- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Showing posts with label Bimbingan Remaja. Show all posts
Showing posts with label Bimbingan Remaja. Show all posts
Saturday, March 5, 2011

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Read More ...
Sunday, November 28, 2010

WARKAH BUAT IBU…


ibu
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak
yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak
pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak…..
nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dan sedia…..
Seminggu sebelum tu…..mak dah
menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu…..
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam…..
kengkadang siaran indonesia…
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
di gunakan untuk mengiringimak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet…
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat
maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit
dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..



Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL….
.mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap tak mau pi hospital…..
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk…
Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital…..
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju…..mak memang degil…
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan
itu lah pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt...
kiter jawab pula…kalau tak cukup,
mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai…...
mak buat kenduri kesyukuran…..
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar aya naik motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi
mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan…ampon kan kiter….

Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital….
Nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann..kannn
Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal
jadi jalan tu lenggang..kosong….sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar suasananya…..
terasa syahdu dan sayu gitu…dinginnnn….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…" dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….


Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih…kiter rindu kat mak..!
Takpa la…..
nanti bila kita selesai sembahyang subuh, kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya…!

ibu
Sebelum muka ibu di tutup buat selamanya….
Semua anak2 ibu mengelilingi ibu…
menatap wajah ibu buat kali
terakhir….
Semua orang kata ibu seolah2 senyum aja… i
bu rasa tak….masa tu kiter sentuh dahi ibu….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa
sebab kite sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan…

Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan….
entah kenapa biler kat bilik kiter
keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…" tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis…..
Agaknya mak nampak adegan tu…
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh…
mengharap sedekah dari anak2 nya…
Mak tau tak…di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat….
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..


Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan…
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..


Sekian terima kasih.

Yang Benar

Anak mak yang dah tak degil
Read More ...
Sunday, November 7, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal


Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.
*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)
Read More ...

Jodoh - Mencari Yang Terlalu Sempurna


Jika kamu memancing ikan...
Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...
Read More ...
Thursday, October 14, 2010

Manual Bercinta: Cinta Tidak Perlu Diungkap

Fana, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa artikel yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan

Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan.

Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu.

Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa.

Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia.

Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta.

Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang. Hadir dalam duka. Hadir dalam keliru. Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga.

Cinta diungkap, hati gelisah.

"Amad, anda percaya tentang mimpi tak?" tanya seorang teman maya.

"Mimpi? Nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tiba-tiba buka bab mimpi ni?" saya menjawab dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

"Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi tentang seorang lelaki ni saja. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita.

Lelaki mimpi lelaki? Haru! Kawan maya saya ini adalah seorang wanita.

Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki.

"Special sangatkah lelaki tu sampai angau begitu sekali?" saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi daripada history taking yang dijalankan.

"Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam saja. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi.

Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun, dia datang jumpa dengan saya..." beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang pula sang jejaka pujaan. Mengantuk disorongkan bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan?" tanya saya lagi. Cuba mengumpul simptom.

"Dia cakap dia sukakan saya. Dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali, Insyallah. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia di luar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan.

Keluar daripada kes sebentar, ini terutama untuk muslimat.

Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir.

Jika YA, katakan dengan cepat.

Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

"Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macam mana nak baiki dan ubah?"sedih bunyinya.

"Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

"Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

"Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah 'cik abang'," saya bergurau.

"Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat kepada seseorang, itu wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

"Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia menyoal balas.

"Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!"

Perasaan wanita, lelaki harus hormati.

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.

Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.

Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah.

Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.

Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.

Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain!

Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.

Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.

Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan jangan layan jangan.

"Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macam mana nak buang ni?" tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu. Bagaimana? Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan melupakannya.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat "memberi".
Ustaz Hasrizal


Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah SWT.

Jangan lepas daripada bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawab dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan akal, akal mampu sihat dengan hanya disirami iman.

Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks... - www.iluvislam.com
Read More ...
Thursday, September 16, 2010

Luahan Insan Bergelar Adam : Aku Tinggalkan Cinta KeranaNya


Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

Mafraq, Jordan.
_________________
keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..
Read More ...
Monday, September 13, 2010

Cinta Islamik


Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni Dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai Romantis semuanya adalah plastik atau tiada Pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas Lebih ke arah rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

sebab hakikat percintaan yang dibenarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan Islam. kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya.

jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip didalam Islam. oleh itu bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam?

cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. malah org yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was-was dengan keupayaan untuk menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

malah org yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dan bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

semakin kerap berhubung akan menjadi semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. kerana atas dasar apa rindu yang teramat sangat? sedangkan hakikat rindu yang sebenarnya ialah rindukan Allah. org yang bagaimana dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak didalam lautan cinta yang memabukkan.

cinta berasaskan Islam ialah cinta kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.

Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat didalam diri respondennya ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanan dan keutuhan dan pendirian responden.

jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina didalam dirinya daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya.

maka tidak ada dua, tiga atau empat sikap jatuh cinta dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhuwah didalam percintaan yakni ikatan rumahtangga.

cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhuwah Islamiyah didalam pemantapan jasmani dan rohani. itulah cinta yang sebenar didalam Islam. bukan seperti sebahagian anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata. sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguwasai respondennya. ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta.

sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh org yang dicintainya. tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.

ada yang jadi baik dan bercakap baik-baik didepan org yang dicintainya. maklumlah org yang dicintai itu seorang yang beriman. tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain pulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu.

sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam , jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh didalam jerat percintaan yang tidak patut.

sebab ia lebih ke arah mengherat masalah baru. mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati . perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep berasaskan islam. uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati didalam hati mereka sendiri. biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

benarkah begitu? sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit didalam pendirian mahupun akhlak. bukan kah akhlak yang cantik terbina terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik? bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik, iaitu apa? tentulah sekali dengan meminang wanita itu sebab wanita itu bukan calang-calang imannya tentulah terfikir di hati mereka "akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberi cintanya pada aku, akulah org yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah ta'ala" oleh itu kata-kata bidalan " berkawan biar beribu, bercinta biar satu" tidak begitu tepat didalam konteks Islam dan patut ditambah " bercinta biarlah untuk teman diakhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah didalam konteks perhubungan didalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

akhir kalam, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikamnya yakni hanya org-org yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan org yang patut dicintainya kerana hanya org yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik di situ sudah menampakkan penilaiannya dimana jodoh yang baik adalah untuk org yang baik dan begitulah sebaliknya. kerana org yang tidak baik , tidak menyanggupi untuk hidup bersama org yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga .>> berkata Imam Nawawi:>> "aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah
cintaku padamu"..hayatilah....>>>


Artikel disahkan oleh Engku_Salina
http://www.ukhwah.com
Read More ...

BERKAHWIN KETIKA MENUNTUT MELANGGAR ADAT?


Kahwin ketika menuntut melanggar adat ??? Sudah pasti persoalan ini mendapat pelbagai reaksi mahasiswa. Ia mengundang pelbagai saranan dan pendapat yang berbentuk pro dan kontra dari segenap lapisan penuntut. Sebelum kita pergi lebih jauh dalam meneroka tajuk yang diperbincangkan, terlebih dahulu perlu kita fahami dan dalami apakah adat dan adat yang bagaimanakah perlu untuk kita ikuti. Menurut kamus Al-Mu’jam Al-Arabi Al-Asasi adat secara ringkas ialah suatu amalan yang menjadi kebiasaan dan tidak perlu lagi difikirkan sebab musabbabnya serta diwarisi turun- temurun.

Dalam hal ini kita menghadapi persoalan adakah kita boleh membuat perhukuman semata-mata berdasarkan adat? Sayyid Qutub menjelaskan dalam tafsir zilal bahawa salah satu cabang syirik ialah membuat perhukuman berdasarkan arus u’ruf (adat kebiasaan) yang telah mendominasi sesebuah masyarakat.

