- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts
Monday, July 25, 2011

KECANTIKAN HATI


Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Mata Yg Indah, Melainkan Ia Yg Selalu Menjaga Pandangan Matanya...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Senyum Yg Menawan, Melainkan Ia Selalu Tersenyum Kerana Ibadah...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Bibir Terindah, Melainkan Ia Yg Memiliki Bibir Untuk Selalu Berdzikir...

Cantik Itu ..
Bukan Karena Ia Yg Selalu Menggunakan Make Up Yg Mahal Di Wajahnya, Melainkan Ia Yg Selalu Membasuh Wajahnya Dengan Air Wudhu.

Cantik Itu..
Bukan Ia Yg Memiliki Tubuh Yg Indah, Melainkan Ia Yg Selalu Menghijab Tubuhnya Dengan Pakaian-Pakaian Santun...

Cantik Itu ..
Bukan Karena ia Selalu Menolong, Melainkan Yg memiliki ketulusan Setiap ia Menolong...

Cantik Itu ..
Ada Pada Hatimu Yg Tercantik..
Karena Kecantikan Hatimu Akan Memancarkan Cahaya Di Wajahmu ...

Jadikanlah Hatimu Lebih Cantik Dari Wajah Mu...
Read More ...

Bukti Kewujudan Allah!!


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.
Read More ...
Friday, June 24, 2011

Bersusah-susahlah..


Mahu menjadikan tubuh badan itu sasa,memerlukan seseorang itu untuk kerap melatih otot-ototnya terhadap aktiviti-aktiviti yang berat dan menyusahkan.Kekerapan untuk memberikan kesusahan kepada otot,akhirnya akan menjadikan otot tersebut mampu menghadapi kesusahan-kesusahan yang diletakkan ke atasnya.
Perkara ini makruf (diketahui) oleh mereka yang membina badan ^_^

Bagaimana pula untuk menjadikan Iman seseorang itu sasa,mantap,kental dan tahan?
Pada saya,formulanya sama.
Melatih dengan KESUSAHAN.

Kerana Iman itu lawannya adalah Al-Hawa' ( Hawa Nafsu )
Dan Al-Hawa itu,sentiasa menghendaki perkara-perkara yang menyenangkan.

Tidur sehingga mata dipenuhi dengan tahinya.Makan sehingga penuh perutnya.Gelak umpama rahang mulut hampir tertanggal dari bekasnya.
Semuanya itu adalah perkara-perkara yang menyenangkan hati manusia.

Saya jadi teringat pada tazkirah mingguan di Suq Sayarat,berkisar tentang ini.Katanya :
Bersusah-susahlah,sesungguhnya nikmat itu tidak kekal.

Kita berpeluang sebenarnya untuk mengamalkan pesanan ini.Lebih-lebih lagi yang sedang jauh melata,mengembara di seluruh dunia untuk menuntut ilmu.Susahnya untuk ke kuliah,susah untuk memasak,susah untuk berkomunikasi sesama ahli rumah yang tidak bersefahaman dan pelbagai lagi kesusahan terutamanya buat mereka yang bermusafir di bumi kinanah,Mesir ini.

Jadi,pesan saya pada yang sedang menghadapi kesulitan :
Tahniah kerana diuji.Bersabarlah.Jangan sesekali berputus asa dan mengeluh.Bila susah,itu tanda Allah sayang pada kita.Allah berikan pada kita peluang untuk membina iman kita.Boleh jadi ujian ini adalah untuk kesenangan dimasa akan datang.Boleh jadi ujian untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah.



Buat yang bahagia kesenangan diulit kemewahan dan kelapangan,cubalah untuk bersusah-susah.Memang kita akan cenderung dengan kesenangan dan kemewahan belaka.Tapi kesusahan itu boleh dilatih dalam suasana yang selesa. Caranya bagaimana...?

Fikirkanlah.
Ini isu hati dan iman kita.

Coretan khas buat diri yang sedang diuji di dalam fatrah ujian.Juga buat teman seperjuangan yang dikasihi.
Read More ...
Saturday, February 5, 2011

Penyakit-Penyakit Hati


Hati itu dapat hidup dan dapat mati, sihat dan sakit. Dalam hal ini,
ia lebih penting dari pada tubuh.

Allah berfirman, artinya:

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya." (Al-An'am : 122)

Artinya, ia mati karena kekufuran, lalu Kami hidupkan kembali dengan keimanan. Hati yang hidup dan sihat, apabila ditawari kebatilan dan hal-hal yang buruk, dengan tabi'at dasarnya ia pasti menolak, membenci dan tidak akan mendekatinya. Lain halnya dengan hati yang mati. Ia tak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.

