yang menggantikanku dari kesulitan kepada kemudahan, kecuali engkau, wahai mahkota yang hadir"


Seandainya Rasulullah mendengar nyanyian di atas, tentu Rasulullah SAW akan berlepas diri daripadanya. Sebab tidak ada yang boleh mengubah dari kesulitan menjadi kemudahan kecuali Allah swt semata. Nyanyian-nyanyian dan pujian yang sama, banyak kita jumpai di surat-surat khabar, majalah dan buku. Di antara isinya adalah memohon pertolongan, bantuan dan kemenangan kepada Rasulullah SAW, para wali dan orang-orang shalih yang sebenarnya mereka tidak mampu melakukannya.


2. Menguburkan para wali dan orang-orang shalih di dalam masjid:

Banyak kita saksikan di negara-negara Islam, kuburan berada di dalam masjid. Terkadang di atas kuburan itu dibangunkan kubah, lalu orang-orang datang memintanya, sebagai sesembahan selain Allah. Rasulullah SAW melarang hal ini dengan sabdanya yang bermaksud:

"Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid (atau tempat bersujud menyembah Tuhan)." (Muttafaq alaih)

Jika menguburkan para nabi di dalam masjid tidak diperintahkan, bagaimana mungkin dibolehkan mengubur para syaikh dan ulama di dalamnya? Apakah lagi telah dimaklumi, kadang-kadang orang yang dikubur tersebut dijadikan tempat berdoa dan meminta, sebagai sesembahan selain Allah. kerana itu ia merupakan sebab timbulnya perbuatan syirik. Islam mengharamkan syirik dan mengharamkan perantara yang boleh menyebabkan kepadanya.


3. Nazar untuk para wali:

sebahagian manusia ada yang melakukan nazar berupa binatang sembelihan, harta atau lainnya untuk wali tertentu. Nazar semacam ini adalah syirik dan wajib tidak dilangsungkan. Sebab nazar adalah ibadah, dan ibadah hanyalah untuk Allah semata. Adapun contoh nazar yang dibenarkan adalah sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Imran. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang shalih dan berkhidmat (di Baitul Maqdis)," (Ali Imran: 35)


4. Menyembelih di kuburan para nabi atau wali:

Meskipun penyembelihan yang dilakukan dikuburan para nabi atau wali dengan niat untuk Allah, tetapi ia termasuk perbuatan orang-orang musyrik. Mereka menyembelih binatang di tempat berhala dan patung-patung wali mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Allah melaknat orang yang menyembelih selain Allah." (HR. Muslim)


5. Tawaf sekeliling kuburan para wali:

Seperti mengelilingi kuburan Syaikh Abdul Kadir Jailani, Syaikh Rifa'i, Syaikh Badawi, Syaikh Al-Husain, dan lainnya. Perbuatan semacam ini adalah syirik, sebab tawaf adalah ibadah, dan ia tidak boleh dilakukan kecuali tawaf di sekeliling Kaabah, Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah)." (Al-Hajj: 29)



6. Shalat kepada kuburan:

Shalat kepada kuburan adalah tidak boleh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kalian duduk di atas kuburan dan jangan pula shalat kepadanya." (HR. Muslim)


7. Melakukan perjalanan (tour) menuju kuburan:

Melakukan perjalanan (tour) menuju kuburan tertentu untuk mencari berkah atau memohon kepadanya adalah tidak diperbolehkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah dilakukan perjalanan (tour) kecuali kepada tiga masjid; Masjidil Haram, Masjidku ini, Masjidil Aqsha." (Muttaffaq 'alaih)

Jika kita ingin pergi ke Madinah Al-Munawwarah misalnya, kita boleh mengatakan, "Kami pergi untuk berziarah ke Masjid Nabawi kemudian memberi salam (doa) kepada Nabi Muhammad SAW."


8. Berhukum dengan selain yang diturunkan Allah:

Mengambil hukum selain yang diturunkan Allah adalah syirik. Seperti menentukan hukum dengan perundangan-perundangan yang dibuat oleh manusia, yang bertentangan dengan Al-Quranul Karim dan hadis shahih iaitu jika ia meyakini diperbolehkannya mengamalkan undang-undang buatan manusia.

Termasuk di dalamnya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh sebahagian syaikh yang bertentangan dengan nash-nash Al-Quran dan hadis shahih. Seperti fatwa dihalalkannya riba, padahal Allah Ta'ala memaklumkan perang terhadap pelakunya.


9. Taat kepada para penguasa, ulama atau syaikh:

Iaitu ketaatan kepada mereka dengan menyelisihi dan menentang nash Al-Quran dan hadis shahih. Syirik semacam ini "Syirkut thaa'ah" (syirik keta'atan) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam hal maksiat kepada Al-Khaliq (Allah)." (HR. Ahmad, hadis shahih)

Allah berfirman yang bermaksud:

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan." (At-Taubah: 31)

Hudzaifah menafsirkan ibadah dengan ketaatan terhadap apa yang dihalalkan dan diharamkan oleh ulama Yahudi kepada kaumnya.
Read More ...
Friday, December 24, 2010

40 Kelebihan dan Faedah Berselawat atas Baginda Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam


“Ya Allah, kurniakanlah selawat atas junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana Engkau telah perintahkan.”

1. Menjunjung perintah Allah subhanahu wa ta’ala.
2. Perkara yang sama-sama dibuat oleh Allah subhanahu wa ta’ala kerana Allah subhanahu wa ta’ala juga berselawat atas Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama-sama dibuat oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat atas Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan sepuluh rahmat oleh Allah subhanahu wa ta’ala atas setiap selawat.
5. Ditinggikan pangkatnya sepuluh darjat.
6. Dituliskan baginya sepuluh kebajikan.
7. Dihapuskan baginya sepuluh kejahatan.
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit.
9. Mendapat syafa’at Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.
10. Mengampunkan dosa.
11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita.
12. Membolehkan diri berada dekat dengan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam pada Hari Qiamat.
13. Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Mendapat doa daripada malaikat dan rahmat Allah subhanahu wa ta’ala.
16. Membersihkan hati dan mensucikannya.
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga.
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat.
19. Mendapat doa dan salam Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam.
20. Mengingat kembali perkara yang lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan.
23. Tidak termasuk dalam golongan orang yang bakhil.
24. Terlepas daripada kutukan Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam: “Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat”.
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk ke syurga.
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk.
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji Allah subhanahu wa ta’ala.
28. Mendapat Nur ketika lalu di Titian (Sirat).
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar.
30. Mendapat pujian Allah subhanahu wa ta’ala di sisi para malaikat.
31. Diberkatkan umur dan semua pekerjaannya.
32. Mendapat rahmat Allah subhanahu wa ta’ala dan sentiasa dikasihi Allah subhanahu wa ta’ala.
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam.
34. Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shollallahu ‘alaihi wa sallam bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup.
36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad shollallahu ‘alaihi wa sallam.
37. Menetapkan kaki di titian Sirat (Siratul Mustaqim)
38. Menunaikan sedikit hak Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam dan bersyukur kepada Allah subhanahu wa ta’ala.
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah subhanahu wa ta’ala dan Rasul-Nya shollallahu ‘alaihi wa sallam.
40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan daripada Allah subhanahu wa ta’ala.


Sumber ambilan: Kitab Jilaul Afham
Susunan: Ibnu Qoyyim Al-Jauziah (wafat pada tahun 751 H)

Demikianlah sebahagian daripada pelbagai keistimewaan dan faedah daripada amalan berselawat atas Baginda Nabi kita shollallahu ‘alaihi wa sallam yang tercinta. Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi kitab yang ditulis oleh para ‘ulama yang merakam kisah dan keutamaan amalan berselawat.