Perkahwinan ketika menuntut yang menjadi perbahasan kita kali ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu mahasiswa melangsungkan perkahwinan sama ada di Mesir ataupun di tanah air. Mungkin perbahasan lebih hangat ketika membincang persoalan perkahwinan yang dilangsungkan di perantauan berbanding di tanah air. Demikian juga dengan berkahwin ketika menuntut sama ada menuntut di dalam negara ataupun di luar negara. Perkahwinan yang berlangsung di tanah air setelah mendapat restu kedua orang tua ketika masih menuntut bukan menjadi topik yang perlu dicernakan di sini. Perbahasan kita berkisar dalam skop yang lebih khusus iaitu dalam konteks pengajianr.

Senario berkahwin ketika masih dalam tempoh pengajian sememangnya sudah menjadi trend bagi penuntut yang belajar di luar negara. Dan ini didorong oleh pelbagai faktor sama ada luaran mahupun dalaman. Menyentuh persoalan kahwin ketika menuntut adalah persoalan peribadi dan nas syara’ juga ada menyebut bahawa hukum berkahwin berbeza dari satu tahap kepada tahap yang lain mengikut keperluan masing-masing. Kita perlu melihat persoalan kahwin di dalam skop yang lebih luas dan menyingkap pelbagai sudut. Sebagai golongan agama yang berpengajian tinggi, serta mendalami hukum hakam, kita tidak begitu berminat untuk mempertahankan adat yang tidak ada kena mengena dengan syara’ sebaliknya hanya adat yang bersandarkan syara’ yang perlu kita pertahankan.

Penuntut-penuntut yang berada di dalam negara dan penuntut yang belajar di luar negara sudah pasti keperluan masing masing berbeza. Terutama bagi golongan wanita yang memerlukan perlindungan dan sokongan. Lebih-lebih lagi pada saat umur sudah meningkat, apakah yang lebih diutamakan, adakah masih mahu mempertahankan adat yang tak tahu hujung pangkal. Jika sudah cukup keperluan di segi kewangan serta mendapat keizinan kedua orang tua, eloklah disegerakan. Golongan wanita yang berjauhan dengan keluarga, hidup di perantauan sebenarnya sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko yang tidak diduga. Menyingkap permasalahan berkahwin diwaktu belajar, kami ingin membawa saudara membuka minda meneliti skop pembahasan ilmiah berdasar sunnah nabawiyyah yang bercerminkan wahyu Ilahi .

Berkaitan dengan fenomena ini keadaan seseorang manusia terbahagi kepada empat :-

1) Golongan yang sangat ghairah untuk mendirikan rumah tangga dan mereka memiliki kemampuan material, maka disunatkan bagi mereka agar berkahwin. .

2) Golongan yang tiada perasaan ghairah untuk berkahwin dan tidak mempunyai kemampuan material, maka dimakruhkan berkahwin .

3) Golongan yang terlalu ghairah tetapi tiada kemampuan material, maka dimakruhkan baginya berkahwin dan diperintahkan oleh syara` agar berpuasa untuk meredakan runtunan nafsu dan mengurangkan tekanan perasaan. Mereka ini juga dimakruhkan untuk berkahwin.

4) Golongan yang memiliki kemampuan material tetapi tiada keghairahan untuk berkahwin, maka afdhal bagi mereka membujang dan melakukan ibadat. Meskipun demikian bukanlah dimaksudkan di sini bahawa mereka ini makruh berkahwin. Ini berdasarkan mazhab Syafie. Manakala, menurut mazhab Hanafi dan sebahagian ashabus Syafie serta sebahagian ashab Malik bernikah adalah afdhal .

Seterusnya lagi, memandangkan pada kebiasaannya mereka yang belajar adalah berusia muda, maka eloklah ditinjau juga apakah taujihat sunnah terhadap mereka dan gesaan untuk berkahwin.