Dua Bentuk Penyakit Hati:

Penyakit hati itu ada dua jenis: Penyakit syahwat dan penyakit syubhat. Keduanya tersebut dalam Al-Qur'an. Allah berfirman, artinya:

"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. " (Al-Ahzab:32)

Ini yang disebut penyakit syahwat.

Allah juga berfirman, artinya:

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya..." (Al-Baqarah : 10)

Allah juga berfirman, artinya:

"Dan adapun orang yang didalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada)." (At-Taubah : 125)

Penyakit di sini adalah penyakit syubhat. Penyakit ini lebih parah daripada penyakit syahwat. Karena penyakit syahwat masih boleh disembuhkan, bila syahwatnya sudah terlampiaskan. Sedangkan penyakit syubhat, tidak akan dapat sembuh, kalau Allah tidak menanggulanginya
dengan limpahan rahmat-Nya.

Seringkali penyakit hati bertambah parah, namun pemiliknya tak juga menyadari. Karena ia tak sempat bahkan enggan mengetahui cara penyembuhan dan sebab-sebab (munculnya) penyakit tersebut. Bahkan terkadang hatinya sudah mati, pemiliknya belum juga sadar kalau sudah mati. Sebagai buktinya, ia sama sekali tidak merasa sakit akibat luka-luka dari berbagai perbuatan buruk. Ia juga tak merasa disusahkan dengan ketidak mengertian dirinya terhadap kebenaran, dan keyakinan-keyakinannya yang batil. "Luka, tak akan dapat membuat sakit orang mati." *). Terkadang ia juga merasakan sakitnya. Namun ia tak sanggup menrasai dan menahan pahitnya ubat. Masih bersarangnya penyakit tersebut di hatinya, berpengaruh semakin sulit dirinya menelan ubat.

Karena ubatnya dengan melawan hawa nafsu. Itu hal yang paling berat bagi jiwanya. Namun baginya, tak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari ubat itu. Terkadang, ia memaksa dirinya untuk bersabar. Tapi kemudian tekadnya mengendor dan boleh meneruskannya lagi. Itu karena
kelemahan ilmu, keyakinan dan ketabahan. Sebagai halnya orang yang memasuki jalan angker yang akhirnya akan membawa dia ke tempat yang aman. Ia sadar, kalau ia bersabar, rasa takut itu sirna dan berganti dengan rasa aman. Ia memerlukan kesabaran dan keyakinan yang kuat, yang dengan itu ia mampu berjalan. Kalau kesabaran dan keyakinannya berkurang, ia akan berpatah balik dan tidak mampu menahan kesusahan. Apalagi kalau tidak ada teman, dan takut bersendirian.

Menyembuhkan Penyakit Dengan Makanan Bergizi dan Ubat:

Gejala penyakit hati adalah, ketika ia menghindari makanan-makanan yang bermanfaat bagi hatinya, lalu menggantinya dengan makanan-makanan yang tak sihat bagi hatinya. Berpaling dari ubat yang berguna, menggantinya dengan ubat yang berbahaya. Sedangkan makanan yang paling berguna bagi hatinya adalah makanan iman. Ubat yang paling manjur adalah Al-Qur'an masing-masing memiliki gizi dan ubat. Barangsiapa yang mencari kesembuhan (penyakit hati) selain dari Al-kitab dan As-sunnah, maka ia adalah orang yang paling bodoh dan sesat.
Sesungguhnya Allah berfirman:

"Katakanlah: "Al-qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh." (Fushshilat : 44)

Al-qur'an adalah ubat sempurna untuk segala penyakit tubuh dan hati, segala penyakit dunia dan akhirat. Namun tak sebarang orang mahir menggunakan Al-qur'an sebagai ubat. Kalau si sakit mahir menggunakannya sebagai ubat, ia letakkan pada bagian yang sakit, dengan penuh pembenaran, keimanan dan penerimaan, disertai dengan keyakinan yang kuat dan memenuhi syarat-syaratnya. Tak akan ada penyakit yang berkumpul. Bagaimana mungkin penyakit itu akan menentang firman Rabb langit dan bumi; yang apabila turun di atas gunung, gunung itu akan hancur, dan bila turun di bumi, bumi itu akan terbelah? Segala penyakit jasmani dan rohani, pasti terdapat dalam Al-qur'an cara memperoleh ubatnya, sebab-sebab timbulnya dan cara penanggulangannya. Tentu bagi orang yang diberi kemampuan mamahami kitab-Nya.
Read More ...