Setelah kita mengetahui segala faedah tersebut, maka amat beruntunglah bagi kita untuk terus segera mengamalkannya.

Insya-Allah, kita bermula dengan sedikit dan sesuai dengan tahap kemampuan dan realiti kesibukan tugasan kita.

Ingat bersama-sama bahawa Allah amat mencintai amalan yang dilaksanakan dengan ikhlas secara berterusan walaupun kuantitinya adalah sedikit.

Terdapat terlalu banyak ruang masa yang dapat diisi dengan selawat. Kiranya tidaklah terlalu berat bagi lidah dan hati kita untuk melafazkan ucapan selawat buat Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam walaupun sekali dalam satu-satu masa dan keadaan.

Kaedah fiqh juga menyatakan: “Perkara yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya janganlah ditinggalkan kesemuanya.”

Bertitik tolak daripada formula ini, seandainya kita tidak mampu untuk berselawat atas Baginda shollallahu ‘alaihi wa sallam dengan jumlah yang banyak dalam satu-satu masa, cukuplah baik bagi kita untuk sekadar melafazkan sekali ucapan selawat daripada tidak mengucapkan langsung.

Insya-Allah, mudah-mudahan Allah Tuhan kita Yang Maha Menghargai hamba-Nya yang berniat untuk melakukan ketaatan memberikan kepada kita keikhlasan, kekuatan, kemudahan, keseronokan ruhani dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah yang amat agung ini.

*Sahabat-rakan tuan-puan adalah amat dialu-alukan untuk membaca, memahami dan mengamalkan kandungan catatan ini dan menyebarluaskan kepada umat Islam yang lain demi kebaikan dunia dan akhirat.
Read More ...
Thursday, December 9, 2010

Wujudkah sokongan mimpi dalam urusan jodoh?


Apakah pandangan Islam tentang mimpi (ru’yah)?Realiti 3 golongan


1. Ada orang yang bergantung sepenuhnya kepada mimpi. Ia terdedah kepada sangkaan, mainan syaitan dan mainan perasaan.

2. Ada golongan yang menolak sepenuhnya mimpi. Ia menafikan sesuatu yang wujud, thabit (tetap) serta tidak patut diingkari secara umumnya.

3. Ada golongan yang menganggap mimpi sebagai bonus sokongan daripada Allah SWT dengan apa yang telah diyakini berdasarkan petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah.


Pendapat ini lebih adil dan sederhana.Merujuk Risalah Taalim oleh al-Imam Hassan al-Banna yang dihuraikan oleh Muhammad Abdullah al-Khatib dan diadaptasi oleh penulis, ada beberapa penjelasan tentang kedudukan mimpi dalam Islam. Antaranya ialah:


1. Mimpi insan biasa bukanlah hujah bagi hukum syarak. (Misalnya seseorang yang bermimpi bahawa hubungannya dengan Allah telah mantap maka dia hanya perlu solat pakai niat sahaja, maka mimpinya dikira batil dan tak menjatuhkan hukum syarak apapun ke atasnya).

2. Mimpi seseorang tidak diambil kira jika bertentangan dengan hukum-hakam agama dan nas-nasnya. (Misalnya wanita mengandung bermimpi makan khinzir menyebabkan dia sangat mengidamkannya. Mimpi itu tidak boleh dijadikan hujah untuknya melanggar hukum agama yang telah tetap.)

3. Mimpi seseorang yang tak bertentangan dengan nas, boleh diambil kira untuk dirinya sediri, bukan hujah bagi orang lain. (Misalnya jika seseorang bermimpi berkahwin dengan seseorang, manakala agama dan akhlak orang tersebut memang bagus, maka dia boleh berusaha ke arah menjadikan mimpinya suatu realiti. Namun, dia tidak boleh memaksa orang itu menerimanya semata-mata berhujahkan mimpinya sendiri.)

4. Mimpi banyak berbaur dengan sangkaan, bercampur-aduk dengan waham (prasangka), justeru kita tak bergantung sepenuhnya kepadanya. Sekadar berwaspada. (Misalnya kita bermimpi berkahwin dengan seseorang, sedangkan kita belum mengetahui tentang agama dan akhlaknya, maka tak perlu terburu-buru percaya pada mimpi itu. Mimpi itu mungkin boleh menjadi sekadar ilham untuk kita merisik agama dan ahklaknya dengan teliti).

5. Faedah kewujudan mimpi adalah sokongan tambahan pada perkara yang telah tetap (thabit) daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ia dianggap sokongan tambahan kepada perkara yang telah thabit dan dianggap sebagai cahaya di atas cahaya.

6. Mimpi bukan semuanya daripada syaitan dan mainan perasaan ketika tidur. Ada juga mimpi yang benar daripada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, “Mimpi ada tiga jenis: Mimpi yang datang daripada Allah, mimpi yang berpunca dari dirinya sendiri dan mimpi daripada syaitan.” (Riwayat Muslim). Ibnu Taimiyah berkata di dalam Al-Fatawa, hendaklah seseorang tahu membezakannya. (Misalnya seseorang yang leka dalam maksiat, tidak mahu bertaubat, tiba-tiba ingin beristikharah dalam urusan jodoh, sudah tentu besar kemungkinan mimpi malamnya akan sering dipengaruhi oleh wajah gadis yang didambakan. Sebaik-baiknya, dia bertaubat dan menjauhkan diri daripada dekat dengan jalan-jalan zina terlebih dahulu seperti asyik call, sms dan dating).

7. Sekalipun ulama tidak mengingkari wujudnya mimpi yang benar, namun mereka mensyaratkan perlunya nilaian daripada Al-Quran dan Al-Sunnah terhadap setiap apa yang dimimpikan. Hanya kedua sumber tersebut yang maksum (terpelihara daripada kesilapan).

8. Berkata Ibnu Taimiyah, “Ahli kasyaf dan ahli ilham ada kalanya benar dan ada kalanya silap. Justeru mereka perlu berpegang teguh dengan tali Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Al-Fatawa).


Jadi, wujudkah Sokongan Mimpi dalam Urusan Jodoh?


Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita agar beristikharah (berdoa pada Allah) dan bermusyawarah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.

Kita tak perlu meragui lagi bahawa ...Rasulullah SAW menjadikan istikharah itu trend dalam hidup baginda apabila ingin membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya:

“Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari). Setelah kewafatan Khadijah, Allah SWT sering menghadirkan mimpi seorang gadis yang dibawa oleh malaikat Jibril di dalam kelubung sutera. Apabila diselak, gadis itu adalah Aisyah. Jibril berkata, “Ini adalah isterimu di dunia dan di akhirat). Tiga kali mimpi itu menemani malam baginda.

Baginda cuma berkata kepada diri dengan mimpi itu, “Kalau ini kehendak Allah, pasti akan terlaksana.” (Muttafaqun a’laih).Setelah mengalami mimpi itu, Rasulullah SAW bermusyawarah dengan Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Usman bin Mazh’un yang mencadangkan calon untuk baginda. Didapati calon yang dimaksudkan berdasarkan nilaian agama memang patut dijadikan isteri. Natijahnya, Rasulullah minta dia menyampaikan pinangan baginda kepada calon yang dimaksudkan itu.


Kesimpulannya:


1. Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah. 2. Petunjuk tak semestinya hadir melalui mimpi. Namun jika kita bermimpi yang baik, ia boleh jadi bonus sokongan daripada Allah kerana mimpi itu wujud, thabit dan tak patut diingkari secara umumnya.3. Petunjuk boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. 4. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk.