1) Sabda Rasulullah bermaksud : “Wahai sekelian pemuda! Sesiapa daripada kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin, sesungguhnya yang demikian itu dapat menundukkan padangan, dan lebih memelihara kemaluan. Barang siapa yang tidak berkemampuan hendaklah ia berpuasa, itulah penawar baginya”.

2) Menurut Imam Nawawi “Asy Syabab” ( pemuda ) adalah mereka yang baligh dan belum mencecah umur 30. Arahan Rasulullah ini merupakan gesaan yang hukumnya sunat mereka yang ada keinginan. Golongan ini disunnatkan berkahwin kerana mereka berupaya untuk beristimta` (bersedap-sedapan) dengan cara yang paling lazat, dapat memuaskan rasa ghairah dengan cara terbaik, lunak percakapan, mereka memiliki wajah dan tubuh badan yang menarik, sentuhan yang paling lembut dan dapat menzahirkan akhlak yang meredhakan pasangan masing-masing seterusnya mencetuskan kemesraan yang mendalam .

3) Seorang sahabat berkata kepada sahabat yang lain dengan maksudnya : “Apalah kiranya kami mengahwinkan mu dengan seorang khadam yang muda, semoga ia dapat mengingatkan mu sebahagian apa yang telah berlalu daripada umur mu” .

Dalam menjelaskan kalam ini Imam Nawawi mengatakan : “Maknanya adalah jika kamu bersama dengan pasanganmu itu, engkau dapat mengingati kembali kecergasan dan kekuatan mudamu kerana dengan demikian itu dapat menyegarkan badan”.

4) Nabi Muhammad menikahi `Aishah ketika `Aishah berusia sembilan tahun.

5) Rasulullah menegah Uthman bin Maz`un daripada tabattul (iaitu meniggalkan kelazatan dunia dan segala syahwatnya semata-mata untuk melakukan ibadat kepada Allah). Menurut Imam Nawawi : tegahan diajukan kepada mereka yang mempunyai kemampuan material, sangat ghairah, dan mereka yang terdedah kepada bahaya dengan tabattul melakukan amalan ibadat yang banyak dan berat.

Jelas di sini mereka yang menuntut ilmu juga adalah termasuk di dalam lingkungan beribadat sepertimana yang termaktub di dalam hadis, maka di manakah rasionalnya, mereka yang mengatakan orang sedang belajar jika berkahwin melanggar adat???

Kita tidak nafikan terdapatnya segelintir ibubapa yang begitu berkeras terhadap anak anak agar menamatkan pengajian terlebih dahulu dan kembali membantu ibu bapa sebagai membalas jasa mereka, persoalannya adakah dengan berkahwin menjadi penghalang kita untuk berjasa dengan mereka, apakah bezanya berjasa selepas berkahwin dengan berjasa sebelum berkahwin. Kemungkinan juga ibu bapa menganggap anaknya sudah membelakangkan mereka dengan melangsungkan perkahwinan di perantauan. Ibu bapa sepatutnya lebih rasional dan perlu membuat pelbagai pertimbangan, soal usia anak tidak boleh dikesampingkan. Demikian juga dengan persoalan psikologi mereka, bayangkan jika semua rakan-rakan sudah mendirikan rumahtangga sedangkan dia bersendirian meneruskan kehidupannya di saat usia sudah hampir mencecah ke angka 30-an, sudah tentu ada rasa kecil hati dan rasa tersisih jauh di sudut sanubarinya. Begitu juga dengan keperluan dalaman anak-anak yang berkemungkinan memjejaskan prestasi dan pencapaian di dalam pengajian. Dalam apa keadaan sekalipun, kita perlu lebih mengutamakan soal hukum yang disyariatkan mengatasi persoalan adat. Memanglah masyarakat melayu kita ta`asub dengan adat yang diwarisi, meskipun mereka menyedari adat tersebut bercanggah dengan tuntutan agama, namun apabila ianya sudah menjadi warisan, mereka tetap juga akan mempertahankanya. Lebih lebih lagi bagi masyarakat N. Sembilan yang menjadikan adat Perpatih sebagai sandaran hidup mereka.