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi Sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi Sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersediadalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar Atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti Daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di Hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut Dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan Lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri Dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati .

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari Pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya
Perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa keberkatan hidup seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Read More ...
Friday, January 28, 2011

Jendela Hikmah: Empat punca hidup manusia tidak tenteram


SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.

Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ”Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

“Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

  • Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
  • Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
  • Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
  • Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Oleh Endok Sempo M Tahir
Read More ...
Wednesday, December 1, 2010

"11 AMALAN YANG TERBALIK DI MALAYSIA"


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkahini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kitamaka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
Read More ...
Monday, November 29, 2010

12 Golongan Manusia..kita yang mana?

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."


Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.
Read More ...
Sunday, November 28, 2010

Wahai org2 beriman Tahajjudlah


Sebuah surat cinta Dari manusia-manusia yang malamnya penuh cinta Ditujukan kepada insan yang tersia-sia malamnya

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Wahai orang-orang yang terpejam matanya, perkenankanlah kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami rajut di sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahasianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari surga.

Wahai orang-orang yang terlelap, sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat energi cahaya yang tersembunyi di baliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai kau sangat menikmatinya.

Wahai orang-orang yang terlena, ketahuilah, kami tidak seperti dirimu!! Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tak terkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu!! Kami adalah para perindu kamar di surga. Tak pernahkah kau dengar Sang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya di surga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan sholat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam.” Sudahkah kau dengar tadi ? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan sholat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.

Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta, Kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadist. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau ? Kenikmatan itu tidak serta merta kukecap sendiri. Kubagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk istriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan sholat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu ? Pedulikah kau pada keluargamu ? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka ? Sekedar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu ?

Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, ” Nuruddin itu kecanduan sholat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar.” Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, “Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan karena pasukannya yang banyak. Tetapi lebih karena dia mempunyai rahasia bersama Tuhan“. Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah karena do’a dan sholat-sholat malamku yang penuh kekhusyu’an.

Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku ? Dialah Istriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah istri shalehah di mataku, terlebih di mata Allah. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan. Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang.

Kuceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Allah, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu kubayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh genderang agar kami terbangun di sepertiga malamnya.

Wahai orang-orang yang terbuai,Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqsa, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Sholahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga sholat berjama’ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Alqur’an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, pengejawantahan cintaku pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terlena, pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel ? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tentaraku. Namun tahukah kau bahwa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan sholat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan-Nya. Jika Allah memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di ujung kematian, namun sebelum itu, di ujung malamnya Allah temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupi malam kami.

Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya, pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan ? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Sholat Istisqa yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana, Malik bin Dinar, Atho’ As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Sholat dimulai, dua rakaat pun usai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah.

Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit ? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini ?

Shalat demi shalat Istisqa didirikan, namun hujan tak kunjung datang. Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk shalat Istisqa sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku.

Setelah shalat, dengan penuh kekhusyu’an kutengadahkan tanganku ke langit, seraya berdo’a : “Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba-Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini karena apa yang ada pada-Mu sudah habis ? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya.“

Lalu apa gerangan yang terjadi ? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do’a seorang pelayan ini. Do’aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya.

Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terheran-heran dan kau pasti juga heran bukan ? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa karena doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terpejam, Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku bisa menciptakan berbagai karya yang banyak ? Kapan aku beristirahat, bagaimana aku mengatur tidurku ? Lalu kujelaskan padanya, “Jika aku mengantuk, maka aku hentikan shalatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku.”

Aku tahu kau pasti berpikir bahwa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sehatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau bisa menikmati karya-karyaku.

Wahai orang-orang yang tergoda, begitu kuatkah syetan mengikat tengkuk lehermu saat kau tertidur pulas ? Ya, sangat kuat, tiga ikatan di tengkuk lehermu !! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, “Hai manusia, Engkau masih punya malam panjang, karena itu tidurlah !!“.

Hei, Sadarlah, sadarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya ! Syetan itu berbohong kepadamu. Maka bangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untuk menangkal godaannya. Sebutlah nama Allah, maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhulah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, sholatlah, shalat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.

Wahai orang-orang yang masih terlelap, Masihkah kau menikmati malam-malammu dengan kepulasan? Masihkah ? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepada-Nya, bercengkerama dengan-Nya, memohon keampunan-Nya, meski hanya 2 rakaat ? Tidakkah kau tahu, bahwa Allah turun ke langit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahwa Dia berkata, “Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepada-Ku akan Kukabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Kuberi, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Ku ampuni.” Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.