Persoalan Lazim Remaja


“Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?” ...“Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?” “Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?” “Saya takutlah nak buat istikharah. Takut nanti nampak apa yang saya tak kenan.” Apa Itu Istikharah?

Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan. Contohnya, nak beli kereta VIVA atau Myvi bila dah mula kerja nanti, nak balik kampung atau ikuti program keusahawanan ketika cuti semester depan, nak pilih course Undang-undang Sivil atau Undang-undang Syariah, dan sebagainya. Bagaimana membuat pilihan?Buatlah pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang). Berdoa pada Khaliq dan berbincang dengan makhluk.Sandarannya Al-Quran dan Al-Sunnah.Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah atau melakukan larangan-Nya. Contohnya, nak pakai tudung ke tak? Nak pakai jeans ke baju kurung? Nak pergi dating atau study? Dan sebagainya.


Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan


Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mentera dan meramal masa depan. Pelbagai kretiviti direka-reka untuk menilik nasib ketika itu seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu yang keras yang telah dihaluskan. Mereka meramal untuk mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya. Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maiah: 90). Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti ini, Allah SWT mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya.


Doa Istikharah


Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya.”


Galakan Istikharah


Melihat galakan istikharah yang tinggi dalam Islam hingga ada ulama yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunnah bukan wajib. Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).

Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)


Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?


Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi kenapa perlu takut untuk istikharah? Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah SWT buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi! Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita! Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan. Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223). Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .
Read More ...
Saturday, December 4, 2010

Pergaulan Dalam Islam


PERGAULAN DALAM ISLAM

(1) Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat.


1. Pengertian pergaulan.

Gaul atau campur dalam Bahasa Arab disebut “khalato” ( خلط ) . Bercampur atau bergaul disebut

( اختلاط ) yakni, apabila sesuatu itu bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan perempuan bermaksud apabila lelaki dan perempuan, mahram atau ajnabi, bercampur atau bergaul dalam satu tempat, bilik, ruang atau dewan yang pada kebiasaannya mereka akan bertemu muka, berhadapan, berinteraksi, bercakap, bertegur sapa antara satu sama lain. Namun demikian perbincangan di sini akan memfokuskan kepada pergaulan antara lelaki ajnabi dengan perempuan.

Perkataan ajnabi bermaksud lelaki yang halal berkahwin dengan seseorang perempuan, sama ada halal sekarang atau akan halal pada masa akan datang..

2. Hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi .

Apakah hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita diharuskan atau ditegah ?. Untuk menjawab soalan ini kita perlu menjawab satu soalan lain. Soalan itu ialah: Apakah pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi sama sahaja dengan pergaulan lelaki dengan lelaki lain. Jawabnya tentu tidak, kerana amat jauh bezanya pergaulan lelaki sesama lelaki dengan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Oleh kerana ia tidak sama maka hukumnya juga tidak sama. Dan oleh kerana hukum asal pergaulan antara lelaki dengan lelaki adalah diharuskan maka hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan adalah tidak diharuskan. Yakni ditegah.

Tiada dalil syarak yang sahih menunjukkan hukum pergaulan lelaki dan perempuan ditegah. Tegahan hanya dapat dirumuskan berdasarkan dalil-dalil syarak dalam kes-kes lain. Kes-kes itu ialah:


2.1.Wanita ditegah musafir tanpa mahram dan tegahan khalwat.

Rasulullah (s) bersabda: لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها ذو محرم

Baginda bersabda lagi: لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم

Kedua dua hadis ini menegah wanita musafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa mahram. Hukum ini telah disepakati oleh para fukaha. Tidak ada perbezaan antara khulwat semasa solat dan di luar solat. Selain daripada itu para fukaha juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan ini atas alasan darurat atau hajah. Pengecualian ini menunjukkan bahawa hukum asalnya ialah ditegah. Kalau ia tidak ditegah apa perlunya ia dikecualikan semasa darurat dan hajah.

Kesimpulannya, nas syarak ini membuktikan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita adalah ditegah.


3. Bergaul dalam keadaan tertentu.

Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat, hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.


3.1.Boleh bergaul kerana darurat.

Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah (bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.


3.2.Boleh bergaul kerana hajah.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:

فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء

“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’ sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya “kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu “lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan. Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah. Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak. Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada dalam majlis tersebut.


4. Pergaulan ajnabi masa kini.

Di antara pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi yang berlaku masa kini ialah pergaulan semasa ziarah

menziarahi keluarga, kawan dan sahabat handai. Pergaulan juga berlaku dalam majlis-majlis rasmi atau tak resmi; mesyuarat, kenduri kendara, sambutan hari tertentu dan lainnya. Dalam ziarah dan majlis seperti ini biasanya akan berlaku pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi dalam satu bilik, ruang, makan bersama dalam satu hidangan, atau mesyuarat di satu meja. Sudah pasti berlaku interaksi, perbualan dan sebagainya.

Pergaulan seperti ini adalah diharuskan dengan syarat semua pihak yang hadir mestilah berpegang teguh dengan hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan pakaian, percakapan dan pandang memandang antara lelaki dan wanita. Mereka yang hadir mestilah menutup aurat dengan sempurna. Wanita tidak boleh menampakkan tubuhnya walau sedikit pun kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian yang mereka pakai juga mestilah tidak nipis, tidak ketat sehingga menjelaskan susuk tubuh mereka. Tidak bertabarruj. Percakapan mereka juga mestilah berlaku seperti biasa, tidak dimanja-manja dan dilunak-lunakkan. Pandang memandang mestilah tidak ada unsur nafsu dan syahwat, berperaturan, tidak berlaku khalwat, tidak bercampur aduk melampau yang tiada batas. Jika hukum, peraturan, adab dan tata susila ini tidak dapat dipatuhi pergaulan itu adalah ditegah.

5. Pergaulan di dalam konteks berorganisasi/jemaah/program-program

Pergaulan di dalam konteks berjemaah juga mempunyai asas dan dasar hukum yang sama, bahkan dasar dan hukum ini adalah terpakai untuk semua bentuk pergaulan yang bermatlamatkan kebaikan dan kemashlahatan ummah. Ini bermakna pergaulan di dalam konteks berjemaah ataupun berprogram masih lagi tertakluk kepada tiga keperluan sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum daripada ini. Tiga keperluan tersebut adalah :

a) darurah
b) hajiah syar’iyyah
c) maslahah syar’iyyah / adat setempat yang diterima oleh hukum syara’.


Syarat-syarat pergaulan ini tetap tertakluk kepada beberapa syarat yang telah digariskan. Antaranya ialah:

i) Aman daripada fitnah
ii) Tidak berdua-duaan
iii) Sempurna menutup aurat bagi perempuan mahupun lelaki
iv) Tidak melunakkan suara bagi perempuan
v) Berhubung pada sekadar keperluan sahaja
vi) Pandangan yang tidak menaikan syahwat atau ghairah
vii) Tidak bercampur dalam konteks yang melampaui batas


Oleh yang demikian, tiada alasan yang boleh menghalalkan percampuran/atau pergaulan bagi perempuan dan lelaki yang ajnabiyy walaupun bersama-sama di dalam bekerja ke arah kebaikan islam. Bahkan, bagi seorang da’ie atau muslimat mahupun muslimin jemaah, menundukkan pandangan, aurat dan pergaulan perlu dijaga dengan lebih ketat lagi kerana mereka adalah pembawa risalah dan da’wah islam. Tidak halal bagi sesiapa sahaja untuk mengharuskan pergaulan tanpa memenuhi kehendak dan batasan-batasan hukum syara’ sebagaimana yang telah digariskan. Program-program jemaah seharusnya diatur dengan mengelakkan percampuran yang melampau daripada lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah serta memberi ruang kepada syaitan untuk berbuat fitnah dan kerosakan.