Masyarakat sekarang merupakan masyarakat yang berpendidikan tinggi tak kira samada lelaki mahupun perempuan. Kalau hendak diikutkan, perkahwinan mesti di langsungkan selepas menuntut dan menamatkan pengajian, alangkah malangnya bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat Majester dan Phd. Terutamanya bagi golongan perempuan. Ini semua perlu di beri perhatian. Bukan sekadar hendak mempertahankan adat batil.

Seterusnya kita tinjau pula, bagaimana halnya jika terdapatnya pertembungan antara tuntutan melaksanakan perkahwinan dan tidak mendapat restu kedua ibubapa bapa. Bagaimana kita hendak menggarap permasalahan ini. Ini memerlukan penelitian dan kajian di segenap sudut. Keharmonian perhubungan kekeluargaan dan silaturrahim tidak boleh dipermudah mudahkan. Perlu difahami, pertimbangan masalah ini perlu diletakkan pada mizan aulawiyyat.

Mentaati ibubapa adalah wajib dan berkahwin juga adalah wajib dalam kes-kes yang tertentu. Manakah yang perlu didahulukan? Perlu difahami di sini bahawa mentaati ibu bapa adalah termasuk dalam kategori maslahah khossoh manakala berkahwin adalah maslahah `ammah. Ini kerana , berkemungkinan tanpa perkahwinan boleh menimbulkan pelbagai masalah kemasyarakatan dan penyakit sosial. Berdasarkan pendapat para ulama maslahah `ammah perlulah didahulukan daripada masalah khosoh. Jika keperluan untuk berkahwin berada pada tahap hukum sunnat, maka yang fardhu diauwlakan berbanding yang sunnat dan harus .

Walaubagaimanapun, menyentuh masalah yang berkaitan dengan ibu bapa dan para wali mereka perlu faham dan akur pada desakan Rasulullah ini :-

1) “Sesungguhnya terhadap wanita dari ruang pandang (dari seorang lelaki) terdapat gambaran syaitan, barang siapa yang teransang syahwatnya maka hendak segera mendatangilah isterinya .”
(Jelaslah di sini peri pentingnya mendirikan rumah tangga memandangkan golongan yang hidup membujang sentiasa terdedah kepada ajakan dan ransangan nafsu serakah yang tidak mengenal batas batas syara’ meskipun dengan sekadar melihat kepada wanita).

2) “Apabila datang kepada kamu sesiapa yang kamu meredhai agamanya dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak lakukan sedemikian, fitnah dan kerosakkan yang besar akan melanda”. Sesungguhnya yang demikian itu dapat meredakan ketegangan syahwatnya. Kemudian para sahabat berkata : Sekiranya padanya…??? ( Sedikit daripada kekurangan harta dan tiada kufuk ) ”. Lantas Rasulullah bersabda : “Apabila datang kepada kamu sesiapa yang kamu meredhai agamanya dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia” . (Baginda mengulanginya tiga kali).

Menurut Abdulllah Naseh `Ulwan, antara masalah yang dihadapi oleh mahasiswa untuk mendirikan rumahtangga antaranya adalah seperti berikut: -

- Masalah material
- Perkahwinan mengganggu proses pembelajaran
- Malu untuk berterus terang kepada keluarga .

Seterusnya Abdul Naseh `Ulwan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan masalah di atas:-

1) Masalah material. Jika mereka tergolong daripada kalangan yang berkemampuan, maka para ibubapa dan wali sepatutnya bertoleransi dalam perkara ini dengan memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh pemuda seterusnya memberi ruang kepada mereka untuk memudahkan urusan perkahwinan.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan pula, perlulah diwujudkan satu pertubuhan yang bergerak bertujuan mencari sumber keewangan untuk disalurkan kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.