Wahai orang-orang yang terbujuk rayu dunia, bagi kami, manusia-manusia malam, dunia ini sungguh tak ada artinya. Malamlah yang memberi kami kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap ? Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya ? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak berarti apa-apa bagimu.

Semoga Allah mempertemukan kita di sana, di surga-Nya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Semoga…

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Read More ...

Antara AKAL dan NAFSU


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud :"Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Read More ...
Saturday, November 27, 2010

menjaga lisan


Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam surga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji. Kemudian beliau (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda: Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu surga ?; Puasa adalah benteng, Sodaqoh akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : “ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi Allah. Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian beliau bersabda : Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu ?, saya berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lisannya lalu bersabda: Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk). Saya berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang menyebabkan seseorang terjungkel wajahnya di neraka –atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain buah dari yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka .

(Riwayat Turmuzi dan dia berkata: Haditsnya hasan shahih)
Read More ...
Thursday, November 25, 2010

lelaKi AcuAn Al-QuraN…


Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang


Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya


Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian


Lelaki Acuan Al-Quran
Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Read More ...
Thursday, October 7, 2010

Bersedialah untuk mati


Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.
Hanya Allah jua yang maha mengetahui.
Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.

Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja' (harap-harap cemas).


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
Read More ...
Friday, September 24, 2010

Adakah Aku Tergolong dalam Golongan Ini Ya Allah..


KITA masih berada dalam bulan syawal maka marilah kita sama-sama bermuhasabah sejauh mana kita telah melaksanakan ibadat puasa sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Puasa Ramadhan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk melahirkan golongan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:

"Mudah-mudahan kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah: 183)

Kita akan cuba memahami apakah makna dan ciri taqwa sebenarnya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah al-Baqarah: 2)

Ayat ini menjelaskan tentang al-Quran menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. Siapakah orang yang bertaqwa? Dia dijelaskan dalam ayat berikutnya yang bermaksud:

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "Dan orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhamad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan hari akhirat. "Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah yang berjaya." (Surah al-Baqarah: 2-6)

Melihat kepada ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa taqwa itu dapat dilahirkan dari keimanan kepada yang ghaib.Orang bukan Islam tidak nampak apa yang ghaib seperti malaikat, syurga, neraka, pahala dan dosa serta hari akhirat.Dalam pada itu orang yang bukan Islam semacam percaya juga dengan perkara ghaib. Contohnya orang hindu membakar mayat penganut mereka supaya seolah-olah mereka tidak lagi akan dibakar dalam api neraka.

Beriman dengan perkara yang ghaib merupakan suatu keistimewaan kepada orang Islam. Perkara ghaib berkenaan diimani bukan melalui penglihatan mereka tetapi melalui apa yang diceritakan dalam al-Quran dan melalui Rasululullah s.a.w.

Bagaimanapun amat sedikit orang yang boleh mencapai darjat ketaqwaan. Kita yakin puasa, sembahyang dengan menunaikannya mengikut apa yang diperintahkan tetapi sejauhmana ibadat yang dilakukan itu memenuhi tuntutan ketaqwaan kepada Allah, kita masih tidak mengetahuinya.

Ini kerana pahala dan dosa, kita tidak dapat melihatnya. Imbuhan atau elaun semua orang nampak.

Oleh itu ada orang yang sanggup bekerja kuat untuk mendapatkan elaun berkenaan kerana mereka nampak hasilnya.

Bagaimanapun oleh kerana pahala tidak nampak, ada juga hamba Allah yang tidak gemar bersolat di saf depan ketika di masjid dan surau sedangkan banyak pahala diperolehi jika bersolat di saf berkenaan.

Jika mengetahui banyak pahala diperolehi mereka yang bersolat jamaah, menjadi imam dan bilal, sudah pasti masjid dan surau kita tidak cukup luas untuk menampung kehadiran mereka setiap waktu solat.

Oleh itu cerita yang berkait dengan beriman kepada yang ghaib ini sukar dimengertikan oleh orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.

Sukar Mencari Orang Yang Menagakui Perkara Ghaib

Justeru sukar untuk mencari orang yakin dengan perkara yang ghaib. Kita diceritakan tentang bagaimana Abu Bakar as-Siddiq percaya dengan cerita Isra’ dan Mikraj yang disampaikan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w.

Katanya, jika Muhamad menceritakan lebih dari itu beliau tetap mempercayainya kerana Muhamad adalah seorang yang benar.