Ini bukanlah bermakna pandangan seumpama ini merupakan pandangan yang ortodoks atau jumud, tetapi Islam menganjurkan konsep “mencegah lebih baik daripada merawat”. Kita mengakui bahwa pada zaman kontemporari ini, percampuran dan pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah menjadi satu keprluan, lebih-lebih lagi di dalam konteks jemaah kampus pada hari ini. Cuma sebagaimana yang telah ditekankan bahawa percampuran dan pergaulan itu perlulah selari dengan apa yang telah digariskan oleh hukum syara’ supaya ianya tidak menjadi fitnah yang lebih besar kepada islam dan jemaah Islam itu sendiri. Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. Ungkapan “sepinggan pahala berulam dosa” seharusnya diteliti, difahami maksudnya oleh para penggerak perjuangan islam supaya perjuangan ini tetap berada pada landasan yang suci dan benar.


KESIMPULAN

Islam bukanlah satu agama yang jumud. Islam mengatur kehidupan umatnya untuk menghasilkan kebaikan dan mashlahah keseluruhan di dalam kehidupan manusia. Sistem sosial masyarakat islam jika baik aturannya mengikut acuan al-Quran dan As-Sunnah pasti mengundang keberkatan dan dilimpahkan sepenuh kebaikan daripada Allah. Islam memahami keperluan naluri dan fitrah manusiawi kerana islam itu datangnya daripada Allah yang merupakan pencipta kepada manusia.Bagi penggerak kepada harakah islamiyyah, haruslah difahami bahawa setiap fitrah itu berlu hadir dan dikawal dengan hidayah, kerana tanpa hidayah, fitrah tersebut akan menjadi fitnah!


Rujukan :


1. Artikel Ust Alias Othman-Pergaulan Silang Jantina dalam masyarakt masa Kini
2. Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi – Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid II
3. Fiqh Malaysia-Akademi Pengajian Islam, UM
Read More ...
Monday, November 29, 2010

SOLAT Hajat


Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

NIAT SOLAT HAJAT


أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selepas membaca al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca Ayat Qursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca Surah Al-Ikhlas.

Apabila selesai sahaja solat, terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini... kemudian bacalah doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.


سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ , سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي التَّسْبِيحُ إلَّا لَهُ , سُبْحَانَ ذِي الْمَنِّ وَالْفَضْلِ ,سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ , سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ , أَسْأَلُك بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِك , وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِك وَبِاسْمِك الْأَعْظَمِ وَجَدِّك الْأَعْلَى , وَكَلِمَاتِك التَّامَّاتِ الْعَامَّاتِ الَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


"Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.
Read More ...

SOLAT SUNAT TAUBAT


Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.


Lafaz Niat

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.


Doa Sujud terakhir rakaat kedua.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ
. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau.


Istighfar-Istighfar


1. 100 kali

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had

لَا حَوْلَ
وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.


Doa Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Read More ...

Solat Tahajjud



Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.


Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.


عَنْ عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ


Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap "Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah." Kemudian mengatakan ""Ya Allah Ampunkan Kami" atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima. Hadis riwayat Bukhari.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ


Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Syaitan akan mengikat kamu dengan 3 simpulan pada belakang kepala ketika kamu tidur, Pada setiap simbpul dia berkata : Malam masih panjang, maka teruskan tidurmu. Apabila seseorang itu bangun dan mengingati Allah, maka terlepaslah satu simpul. Apabila dia berwuduk, terlepas pula simpul kedua, apabila dia mengerjakan solat, maka terlepas pula simpul yang ketiga. Dan pada pagi harinya (Subuh) dia akan bangun dengan penuh semangat dan dalam keadaan hati yang baik; sebaliknya, jika dia tidak melakukan perkara tersebut (mengingati Allah, berwuduk dan solat malam), dia akan bangun pagi dalam keadaan hati yang buruk dan malas. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala


عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ


Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah." Hadis riwayat Bukhari.
Read More ...
Thursday, September 23, 2010

Sembahyang Wanita: Mana lebih baik, di rumah atau di masjid?


Daripada Ibnu Umar r.a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menegah para wanita keluar ke masjid-masjid, dan (sedangkan) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.”
(HR Ahmad & Abu Daud)

Hadis di atas, Rasulullah secara umum menyatakan bahawa para suami tidak boleh menghalang isterinya dari pergi berjamaah di masjid tanpa mengira waktu sembahyang manapun – Pada waktu siang ataupun malam.

Terdapat hadis lain lagi yang menyatakan larangan menegah wanita dari berjamaah di masjid tanpa mengaitkan dengan waktu mana, tetapi diberi peringatan agar wanita itu tidak boleh memakai bau-bauan. Hadis berkenaan adalah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu menegah wanita-wanitamu pergi ke masjid Allah. Dan hendaklah mereka keluar ke masjid tidak memakai bau-bauan.” (HR Ahmad dan Abu Daud)

Manakala terdapat juga hadis-hadis yang melarang wanita pergi berjamaah di masjid pada waktu-waktu tertentu, antaranya ialah:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Mana-mana wanita yang memakai dupa, maka janganlah dia menghadiri sembahyang Isyak bersama kami.” (HR Muslim, Abu Daud & al-Nasa’I)

Berikut ini pula adalah hadis yang mengizinkan wanita pergi ke masjid pada waktu tertentu:
Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila wanita-wanitamu meminta izin kepadamu dimalam hari untuk pergi ke masjid, maka kamu izinkanlah.” (HR jamaah kecuali Ibnu Majah)

Sebuah Hadis Dha’if dari Ummu Salamah pula menceritakan tentang tempat yang paling baik untuk wanita mengerjakan sembahyang:
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik masjid bagi para wanita ialah di dalam rumahnya.” (HR Ahmad).

Akhirnya, dari Aisyah r.a., katanya: “Sekiranya Rasulullah s.a.w. menyaksikan dari para wanita apa yang kita lihat sekarang ini, tentulah baginda menegah mereka pergi ke masjid sebagaimana bani Israil telah menegah wanita-wanitanya.” (HR Bukhari dan Muslim)

*******
Setelah kita melihat hadis-hadis di atas, mari kita lihat pula apa pendapat para ulamak mengenai masalah wanita berjamaah di masjid.

Golongan Syafi’iyah membenarkan wanita-wanita tua pergi berjamaah di masjid, sedangkan yang masih muda dimakruhkan.

Menurut satu riwayat dari Imam Malik mengatakan bahawa wanita boleh pergi ke masjid tetapi tidak boleh kerap, manakala wanita muda boleh sekali sahaja.

Imam Hanafi pula tidak menyukai para wanita menghadiri Jumaat dan jamaah sembahyang fardu. Namun beliau membolehkan para wanita yang telah tua menghadiri jamaah sembahyang Isyak dan Subuh.

Sahabat beliau Abu Yusof tidak menyukai wanita-wanita muda menghadiri jamaah di masjid, dan tidak mengapa untuk wanita tua.

Al-Nakha’I melarang para wanita menghadiri Jumaat dan jamaah. Beliau sendiri menegah isteri-isterinya berbuat demikian.

Al-Thauri berpendapat bahawa yang paling baik bagi wanita ialah bersembahyang di rumah sekalipun telah tua.