2) Perkahwinan mengganggu proses pembelajaran. Sebenarnya kenyataan ini bercanggah dengan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Sesiapa yang direzekikan dengan wanita solehah maka ia telah mendapat bantuan pada sebahagian agamanya , maka bertaqwalah kepada Allah pada sebahagian lagi”. ( Rowahu At Tabrani, Al Hakim dan Al Baihaqi )

Isteri boleh membantu untuk melakukan pelbagai urusan seharian yang mengurangkan masa pembelajaran seperti memasak, membasuh dan sebagainya. Mungkin ada pula mereka yang mengatakan bahawa anak-anak kecil sering mengganggu, sebenarnya jika si isteri benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya, tidak akan timbul permasalahan ini. Perkahwinan juga akan mencetuskan situasi jiwa yang lebih memberansangkan untuk meningkatkan qualiti proses pembelajaran. Ini semua adalah berdasar realiti yang telah pun dialami oleh para ulama-ulama sendiri.

3) Malu untuk berterus-terang Memadailah untuk kita kisah Abdullah bin Zubair : - Ketika mana Beliau sedang bermain-main bersama rakan rakannya, kemudian datang Saidina Umar, maka tidak semena mena larilah rakan-rakannya yang lain. Maka Saidina Umar “bertanya mengapakah engkau tidak lari seperti rakan-rakanmu ?” Maka beliau menjawab secara terus-terang dan beradab : “Aku tidak melakukan jenayah yang menyebabkan aku perlu lari, dan jalan ini tidak sempit sehinggakan aku perlu membuka ruang untukmu .

Seorang pemuda sebelas tahun datang menemui Umar Ibnul Aziz: Maka Saidina Umar berkata : “Pulanglah kamu , datanglah kepadaku orang yang lebih berumur dari engkau !!” Maka ghulam itu menjawab : “Semoga Allah menolong Amirul Mukminin, nilaian seseorang adalah dengan dua perkara yang paling kecil iaitu hati dan lidah, jika Allah menganugerahkan seseorang dengan lidah petah dan hati yang terpelihara ia telah berhak untuk bercakap . Wahai Amiral Mukminin, jikalau penentuan urusan dengan berdasarkan umur, terdapat pada ummat ini orang yang lebih layak daripadamu ini. Demikian tadi telah dipaparkan bagaimana keberanian mereka berterus terang, jelaslah kepada kita usia bukan penghalang utama untuk kita berterus terang dan sifat malu yang tidak kena pada tempatnya bukanlah suatu yang dituntut dan tidak bertepatan dengan Islam.

Kesimpulannya, setelah meniliti nas syarak jelaslah kepada kita sikap ibubapa yang menyekat anak-anak mereka melaksanakan tuntutan agama tanpa alasan kukuh dan sandaran yang kuat adalah tindakan terburu nafsu . Mereka yang mengatakan bahawa pengajian adalah penghalang perkahwinan adalah tidak rasional sama sekali !!!!!!!!!!!!!! .
Read More ...
Saturday, August 28, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Read More ...
Tuesday, August 17, 2010

Salahkah Aku Menyintaimu!


Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah
sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa
diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan
dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun
rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu
disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya.
Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur
tak lena dibuatnya.

Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam
a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah
ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak
cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa
terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang
dicintai.

Rasa Cinta Tak Salah

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami
bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah
fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap
manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan.
Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak
salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa
cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta
peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan
inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah
tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan
hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.
Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan
Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila
kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan
kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana
Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan
dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan
fitrah semulajadinya.

Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang
terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan
sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah
banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang
membelakangkan Allah.

Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari
oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan
cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah
dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang
dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan
menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum
berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan
berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita
mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan
melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa
dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga
seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang
dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain
kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta
cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika
seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa
bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang

Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang
terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan
kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan
sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.
Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak
yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana
cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta
terlarang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan
memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama
yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi
dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di
atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk
bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan
dikawal. Jika tidak, dengan kuasa ituakan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia
adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan
cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta
Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya
semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah
memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan
fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya.
Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu,
cinta antaral elaki dan perempuan mestilah diniatkan
untuk Allah.