Oleh itu ada orang bukan Islam cuba merakamkan apa yang berlaku dalam kubur apabila seseorang itu ditanam dalam liang lahad selepas meninggal dunia untuk menyiasat, benar atau tidak malaikat akan menyoal penghuni kubur.

Mereka tidak akan berupaya mendapatkan suara soalan malaikat kepada penghuni berkenaan.

Samalah juga dengan usaha seorang itu merakamkan apa yang dimimpikan seseorang ketika tidur.

Oleh itu orang bukan Islam sukar untuk mempercayai perkara ghaib. Kepercayaan kita kepada perkara ghaib termasuk syurga, neraka, dosa dan pahala mendorong kita untuk melakukan perkara yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Kita meninggalkan semua larangan agama untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. di samping takut kepada azabnya yang amat pedih lalu beriman kepada yang ghaib.

Kemudian orang yang beriman kepada yang ghaib itu sanggup menunaikan sembahyang. Solat jika dilihat dari segi adat dan zahirnya sahaja, orang Islam hanya dapat merasakan sejuk air sembahyang, basah pakaian dan mengambil masa tertentu untuk menunaikannya.

Kenapa mereka sembahyang juga? Ini kerana dengan solat mereka dapat menunaikan perintah Allah. Ketika mengerjakan sembahyang mereka mengharapkan keredhaan Allah dan melakukannya dengan sempurna.

Sandaran amalan ibadah kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah dan sekiranya tidak demikian dan memang kamu tidak dapat melihat-Nya maka kamu yakin bahawa Allah melihat kamu."

Jika kita yakin Allah melihat kita sudah pasti kita melakukan sembahyang tidak dengan sesuka hati kita.

Allah menyatakan bahawa orang yang bertaqwa juga menginfaqkan rezeki yag dikurniakan-Nya. Bermakna sebanyak manapun milik kita, milikan itu adalah hak kepunyaan Allah.

Oleh itu rezeki yang dikurniakan itu perlu dikira untuk zakat termasuk zakat perniagaan, pendapatan, fitrah, pertanian dan lain-lain.

Saya dapati kebanyakan orang yang lebih mudah mengeluarkan zakat ialah golongan petani. Mereka mengeluarkan 10 peratus dari hasil tuaian padi tanpa mengira untung atau rugi, cukup atau tidak hasil tuaian untuk menyara hidup mereka.

Bagaimanapun di kalangan orang yang berpendapatan tinggi gemar mengira untung rugi dan kos-kos tertentu sebelum mengeluarkan zakat. Sekiranya kita menggunakan harta benda yang dikurniakan Allah itu untuk tujuan kebaikan termasuk mengeluarkan zakat, memberi nafkah kepada anak isteri dan bersedekah maka amalan sedemikian menepati ciri-ciri orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Orang yang bertaqwa juga ialah orang yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w.

Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. itu terkandung panduan dalam semua aspek kehidupan termasuk aqidah, syariah, akhlak, ekonomi, sosial dan politik.

Inilah ciri-ciri amalan orang yang bertaqwa. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabatnya.

"Apakah amalan yang paling afdhal?" Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud:

"Amalan yang paling afhdal ialah beriman kepada Allah dan berjihad menegakkan agama Allah."

Ia senang disebut tetapi untuk mempraktikkannya memerlukan kepada ketabahan dan ketaqwaan yang tinggi.

Paling mudah sebagai penjelasan ialah bagaimana keimanan dan ketaqwaan itu boleh dilaksanakan untuk maslahah umum seperti mengadakan tempat wudhuk kaum muslimat yang terlindung dari pandangan umum.

Apakah imam, bilal, siak atau arkitek yang merangka pelan pembinaan masjid melaksanakan kewajipan mewujudkan tempat wudhuk sedemikian?

Ada setengah masjid tidak menghayati ciri keimanan dan sifat-sifat taqwa apabila mendedahkan tempat wudhuk perempuan untuk tuntunan orang ramai.

Walaupun soal aurat merupakan soal peribadi tetapi ada kalanya ia menjadi kewajipan pihak berwajib menjaganya seperti pihak berkuasa sendiri. Bagaimana aurat muslimat dapat dijaga jika tempat wudhuk perempuan dipertuntunkan kepada khalayak ramai?

Oleh itu arkitek yang mencipta pelan tempat mengambil wudhuk perlu mengerti bagaiamana caranya beriman kepada Allah.

Mereka juga yakin dengan hari akhirat. Yakin dengan hari itu bermakna kita tidak berani meletakkan diri dalam kumpulan yang menerima azab dari Allah S.W.T.