Ibnu Qudamah dari mazhab Hanbali mengatakan bahawa wanita boleh menghadiri jamaah kaum lelaki, memandangkan wanita pada masa Rasulullah s.a.w. turut bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. di masjid.

Ibnu Hazmin dari kalangan mazhab Zahiriah berpendapat bahawa para wanita tidak diberatkan untuk menghadiri sembahyang jamaah di masjid. Perkara ini tidak diperselisihkan. Namun adalah dipandang sebagai baik jika mereka menghadirinya. Perkara ini juga telah jelas diketahui, kerana para wanita telah menghadiri jamaah bersama Rasulullah s.a.w., dan baginda mengetahuinya tetapi tidak melarangnya. Dan tidak boleh para wali (ibubapa/penjaga) melarang wanita dari menghadiri jamaah di masjid.

************
Mari kita telusuri lebih jauh pendapat Ibnu Hazmin untuk difikirkan dan direnungkan:
Berdasarkan pendapat Ibnu Hazmin, bukanlah seorang wanita bersembahyang di rumah itu lebih afdhal, bahkan berjamaah di masjid adalah lebih afdhal bagi mereka. Mereka akan diberi pahala kerana berjamaah di masjid. Perkara ini di sokong oleh hadis-hadis Rasulullah s.a.w. serta perbuatannya yang tidak melarang para wanita yang menjadi makmumnya. Manakala para Khulafaur Rasyidin juga berbuat perkara yang sama dengan tidak melarang para wanita pergi ke masjid.

Diriwayatkan dari Abdul Razak, bahawa Umar r.a. pernah menyuruh Sulaiman ibni Zaid mengimami satu jamaah wanita di suatu sudut di masjid pada bulan Ramadhan.

Ketika Umar r.a. ditikam semasa mengimamkan sembahyang Subuh, dan ketika itu isterinya Atikah turut serta berjamaah. Dan suatu ketika sebelum itu, Umar r.a. pernah berkata kepada isterinya Atiqah: “Aku tidak suka engkau bersembahyang bersama-sama kami.” Jawab Atiqah: “Saya tidak akan berhenti dari pergi ke masjid sehingga dilarang.” Umar membalas: “Aku tidak akan melarang.” Kerana dia tahu bahawa para wanita memperoleh pahala dengan hadir ke masjid.

Ali r.a. pula pernah melantik 2 orang imam sembahyang pada malam bulan Ramadhan, Seorang untuk jamaah lelaki dan yang seorang untuk jamaah wanita.
Bagaimana dengan hadis yang mengatakan “…….. dan rumah-rumah mereka (wanita) adalah lebih baik baginya.”? Ya, hadis ini tidak dapat diamalkan kerana ia bertentangan dengan kenyataan yang berlaku – Iaitu perempuan memperoleh pahala dengan berjamaah di masjid. Baiklah, jika kita andaikan, kita dapat menerima hadis berkenaan, ia sudah tentu bermaksud dalam keadaan-keadaan tertentu. Kalau keadaan memungkinkan akan terjadinya fitnah apabila wanita pergi ke masjid, maka ketika itulah bersembahyang di rumah adalah lebih afdhal dari berjamaah di masjid. Jika terhindar fitnah, masjid adalah lebih baik.

Seperkara lagi, seandainya sembahyang rumah itu lebih afdhal bagi wanita berbanding di masjid, sudah tentu Umar r.a. awal-awal lagi akan melarang isterinya dari pergi ke masjid.

Akhirnya, jika wanita-wanita itu dilarang pergi ke masjid atas alasan takut timbulnya fitnah, maka adalah lebih baik jika mereka dilarang samasekali untuk keluar ke pasar, ke tempat umum, bekerja dsbnya. Dengan tidak syak dan ragu lagi, bahawa kemungkinan untuk timbulnya fitnah kerana pergi berjamaah di masjid adalah jauh seribu kali lebih ringan lagi berbanding fitnah kerana pergi ke tempat-tempat umum, pasar, kerja dsbnya. Jika para wanita ini biasa berulang alik ke masjid untuk beribadah dan mendengar pengajian-pengajian yang berguna, maka akan menjadi mengecillah dunia kerusakkan dan kemaksiatan. Bukankah natijahnya baik?

Ini adalah serba ringkas diskusi pendapat Ibnu Hazmin.. Kira okey juga berbanding lain-lain pendapat, lebih-lebih lagi memandangkan zaman yang kita berada sekarang ini, di mana masjid perlu difungsikan semula sepenuhnya.

Wallahu A’lam

Zain ys

Rujukan
Nailul Authar – Al-Syaukani
Subulus Salam – Al-Shan’ani
Read More ...

HUKUM BERSAHABAT DENGAN ORANG KAFIR


Firman Allah Taala:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu."(Ali Imran, ayat 28)

Sebelum kita mengupas ayat di atas lebih lanjut lagi, marilah kita melihat, apakah sebab ayat ini diturunkan:

Sebab Turun Ayat
Ayat ini turun disebabkan oleh suatu masalah di mana sekumpulan para sahabat nabi menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang-orang Yahudi. Persahabatan mereka sangat akrab sekali. Beberapa orang sahabat yang lain cuba menasihati agar berwasapada terhadap Yahudi berkenaan. Kerana dikhuatiri mereka akan disesatkan oleh Yahudi berkenaan. Namun nasihat ini tidak dihiraukan. Malah mereka masih tetap akrab. Lalu turunlah ayat:

Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Hukum Dari Ayat Ini
Terdapat beberapa hukum yang daapt kita ambil dari ayat berkenaan, iaitu:

Hukum Pertama: Apakah hukum meminta bantuan orang kafir dalam peperangan?
Terdapat dua pendapat ulamak dalam masalah ini, iaitu:

1. Jumhur ulamak yang terdiri dari Syafi'i, Hanbali dan Hanafi. Mereka mengatakan bahawa meminta bantuan dari orang-orang kafir dalam peperangan dibolehkan, tetapi dengan 2 syarat, iaitu:
Syarat pertama: Bantuan tersebut memang benar-benar diperlukan.
Syarat kedua: Berkeyakinan terhadap kesetiaan orang-orang kafir tersebut terhadap tentera Islam.

Apakah alasan dari pendapat jumhur ulamak ini? Mereka beralasan bahawa Nabi Muhamad s.a.w. pernah menggunakan Yahudi Qainuqa' dalam peperangan, bahkan mereka telah diberi habuan rampasan perang. Di lain ketika Nabi menggunakan Safwan bin Umaiyah ketika menentang kabilah Hawazin. Ini membuktikan bahwa meminta bantuan mereka dalam peperangan dibolehkan.

2. Mazhab Maliki. Mereka berpendapat bahawa meminta bantuan orang kafir dalam peperangan adalah tidak dibenarkan.

Alasan mazhab ini ialah, larangan berbuat demikian adalah bersesuaian dengan zahir ayat al-Quran:
Ertinya: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali...

Mazhab ini juga menggunakan kisah Ubadah bi Shomit yang menyebabkan ayat di atas diturunkan.

Selain itu, mereka berhujah dengan Hadis Nabi riwayat Aisyah, di mana seorang lelaki musyrik yang gagah dan tangkas datang kepada Nabi Muhamad s.a.w. Ketika itu peperangan Badar sedang tercetus. Lelaki tadi meminta izin dari Nabi untuk ikut serta dalam peperangan tersebut. Nabi bersabda:
"Kembalilah, aku sekali-kali tidak akan meminta bantuan dari seorang musyrik."