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin
itu lebih memudahkan seorang lelaki dan

perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah
bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama
ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.
Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis
ini seburu namanya - Cinta Monyet!

Putus Cinta

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta
tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak
ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak
ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan
sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan
merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh ,
"Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan
telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan,
kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan
dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan
kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan
remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang
disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal
disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus
tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala
peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua
itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu
keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya,
cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami
yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi
di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi
anugerah...........................................
Jaga Iman, Hiasi Amal..
Read More ...
Tuesday, August 3, 2010

..::Yang mana CINTA mu??::..


Pengertian Cinta Menurut Qur'an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya(man ahabba syai'an fa huwa `abduhu).

Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintaidibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yangdicintai dibanding dengan yang lain,
(3) lebih suka mengikutikemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

p/s: nah! ayuh fikirkan, yang mana cinta kita!!
Read More ...
Sunday, August 1, 2010

Ada Apa Dengan Cinta


Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran nama yang cantik yang di bayangi rupa yang cantik, susunan kata kata manja yang menarik perhatian, penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 4/5 kali chat dan kemudian di ekori dengan tarikan suara lunak dalam telefon yang berterusan. Malah hadiri rasa rindu yang tak terkawal kerana 'asyik' tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang 'cinta itu buta'. Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan secara rasional..Kawallah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa'.

Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan tidak segan silu menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.Sesungguhnya , bermula dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'. Jika benar benar anda ingin kan perempuan itu untuk di jadikan isteri; bersifatlah gentleman, bercakaplah berterus terang setelah anda benar benaryakin.

Ingatlah:- " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (Muttafaq Alaihi)

Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah berterus terang terhadapnya.Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara perlahan lahan senan anda tidak mengenali sebenar akan dirinya. Manusia bisa menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam; lelaki bukan ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa.

Selaku kita yang terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang perlu saja. Nyatakan pendirian anda, akhlak mahupun yang baik dan buruk, dan jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri , sebab andaikata ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar menjadi jodoh di antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada kerasiandan kesefahaman.

Malah seorang Ustaz pernah bercerita dengan saya di dalam chat MRIC, seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin setelah bertukar gambar dan bercakap melalui telefon..Amalan yang khusus sepertimana yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata ( face to face) bagi memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi hendaklah di temani oleh mahram kamu di empat yang tidak menimbulkan fitnah.

Ini tidak......................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia menonjolkan sifat pemuda pemudi Muslim yang tidak berakhlak.

Jangan nak kata , orang yang pernah berusrah menganggotai kumpulan perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.

Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua agar faham dan jagalah maruah diri masing masing .Jangan terlalu berani dan tanamkan sifat malu kerana firman ALlah Ta'ala "Sesungguhnya orang orang yang beriman itu bila di sebut namaAllah maka gementarlah hati mereka" dan "bertambah-tambahlah keimanannya". Jika anda hanya ingin bersahabt biasa ajepun, jikalau teringin mengenali bagi kedua belah pihak pun; eloklah juga ditemani mahram bagi menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon kerana masa yang panjang dan kekerapan hanya akan membenarkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan asyik. Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal. Apa salahnya guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati.,

Malah masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang bisa mendidik hati sendiri dan teman anda untuk memperbaikikelemahan masing masing.Salinglah tegur menegur dan nasihat dan menasihati ,Itulah cinta yang hakiki. Ia bukan sahaja sebagai benteng pertahan diri. Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti si perempuan tidak mahu beri no telefon atau kurangkan bilangan dan masa bertelefon;

Hargailah pendirian teman anda. Sesungguhnya segala kebaikan akan kelihatan 'gharib/asing' buat kebayakan manusia. Jika anda menghajati seseorang untuk di jadikan calon suami/isteri atau mencitai seseorang tetapi teman anda seolah tidak dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah dengan hati yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan memperhalusi gerak gerinya sendiri.Kesabaran dan kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang cantik dan nyata. Jangan mengambil jalan yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.

Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam dan nasihatlah untuk sama sama kita renungi dan menjadi peringatan buat kita sendiri.Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana:

Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim) " Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil". Wahai semua sahabat tenet yang ku kasihi,Sesungguhnya rasa sayang terhadap sesama sahabat tak dapat kita bendung.Adakala kita tersalah tafir akan perasaan diri sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata kata kita....So, bagimemudahkan pemahaman yang jelas ....nyatakan perasaan anda secara jujur . Ada juga oleh kerana ruang masa berchat mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.Bergurau biarlah sekadar asas gurauan yang baik dan berchat biarlah asas kata -kata yang baik dan berhikamah.

Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat sifat mazmunah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..

Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti rupawan. Janganlah guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.

Malah Saidina Ali (r.a) telah berkata, akhlak dan laku adalah asas pokok iman. Orang yang mencintai Allah , dia berhati hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w)"Kebekuan air mata itu dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab banyaknya angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"

Oleh itu janganlah menghampiri fitnah, yakni pergaulan yang tidak terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong, dan main main tetapi pokoknya iman dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja; sesungguhnya cinta kepada manusia hanya sementara; jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ; tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.. Janganlah sahabat sahabatku menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.

Dan akhir sekali, ada satu cerita mengenai betapa perempuan dan lelaki wajib menjaga hawa nafsu masiing-masing.

Diceritakan : dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As Samarqand .....

"Adalah Hasan Bashri semasa mudanya, tampak segak mengenakan pakaian yang serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.Tiba-tiba dia terlihat wanita cantik jelita bertubuh padat dan berisi maka Hasan Bashri mengikuti di belakangnya.Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata : "Apakah engkau tidak malu ??? "
"Malu kepada siapa?", kata Hassan Bashri
"Malu kepada Dzat (Allah) yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terletak di dalam kalbu", jawab wanita itu.

Oleh kerana timbul rasa cinta, tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan Bashri
terus menerus mengikuti wanita ini.

Jawab wanita itu : "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku?"
Kata pemuda itu : "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
Jawab wanita itu : "Kembalilah, nanti saya akan kirimkan padamu, apa-apa yang engkau inginkan" Hasan Bashri mengira, bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya disambut maka dia pun kembali.

Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan Bashri dengan membawa sebuah nampan yang tertutup dengan saputangannya.Hasan Bashri membuka penutup, terpandang akan sepasang mata wanita tadi.

Kata pelayan itu : "Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"

Gementarlah hati Hasan Bashri, berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya berkata,

"Sungguh celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "

Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu, berterus-terusan menangis semalaman.Pagi-pagi harinya, dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.Hasan Bashri menangis sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk di dalam syurga dan Hasan Bashri berkata kepadanya dalam mimpi."Halalkanlah olehmu segala kesalahan saya "

Kata wanita itu ;"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperolehkebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"

Kata Hasan lagi ; "Berilah aku nasihatmu"
"Kalau engkau bersendirian, berzikirlah (ingatlah) kepada AllahTa'ala dan setiap pagi dan petang beristighfarlah kepadaAllah serta bertaubatlah kepadaNya."

Pemuda itu menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta menjadi seorang wali Allah.

DARI TANGAN YANG MULIA LAGI FAQIR DAN DURHAKA, yang mengharapkan rahmat Tuhannya yang Maha Kuasa kelak pada hari ubun-ubun dipungut (Qiamat) yaitu Ustman bin Hasan bin Ahmad Syaikh Al Khaubawany sebagai sumber rujuk silang dan kita Durratun Nasihin.

Aku memohon kemaafan dari Allah sebagai kefaqiran dalam ilmu dan keredhaanmu ... Ya Allah "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dan perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan... "
Read More ...