Jika kita membaca bab azab, secebis api neraka jika jatuh di atas bukit nescaya ia akan hancur luluh.

Kita membaca bab azab kubur pula, bagaimana seekor ular besar yang kepalanya botak mematuk penghuni kubur yang setitik bisanya boleh menghancurkan dunia dan isinya.

Oleh itu Imam Syafie bermunajat:

"Aku tidak layak menjadi penghuni syurga-Mu, tetapi aku juga tidak mampu menanggung azab neraka-Mu yang amat pedih."

Justeru tidak ada peluang untuk sesiapapun, berada di tempat perantaraan antara syurga dan neraka di hari akhirat untuk tidak menghadapi keadaan itu. Begitu juga tiada kompromi antara Islam dan bukan Islam dari segi prinsipnya.

Ada kalanya seseorang itu dikenali sebagai orang Islam tetapi perangai seperti bukan Islam. Oleh itu keyakinan kepada hari akhirat akan menjadikan kita golongan bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T.

Jika di dunia kita tidak mahu di penjara, ditukar jawatan atau diturunkan pangkat begitu juga di akhirat kita tidak mahu menjadi muflis sehingga kita dihumbankan ke dalam neraka.

Apabila ditanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang siapakah golongan muflis itu. Rasulullah menyatakan bahawa muflis itu ialah seseorang yang datang bertemu Allah dalam keadaan dosa, hutang, fitnah dan maksiat kepada orang lalu orang-orang berkenaan menuntut semuanya dari hamba itu.

Apabila tidak berupaya menjelaskan segala tuntutan orang berkenaan si hamba itu akan menanggung dosa mereka sebagai balasannya.

Apabila manusia yakin dengan hari akhirat sudah pasti dia akan menjadi baik. Manusia takut membuat dosa kerana takut kemurkaan Allah di hari akhirat kelak sebagaimana di dunia ini orang takut bawa kenderaan laju kerana takut disaman polis.

Kita tidak mahu rugi di akhirat. Oleh itu kita mesti jaga diri kita dari menerima kerugian di hari akhirat.

Orang sedemikian adalah orang yang mendapat hidayah daripada Tuhannya dan orang-orang yang berjaya. Berjaya di dunia hingga sanggup meninggalkan segala larangan Allah dan melakukan apa juga arahan Allah dan Rasul-Nya.
Read More ...
Tuesday, August 17, 2010

Statement Of Wisdom


Umar bin Khattab (ra) left to people 18 statements of wisdom:

1- When someone transgresses upon your rights (and in doing so disobeys Allah) the way to 'revenge' is to obey Allah in dealing with him. (use reason/rules instead of anger)

2- When something comes to you from your brother, accept it as something good, unless you have overwhelming evidence against it. (hush dhann-thinking good of people)

3- Don't take the word of a Muslim as ill. When there is a way of seeing it positively, take it that way. Find one good interpretation out of 10.

4- Avoid positions that will make others doubt you. (ie disobey Allah publicly, hang out with ppl who don't care, at all time and places)

5- Do not blame others. When you have a secret, its under your control, but when you tell someone else, that control is not yours anymore. People fall under different factors and pressures, so do not blame others.

6- Always take care of the brothers and sisters of truth. Be with them always. They will protect you. They are always a beautiful ornament. In good times you will have ease, and in time of difficulty, you will have protection and support.

7- Be strict and careful in choosing your friends.

8- Always be with the truth even against your own life.

9- Don't indulge in that which is meaningless. Every moment of our life is meaningful- use it to worship Allah subhanawat'ala

10- Don't ask about that which didn't happen. You already have enough to deal with, be practical, deal with immediate problems not the future of ghayb.

11- Don't ask for your need to be fulfilled from someone who wouldn't like your need to be fulfilled. Try to be self-sufficient as individuals and as an ummah, muslims of early generation were poor but didn't lower themselves. Always be with dignity.

12- Don't be neglectful or careless in swearing by the name of Allah. Otherwise, Allah will bring punishment for you.

13- Don't be in the company of fajaar (those who commit major sins openly and don't care) You WILL be affected. Your own behavior changes little by little. Be in the company of people who remind you of Allah.

14- Be aware of your enemy. Be careful, alert, and prepared.

15- Remember death. Visit the graveyards, try to be in kushuu'. If you can't cry, force yourself to. Try to be humble in front of the Creator, the One who gives life and takes it away.

16- Be HUMBLE in acts of obedience to Allah. No one will protect us but Allah. Seek protection from Allah in Allah.