Jawapan jumhur ulamak terhadap hujah mazhab Maliki:
1. Hujah yang digunakan oleh mazhab Maliki telah dinasakhkan oleh perbuatan Nabi sendiri.
2. Ataupun, boleh jadi hujah tersebut tidak dinasakhkan tetapi ketika itu nabi tidak memerlukan bantuan orang kafir. Atau berkemungkinan tiada kepercayaan terhadap kesetiaan orang kafir berkenaan.


Hukum Kedua: Taqiyah
Apakah itu taqiyah yang tercantum di ayat:
"....kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka."?

Maknanya ialah bahawa seseorang mengucapkan perkataan dengan lidahnya, sedang hatinya tetap teguh dengan keimanan. Definasi ini diberikan oleh Ibnu Abbas r.a.

Sebahagian ulamak mengatakan taqiyah ialah memelihara diri dan harta benda dari kemusnahan musuh dengan cara menzahirkan apa yang mereka mahu tetapi tidak dengan keyakinan hati.

Apakah hukumnya?
Jelas bahawa ayat di atas membenarkan perlakuan taqiyah demi untuk memelihara diri dari kezaliman. Terdapat ayat lain yang semakna dengannya iaitu:
Ertinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah, sesudah ia beriman (maka ia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir, padahal hatinya tetap tenang dan beriman. (al-Nahl, ayat 106)

Dan, walaubagaimanapun taqiyah bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan. Ia adalah bentuk keringan (rukhsah) yang diberikan oleh Allah. Ketika seseorang itu dipaksa (dengan ancaman kemusnahan) untuk menjadi kafir, dia boleh memilih antara berbuat taqiyah (melafazkan kata kufur tetapi hatinya tetap beriman) ataupun tetap tidak berganjak sehingga dirinya terbunuh. Dan yang kedua ini adalah lebih afdhal.

Hukum Ketiga: Menyerahkan kepimpinan kepada orang kafir, serta mempergunakannya dalam semua urusan kaum muslimin.

Berdasarkan ayat:
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali .." mengambil orang kafir sebagai pemimpin atau menguruskan urusan kaum muslimin adalah tidak dibenarkan. Begitu juga mengambil mereka sebagai pekerja atau pelayan. Samalah halnya kita tidak boleh menghormati atau memuliakan mereka di majlis, atau berdiri ketika mereka datang. Kerana perbuatan ini merupakan penghormatan kepada mereka. Bukankah kita diperintahkan agar merendahkan mereka, firman Allah Taala:
"Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis." (al-Taubah, ayat 28)

Hukum Keempat: Hukum berpura-pura dengan menunjukkan kebaikkan/sokongan kepada penjahat. Ini merupakan muslihat dan diplomasi.

Perbuatan ini adalah dibenarkan. Rasulullah pernah melakukannya sebagaimana yang tercantum di dalam sabdanya:
"Kami tersenyum manis kepada suatu kaum, padahal hati kami melaknat mereka."

Walaubagaimanapun ia tidak boleh sampai ke peringkat boleh memudaratkan orang lain atau menyalahi dasar-dasar ajaran Islam.

Rujukan

Al-Quran
Tafsir Ayatil Ahkam -Ali al-Shabuni
Read More ...
Tuesday, August 17, 2010

WANITA NAIK TEKSI KESEORANGAN BERSAMA PEMANDUNYA


[Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 52-54].

Soalan:

Apakah hukumnya seorang wanita menaiki teksi bersama tuan punya teksi itu tanpa bersamanya mahramnya?

Jawapannya:

Tidak ada sebarang keraguan lagi bahawa seorang wanita ajnabiah yang menaiki teksi bersama dengan pemandu teksi itu keseorangan tanpa ada mahramnya yang menyertainya adalah satu kemungkaran yang amat nyata. Perbuatan itu akan menyebabkan kepada pelbagai kemaksiatan yang tidak boleh dipandang remeh sama ada wanita itu seorang yang pemalu atau yang agak berani. Lelaki yang merasa redha terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mahramnya ini adalah dianggap sebagai lemah agamanya, tidak sempurna kelelakiannya dan tidak cemburukan terhadap mahramnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki tidak bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."

Seseorang wanita menaiki teksi bersama dengan pemandunya adalah dianggap lebih bahaya dari mereka bersunyi-sunyian di dalam sebuah rumah dan sebagainya kerana pemandunya boleh membawa wanita itu pergi bersamanya ke mana dia suka sama ada di kawasan berdekatan ataupun jauh di luar bandar, sama ada wanita itu suka ataupun bencikannya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan kepada kemaksiatan yang lebih besar daripada yang disifatkan sebagai bersunyi-sunyian semata-mata.


Tidak tersembunyi lagi, perkara itu timbul kerana terdapatnya pengaruh fitnah wanita dan kemaksiatan yang akan bakal terjadi kepada wanita tersebut. Dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Aku tidak meninggalkan selepas zaman aku ini sebuah fitnah terhadap seseorang lelaki yang lebih berbahaya yang berpunca daripada wanita."

Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Hendaklah kamu takutkan terhadap situasi dunia dan takutkanlah kepada kerenah para wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang terjadi pada Bani Israel adalah berpunca dari wanita."

Kerana inilah dan lainnya yang terjadi di dalam permasalahan ini dan untuk mengambil apa yang dimaksudkan sebagai satu kemaslahatan umum serta satu kemestian yang bersifat wajib di segi agama, maka kita semua diwajibkan menetapkan untuk melarang mana-mana wanita ajnabiah menaiki teksi bersama dengan pemandunya secara berseorangan tanpa orang yang menemaninya sama ada mahramnya, orang yang dapat mewakili tempat mahramnya atau penjaganya yang mempunyai sifat amanah serta dikenali sifat baiknya.

Orang yang bertanggungjawab hendaklah memastikan terhadap permasalahan ini dengan serius dan tegas. Kalau boleh, hendaklah membentuk satu lajnah dan menentukan hukuman yang sesuai mengikut kesesuaian orang yang melanggar ketentuan larangan ini. Sesiapa sahaja yang melanggar ketentuan hukum ini, hendaklah dijalankan hak balasan hukumnya yang telah ditetapkan, contohnya pemandu teksi dikenakan denda yang berbentuk wang. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya buat kali kedua, maka denda itu digandakan sebanyak 2 kali ganda dan dipenjara sebanyak tempoh yang ditentukan serta ditakzir menggunakan cemeti. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya sebanyak 3 kali, digandakan dendanya, tempoh penjaranya ditambah, bilangan takzir dan ditarik semula lesen pemandunya kerana mempermain-mainkan tugas pekerjaan sebagai pemandu teksi. Wanita yang menaiki teksi seorang diri itu juga dikenakan hukuman takzir. Walinya yang merasa redha terhadap perbuatan anak wanitanya juga dikenakan hukuman takzir juga.

Sebelum itu, pihak yang bertanggungjawab terhadap permasalahan ini hendaklah mengiklankan hukuman itu di dalam suratkhabar dan siaran radio untuk memperingatkan orang ramai terlebih dahulu. Ketua Polis, Ketua Lalulintas dan Askar-askar penyelamat juga hendaklah sentiasa mengawasi permasalahan ini. Begitu juga dengan Pusat-pusat Pemerhati bersama dengan peranan mereka masing-masing dan anggota bertindak. Mereka yang bertanggungjawab hendaklah menasihati kepada para wanita dan orang-orang yang berada di bawah jagaannya terhadap segala urusan yang mereka lakukan, mengingatkan mereka segala apa yang diperbuat dan menakut-nakutkan mereka lantaran kurangnya ketaatan mereka. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Para lelaki akan binasa sekiranya mereka taatkan terhadap arahan wanita."

Di dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Aku tidak pernah melihat wanita-wanita yang kurang berfikirnya dan agamanya itu lebih berjaya jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai akal untuk berfikir."
Read More ...
Sunday, August 15, 2010

Apa Itu Takdir


Taqdir Allah adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Bahkan jauh sebelum semua makhluq diciptakan, Allah telah menuliskan semua taqdir makhluqnya dari permulaan masa hingga hari akhir.

Namun harus kita pahami bahwa taqdir itu tidak ada yang tahu kecuali hanya Allah. Jadi kita tidak bisa mengatakan –misalnya- bahwa saya ini tidak bisa jadi kaya karena taqdir Allah. Sebab dari mana kita tahu bahwa di masa yang akan datang itu kita tetap miskin? Jadi bagi manusia dan semua makhluq yagn namanya taqdir Allah itu adalah hal ghaib dan misteri. Karena itu haram hukumnya seseorang berpangku tangan tidak berusaha dengan alasan sudah taqdir. Padahal Allah sendiri sebagai Penulis Taqdir telah memerintahkan kita untuk berusaha dan bekerja serta berikhtiar. Karena itu menyalahkan taqdir adalah dosa karena melawan perintah Allah.

Jauh hari sebelum kita, orang-orangdahulu pun pernah berselisih paham tentang takdir ini menjadi dua kubu yang ekstrem. Yang pertama yang menyerahkan semua pada taqdir, tidak mau bekerja dan berusaha. Yang kedua yang tidak percaya pada taqdir dan berpendirian bahwa manusia 100% menentukan apa yang akan terjadi. Bagi Ahlussunnah wal jamaah, posisi yang benar adalah diantara keduanya, yaitu tidak menafikan taqdir tetapi tetap berusaha.

Orang yang bunuh diri tidak keluar dari taqdir Allah, karena kita baru tahu apakah suatu kejadian itu merupakan taqdir dari Allah atau bukan setelah kejadian itu berlangsung. Jadi bagaimana kita tahu bahwa orang bunuh diri itu takdirnya bukan seperti itu ? Apakah kita bisa tahu taqdir dari Allah sebelumnya sehingga bisa mengatakan bahwa taqdirnya tidak mati bunuh diri, tapi mati di tempat lain.

Sehingga `jatah` manusia bukanlah untuk mempertanyakana apakah suatu kejadian itu sudah sesuai dengan taqdir Allah atau tidak. Tetapi jatah kita hanyalah berusaha untuk mendapatkan kebaikan, kesehatan, keselamanat, keamanan dan semua yang baik-baik. Usaha itu sendiri merupakan perintah Allah.

Dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah SAW bersbda,”Tidak ada seorang pun dari kamu melainkan telah dicatat / ditentukan tempat kembalinya, ke surga atau ke neraka”. Para shahabat bertanya,”Kalau begitu sebaiknya kita meninggalkan ibadah dan amal lalu bertawakal saja ?”. Rasulullah SAW bersabda,”Beramallah, karena semua orang dimudahkan oleh Allah sesuai dengan penciptaannya”. (HR. Bukhari, Muslim)

Konsep taqdir.

Taqdir itu memiliki empat tingkatan yang semuanya wajib diimani.

a. Al-`Ilmu,

bahwa seseorang harus meyakini bahwa Allah mengetahui segala sesuatu baik secara global maupun teperinci. Dia mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Karena segala sesuatu diketahui oleh Allah, baik yang detail maupun jelas atas setiap gerak-gerik makhluknya.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya , dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata "(QS. Al-an`am 59)

b. Al-Kitabah

Bahwa Allah mencatat semua itu dalam lauhil mahfuz, sebagaimana firman-Nya :

Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi?; bahwasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab . Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.(QS. Al-Hajj : 70)

c. Al-Masyiah (kehendak)

Kehendak Allah ini bersifat umum. Bahwa tidak ada sesuatu pun di langit maupun di bumi melainkan terjadi dengan iradat / masyiah (kehendak / keinginan) Allah SWT. Maka tidak ada dalam kekuasaannya yang tidak diinginkannya selamanya. Baik yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Zat Allah atau yang dilakukan oleh makhluq-Nya.

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. (QS. Yasin : 82)

Dan kalau Allah menghendaki, niscaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada diantara mereka yang beriman dan ada di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.(QS. Al-Baqarah : 253)
d. Al-Khalqu

Bahwa tidak sesuatu pun di langit dan di bumi melainkan Allah sebagai penciptanya, pemiliknya, pengaturnya dan menguasainya.

Sesunguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan keta'atan kepada-Nya.(QS. Az-Zumar : 2)
Read More ...

Abandoning Prayer (Salaat)


A Major sin in Islam

Allaah Most High says (which means): Then there has succeeded them a generation which has given up prayers (i.e, made their praycrs to be lost, either by not offering them at all or by not offering them perfectly or by not offering them in their proper fixed times, etc.) and have followed lusts. So they will be thrown in Hell. Except those who repent and believe in the Oneness of Allaah and His Messenger (), and act righteously. [Maryam, 19:59-60]

And He (T) said (which means): Woe unto those performers of prayers (hypocrites) who are unmindful of their prayers (i.e., delay their prayer from its stated fixed time). [Al-Maa'oon, 107:4-5]

And He (T) said (which means): O you who believe! Let not your properties or your children divert you from the remembrance of Allaah. And whosoever does that, then they are the losers. [Al-Munaafiqoon, 63:9]

The commentators of the Qur'aan say: "The 'remembrance of Allaah' mentioned in these Aayaat means the five daily prayers. If anyone is so busy in buying and selling, or with his daily work of earning a livelihood, or with his children, that he cannot perform prayers on time, he will be among the losers."

The first thing which will be judged among a man's deeds on the Day of Resurrection is the Prayer. If this is in good order then he will succeed and prosper but if it is defective then he will fail and will be a loser. [Nasaa'ee, Tirmidhee, Ibn Maajah]

Informing us about the inhabitants of Hell, Allaah Most High says (which means): (The people in Hell will be asked:) What has caused you to enter Hell? They will say: We were not among those who used to pray. Nor did we feed the poor. And we used to talk falsehood (all that which Allaah hated) with vain-talkers. And we used to belie thc Day of Recompense. Until there came to us that which is certain (i.e., death). So no Intercession of intercessors will benefit them [Al-Muddaththir, 74:42-48]

The Prophet said (which means): The covenant between us and them is prayer, so if anyone abandons it he has become a disbeliever. [Ahmad, Tirmidhee, Nasaa'ee]

And he also said (which means): What lies between a man and disbelief is the abandonment of prayer. [Muslim, Aboo Dawood, Nasaa'ee]

And he said (which means): If anyone abandons prayer deliberately then he has no claim upon Allaah. [Ibn Maajah, ADAB-AL-MUFRAD of Bukhaari, Tabaraani]

And he said (which means): I have been ordered to fight against the people until they testify that there is no one worthy of worship but Allaah and that Muhammad is the Messenger of Allaah and until they perform the Prayers and pay the Zakaah, and if they do so they will have gained protection from me for their lives and property, unless [they do acts that are punishable] in accordance with Islaam, and their reckoning will be with Allaah Most High. [Bukhaari, Muslim]

And he , mentioning the prayer, said (which means): If anyone keeps to it, it will be light, evidence and salvation for him on the Day of Resurrection. But if anyone does not keep to it, it will not be light, evidence and salvation for him on the Day of Resurrection, and on that Day he will be associated with Qaroon, Pharaoh, Namaan and Ubayy bin Khalaf (an enemy of Islaam from among the Quraysh). [Ahmad, Tabaraanee, Ibn Hibbaan]