17- Seek tawbaah. Immediately, be determined, have resolve.

18- Consult in your matters those who have kashiyaah (fear of Allah and always conscious of Him), because those who have kashiyaah are the ones that truly have ilm.

***********************************************************************

Ibraheen ibn Adham was approached by a man who wanted to stop his sins. He asked for advice that will help him realize the consequences of his actions. He was told:

If you want to disobey Allah, you can, in 5 cases:

1- If you want to disobey Allah, then don't eat from His rizq (provision.)
The man said: Then where am I to eat when every provision is from Allah?
Ibraheem said: O such a person! Is it honorable and good to disobey Allah, and eat from His provision?
The man said: give me the second one.

2- If you want to disobey Allah, then do not live on Allah's property.
The man said: Then where am I to live if not on Allah's property?
Ibraheem said: Is it good then, to eat from His provision, live on His property, and disobey Him?
The man said: Give me the third one.

3- If you want to disobey Allah, then disobey Him in a place where He will not see you.
The man said: How am I to do this when He not only sees what others see, but what is in the hearts?
Ibraheem said: o you such a person, how do you eat from His provision, live on His property, and disobey Him openly?
The man said: Give me the fourth one.

4- If you want to disobey Allah, when the Angel of Death comes to you, tell him to come back later, after you repent.
The man said: He will not accept this from me!
Ibraheem said: O you such a person, when you cannot delay death, how do you expect a savior?
The man said: Give me the fifth.

5- If you want to disobey Allah, then after death comes to you, on the Day of Judgement, when the Angels of Hell come to drag you into Hell, refuse to go with them.
The man said: They will not accept that from me!
Ibraheem said: Then how do you expect to be saved?
The man said: Enough! Enough! I seek forgiveness in Allah and make tawbaah! AstaghfirAllah wa i'tubuu ilayk!

He made sincere tawbaah, and left all his acts of disobedience, and he died in such a state.


Read More ...
Sunday, August 15, 2010

..::Pencerahan Jiwa dalam Islam::..


Kebersihan batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya:

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.

Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.

Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.

Firman-Nya bermaksud:

"Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan. Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah. Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.

Oleh itu, umat Islam hendaklah menguatkan iman mereka bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.

  • Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.
  • Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah.
  • Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.
  • Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.
  • Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.
  • Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya.
  • Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan. Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.

Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan. Ini boleh dilakukan dengan cara beristigfar kepada Allah dan mentauhidkan-Nya. Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan. Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.

Thabit bin Qurrah berkata:

"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkanjiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan)."

Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.Abdullah bin Mubarak berkata:" Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa."

Ayuh sahabat..kita tanya pula pada diri kita..bagaimana kita dalam pencerahan jiwa kita untuk menggapai cinta dan redha Ilahi? Semoga Allah redha akan kita...insyaAllah..
Read More ...
Saturday, July 31, 2010

..::Tazkiyatun Nafsi::..

Assalamualaikum buat semuat sahabat2...
Kali ni ana nak ajak antum semua untuk merenungi satu tajuk yang best...
yakni "Tazkiyatun Nafsi" a.k.a "Penyucian Jiwa"....
InsyaAllah..moga2 kita semua beroleh manfaat darinya...

Menurut Imam Ghazali, manusia yang terlibat dengan fitnah ini harus terus melakukan 'Tazkiyatun nafsi' atau proses penyucian jiwa. menurut beliau mereka ini adalah golongan yang mempunyai jiwa yang bermasalah.

Oleh disebabkan penyakit 'wahan' yang dihidapi oleh umat Isalam sekarang, poses ini adalah terapi yang sangat mujarab. Daripda Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah Taala akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah Taala akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Hadis Riwayat Abu Daud)

Sebagai umat Islam, kita tak boleh ambiil mudah penyakit cinta dunia dan takut mati. Bila kita pandang hal ini sebagai hal ang remeh, nah! inilah jadinya kita lupa pada akhirat, kita lupa pada azab Allah bagi orang yang melakukan perkara mungkar dan kita hilang rasa malu pada DIA. Penyakit inilah yang akan menghanyutkan umat Islam ke arah yang jauh dengan panduan agama Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda mengenai bahyanya lidah dan juga kemaluan. Daripada Abu Huairah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w ditanya tentang perbuatan apakah yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga?" Baginda menjawab: "Takwa kepada Allah dan budi pekerti yang baik" dan bagimda juga ditanya tentang perbuatan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Mulut dan kemaluan". (HR at-Tirmizi)

Ayuh sahabat2 ku..buka mata, buka hati kita. Yakinlah Allah akan terangi hidup kita dengan sinarNya. KEmbali kita menjaga hubungan kita dengan Dia dan hubungan kita sesama manusia..hablum minallah wa hablum minannas..tanpa rahmatNya kita hilang punca arah hidup kita...nauzubillah..