Ibn Al-Qayyim explained: The person who abandons prayer will be raised with such a foursome because his neglect of player may be due to his involvement with his property, his country, his administrative work or his trade. Therefore, if he was involved with his property he will be ressurected with Qaroon; if with his country, then with Pharaoh; if with his administrative work, then with Hamaan; and if with his trade then with Ubayy bin Khalaf, the trader among the disbelievers of Makkah.

a.. `Abdullaah bin Shaqeeq Al-`Aqeelee Tabi`ee (Tabi`ee: a successor to the companions of the Prophet ] said: "The Companions of the Prophet did not consider the abandonment of any good deed to be disbelief except the abandonment of the Prayer." [Tirmidhee, Haakim]

b.. When `Alee was asked about a women who did not pray, he said: "The one who does not pray is a disbeliever." [Tirmidhee, Haakim]

c.. Ibn Mas`ood (R) said: "The one who abandons the prayer has no religion." [Muhammad bin Nasr Al Mirwazee]

d.. Ibn `Abbaas (R) said: "The one who leaves off a single prayer deliberately will find, when he meets Allaah Most High, that He (T) is angry with him." [Muhammad bin Nasr Al-Mirwazee, Ibn Abdul-Barr]

e.. Ibn Hazm said: "There is no greater sin after polytheism than delaying a prayer until its time has passed and killing a believer without a just cause."

f.. Ibraheem Al-Nakha`ee said: "The one who has abandoned the prayer has become a disbeliever." Aboo Ayyoob Al-Sakhtiyanee said something similar to this.

Ibn Hazm writes conclusively: "It has come from `Umar, `Abdur-Rahmaan bin `Awf, Mu`aadh bin Jabal, Aboo Hurayrah and other companions that anyone who skips one obligatory prayer until its time has finished becomes an apostate. We find no difference of opinion among them on this point."

This was mentioned by Al Mundhiree in AT-TARGHEEB WA AT-TARHEEB. Then he comments: A group of Companions and those who came after them believed that an intentional decision to skip one prayer until its time is completely finished makes one an unbeliever. The people of this opinion include `Umar bin Al-Khattaab, `Abdullaah bin Mas`ood, `Abdullaah bin `Abbaas, Mu`aadh bin Jabal, Jaabir bin `Abdullaah and Aboo Ad-Dardaa'. Among the non-companions who shared this view were: Ibn Hanbal, Ishaaq bin Rahwayh, `Abdullaah bin Mubaarak, An-Nakha`ee, Al-Hakam bin `Utaibah, Aboo Ayyoob As-Sakhtiyaanee, Aboo Dawood At-Tiyaalisee, Aboo Bakr bin Aboo Shaybah, Zuhayr in Harb, and others.

REFERENCES:

1.. Al-Haythamee, Ibn Hajr, AZ-ZAWAAJIR `AN IQTIRAAF AL KABAA'IR, Vol. I, (corrected by) Ahmad Abdush-Shaafee, Daar Al-Kutub Al-`Ilmiyyah, Beirut, Lebanon, 1987

2.. Dhahabee, Imaam Muhammad bin `Uthmaan, KITAAB AL-KABAA'IR, (Engl. tr.) Mohammed Moinuddin Siddiqui, Dar El-Fiker, Beirut, Lebanon, 1993.

3.. Sabiq, As-Sayyid, FIQH-US SUNNAH, Vol. I, (Engl. tr.) Muhammad Sa`eed Dabas and Jamal al-Din Zarabozo, Maktabat al-Khadamat-e Al-Hadithah, Jeddah, Saudi Arabia, 1987
Read More ...
Thursday, August 12, 2010

Sembelihan Menurut Syarak


1.Bagaimana bacaan untuk menyembelih binatang dalam bahasa Arab serta ertinya?
2.apakah syarat2 sembelihan contohnya nak sembelih ayam?

terima kasih.

*************************
Postby pendekar »

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

Oleh kerana setiap yang berkait-rapat dengan penyembelihan ini, samada manusia (sebagai penyembelihnya), haiwan yang disembelih dan alat sembelihan itu semuanya merupakan ciptaan (makhluk) Allah Ta’ala, maka tak dapat tidak, mestilah semua itu tunduk dan patuh di bawah undang-undang Allah Ta’ala yang menjadikan ( Al-Khaliq ) mereka itu.

1- Bacaan yang dibaca ketika melakukan penyembelihan ini adalah SUNAT HUKUMNYA (menurut mazhab Imam Asy-Syafie r.h) , manakala bagi mazhab Imam Abu Hanifah r.h & Imam Ahmad r.h , ianya adalah WAJIB .

Menurut kitab-kitab Fiqh, bacaan yang dimaksudkan itu ialah dengan menyebut “ BISMILLAH “ ( Dengan Nama Allah ). Walaupun begitu, rata-rata orang kita di Malaysia membacanya dengan “ BISMILLAHI ALLAHU AKBAR “ ( Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar ! ).

2- Syarat – Syarat Sembelihan ( Berdasarkan Kitab FIQH AS-SUNNAH – Oleh : Almarhum Imam As-Saiyid Sabiq r.h : Bekas Mahaguru di Universiti Al-Azhar ) :

(2.1) – Si penyembelih itu mestilah seorang yang BERAKAL, samada dia adalah lelaki ataupun wanita, dan samada dia adalah seorang yang beragama Islam ataupun Ahli-Kitab (Yahudi & Kristian).

Ertinya : Tidak sah sembelihan orang yang mabuk ataupun gila, sembelihan seorang anak yang masih belum dapat membezakan (tamyiz), sembelihan drp orang-orang musyrikin yang menyembah berhala dan juga, sembelihan yang dilakukan oleh orang-orang yang telah murtad (keluar drp Islam).

(2.2) – Alat yang digunakan di dalam penyembelihan itu, mestilah tajam, sehinggakan menyebabkan mengalirnya darah dan memutuskan tenggorokan (halqum).

Seperti pisau, batu, kayu , pedang, kaca, sembilu, tulang yang kesemuanya itu mempunyai sisi (mata) yang tajam yang dapat memotong seperti pisau. Alat sembelihan yang tidak dibenarkan ialah Gigi & Kuku.

(2.3) – Terputusnya tenggorokan (halqum) dan saluran al-mari’ (saluran makanan dan minuman / aesophagus).

(2.4) – Menyebut Nama Allah :

Menurut Imam Malik r.h : “ Semua binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah, adalah HARAM, samada secara sengaja ataupun terlupa “.

Menurut Imam Abu Hanifah r.h : “ Jika sembelihan itu dilakukan tanpa menyebut nama Allah disebabkan terlupa , maka hukumnya HALAL , dan tetapi andainya kerana sengaja, maka hukumnya adalah HARAM “.

Menurut Imam Asy-Syafi’e r.h : “ Tidak menyebut nama Allah, samada kerana sengaja ataupun terlupa, kedua-duanya sama sahaja – HALAL DIMAKAN – jika si penyembelihnya menyembelihnya menurut hukum.

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

SARANAN RUJUKAN & PEMBACAAN :

Terjemahan “ FIQH AS-SUNNAH “ – Jilid 13, ms 126
( Oleh Al-Imam As-Saiyid Sabiq r.h )
Terbitan : Victory Agencie , K. L

Web : http://www.islam.gov.my/halal/sembelihan.html


Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
Read More ...