Beribu dosa telah terjadi dalam hidup kita..adakah kita sedar akan dosa2 ini? Jangan hanya dosa besar saja yang kita ingat..dosa-dosa kita yang kecil juga harus dititik beratkan..
Bila hidup tanpa cahaNya, gelap seluruh hidup kita, kita akan menjadi tak berdaya dan sia-sia..Allah...Allah..

Diri kita yang hina, berlumut dosa..harusnya selalu bersimpuh memohon ampun dariNya.
Jauhkan diri kita dari FITNAH..pohon perlindungan dariNya..FITNAH adalah MUSIBAH yang dahsyat di dunia..fitnah yang dibuat oleh orang bukan Islam bukanlah satu perkara yang pelik. Perkara yang pelik apabila fitnah berlaku di kalangan Muslim itu sendiri...

InsyaAllah..moga2 kita semua terpelihara dengan rahmat dari-Nya..Allah Rabb..

Aku serahkan segalanya padaNya..Allah Rabb
Read More ...

Sedikit Pesanan


sedikit pesanan dari Imam Nawawi:
"Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud,
juga tidak mampu berpuasa di siang hari,
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
engkau telah dihalangi untuk melakukannya
kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu."
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah,
kerana Dia lah sebaik-baik pelindung.


Renungan buat diriku dan dirimu..
Kembara kita di jalan sehala
semakin ke penghujung,
mengalas dua bekal;
dosa dan pahala,
bakal bertemu dua persimpangan;
syurga atau neraka.


"Mudahnya mencari cinta,
tapi cinta sejati itulah yang sukar diharungi.
Mudahnya mencari bahagia,
tapi bahagia berkekalan itulah yang sukar dikecapi.
Mudahnya mencari keseronokan,
tapi keseronokan tanpa kemurkaan itulah yang sukar ditemui.
Mudahnya mencari kesedihan,
tapi kesedihan kerana Allah jarang diperoleh".


Imam Nawawi:
"Orang yang hafal quran,
tidak boleh tidur waktu orang lain tidur,
tidak boleh berseronok waktu orang lain berseronok.."


Imam Syafie:
"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan
di dunia dan akhirat
adalah memberi maaf kepada orang lain
dan melupakan terus kesalahannya
ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia".


Imam Syafie:
"Sesiapa yang mahu meninggalkan
dunia dengan selamat,
dia perlu mengamalkan perkara berikut,
mengurangkan tidur,
mengurangkan makan,
mengurangkan cakap,
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada".


Imam Syafie:
"Ketahuilah istighfar yang diucapkan
dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan
dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaanya".


Imam Malik:
"Apabila ditanya mengenai sesuatu perkara
halusi dan telitilah pendapat kamu dengan
pendapat orang lain,
kerana penetilian itu
menghapuskan fikiran sempit
seperti api menghilangkan kotoran emas".
Read More ...
Friday, July 16, 2010

20 PERKARA JANGAN


J A N G A N LAKUKAN YG BURUK, LAKUKAN APA YG BAIK DAN JANGAN PANDANG ORANG SEBELAH MATA SHJ.........

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.


1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau² terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi² itu membuka pintu berkat).

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut² kita mati dalam perjalanan.

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri² munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.
Read More ...
Saturday, July 10, 2010

Remember ALLAH anywhere you go…


When you are tired and discouraged
from fruitless efforts…
ALLAH knows how hard you tried…

When you’ve cried so long and
your heart is in anguish…
ALLAH has counted your tears…

If you feel that, your life is on hold and time has passed you by…
ALLAH is waiting for you…

When you’re lonely
and your friends are too busy even for a phone call….
ALLAH is by your side.

When you think you’ve tried everything
and don’t know to turn…
ALLAH has a solution.

When nothing makes sense and you’re
confused or frustrated…
ALLAH has the answer.
If suddenly your outlook is brighter and
you find traces of hope…
ALLAH has whispered to you.

When things are going well and you have
much to be thankful for…
ALLAH has blessed you.

When something joyful happens
and you are filled with awe…
ALLAH has smiled upon you.

When you have a purpose to fulfill
and a dream to follow…
ALLAH has opened your eyes and called you by name.

Remember wherever you are or
whatever you are facing…
ALLAH (SWT) KNOWS !!
Read More ...