- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Wednesday, August 17, 2011

Alasan kenapa kita perlu baca al-Quran walaupun tidak memahaminya


Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.


Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’


Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.


Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’


Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.


‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.
Read More ...
Tuesday, July 26, 2011

Ya Allah, Kenapa susah untuk aku berubah secara konsisten. (Nafas Baru)


Dalam hidup ini pasti ada perubahan. Yang berubah secara konsisten adalah apa yang ada di sekeliling kita. Setiap zaman, pasti berubah. Sama ada semakin baik atau sebaliknya, wallahu'alam. Lihat saja pokok-pokok yang dahulunya baru tumbuh, kini sudah besar dan segar. ada juga yang tak sempat hidup sudah ditebang. Hutan yang dahulunya segar-bugar kini telah berubah menjadi kawasan bandar. Segelintir hutan saja yang dijaga dan dilindungi. Semuanya berubah, bukan? Semuanya konsisten. Dalam erti jata lain, istiqamah.
Sekali sudah berubah, tidak akan kembali pada yang asal.

TETAPI.

Manusia tidak berubah secara konsisten. Ada kalanya kita berubah menjadi matang. Ada kalanya kita kembali kebudak-budakkan atau disebut dalam bahasa Inggeris, childish. Memang tidak konsisten. Perubahan kita seperti graf. Ada naik turunnya. Ada yang naik secara mendadak. Ada juga yang secara perlahan, dan sebagainya. Hmm. Iyalah, kita bukan nabi, kita bukan Rasul untuk menjadi seorang yang perfect. Malah nabi dan rasul juga pernah membuat silap. Inikan pula kita. Kita ni lemah sgt untuk berpegang kepada sesuatu perkara. Terlalu lemah, dek kerana nafsu yg ada, serta bisikan syaitan yg sentiasa menusuki hati kita. Hanya kita yang perlu mempunyai iman yang kuat untuk menepis semua perihal negatif tu. Namun walau apa pun, kita TAK BOLEH KATA YANG IANYA MUSTAHIL. :) Untuk berubah secara konsisten mmg susah, tetapi tak mustahil.

Azam dan niat?

"aku nak berubah laa..." "aku tak nak buat mcm tu lagi..." "aku akan jadi lebih positif!" "aku tak nak merokok lagi!"

Rata-rata dari kita akan ckp dekat kawan-kawan, yang kita nak berubah laa, nak jadi baik laa, tak pun kita macam betul je tulis dekat diari or blog yg kita nak insaf dll. Tapi? bila perubahan tu nak berlaku? Masa bercakap nak berubah, fuh bukan main beremosi dan ada yang sampai menangis. Kalau boleh time tu jugak nak start berubah. Tapi.. Baru masuk langkah pertama nak berubah, dah lelah. Bila kena tegur, nasihat or kritik sikit, dah goyah. Lepas tu, kembali pada asal. :( Sedih kan? kalau mcm tu, menang lah syaitan. Ini merupakan bonus la utk syaitan sebab awal-awal kita dah menyerah kalah. Jadilah kuat, kita kena tabah kalau nak berubah ni. jadilah manusia yang berpendirian (berpendirian yang positif dan teguh). Biar la orang nak kata apa, janji kita yakin kita betul, dan benar di sisi Allah s.w.t.

Untuk berubah, kita kena ada niat. Sewaktu kita niat, syaitan akan memperlekehkan kita. Sebab time tu kita belum mulakan langkah kita untuk berubah. Pada mereka(syaitan), kita ni cakap je lebih tapi tak buat. Syaitan belum percaya lagi akan niat kita. :) Tercabar tak kawan-kawan?

PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Seelok-eloknya kita niat masa lepas solat. Setiap kali kita beribadah, kita niat. banyak kali lagi bagus, biar niat tu menjadi ingatan kita. Kemudian kita jangan lupa untuk berdoa kepada Allah, minta pertolongan padaNya agar dipermudahkan urusan kita untuk berubah, konsisten serta ditunjukkan jalan kearahNya. Allah sentiasa mendengar. Jangan pernah kita putus doa padaNya. Sebab itulah satu-satunya talian kita dengan Allah selepas solat.

PERTOLONGAN DIRI SENDIRI (USAHA)
Kita perlu usaha lebih untuk mendapat hasil yang "worth it". Atau erti kata lain, berbaloi. Contohnya kita nak jadi rajin dan tak nak jadi pemalas lagi. Kita kenalah ringan2kan badan dan alert pada sekeliling. Anggap saja beban untuk kita buat sesuatu itu adalah bonus kepada kita untuk membuat kebaikkan. Contoh juga kalau nak berhenti merokok, kita jangan pandang langsung rokok tu. Jauhkan diri dari orang-orang yang sentiasa mempengaruhi untuk merokok. gantikan aktiviti merokok itu dengan sesuatu hobi yang lebih menarik. Macam, kunyah chewing gum. :) atau apa-apa sahaja yang bukan negatif. JANGAN PERNAH SESEKALI KITA CAKAP "ALAH TAKDE IDEA LA NK BERUBAH MCM MANA". Katakan "TAK" PADA ALASAN!

Sebaliknya, ubah alasan tu kepada USAHA. Internet kan ada? Carilah ruangan motivasi yang ada menyelitkan inspirasi untuk berubah. Tak pun, boleh beli buku motivasi yang berkaitan. Lagi senang, hari-hari boleh baca.

PERTOLONGAN / SOKONGAN ORANG LAIN.
Kita pun perlukan sokongan. Barulah mantap. Kita mintalah sesiapa yang boleh diharapkan untuk menegur atau menasihati kita. Tips: Minta tolong kepada orang yang berpengalaman atau orang yang lebih tua. Contoh yang lebih tepat, Ibu bapa kita. Kenapa (?) kerana mereka lebih tahu bagaimana untuk membentuk kita, mereka lebih tahu cara yang betul untuk kita berubah. Elakkan dari meminta tolong dengan orang yang "sama kepala" dengan kita, sebab mereka juga seperti kita. Silap-silap daripada nak berubah, lain jadinya. Takut-takut kita lalai serta leka dengan hiburan/perngaruh mereka. Jangan salah faham, bukannya mereka tidak boleh diharap, tetapi dikhuatiri kita akan lupa dengan niat kita untuk berubah. Tapi kita masih boleh berkawan biasa dengan mereka. (demi perubahan.) Tapi jangan sampai tak bertegur pula. Putus silaturrahim, dah dosa tu. Jangan keliru ye? :)

MINDA YANG TERBUKA. (MENERIMA CADANGAN DAN KRITIKAN ORANG LAIN)
Dari sudut "cadangan" : Lagi bagus kalau kita yang minta nasihat daripada mereka. Dari situlah kita boleh dapat inspirasi dan semangat. Mintalah pendapat lebih dari seorang. Biar minda kita terbuka luas. Kemudian, kita nilaikan sendiri, pendapat mana yang lebih berguna dan lebih bernas. PASTIKAN KITA LAKSANAKAN USAHA TU! Jangan bila dah tanya, buat omongan kosong saja, lepas tu kita buat tak tahu. Kasihan mereka dah fikirkan cara untuk membantu. Manfaatkanlah! Gunakan pertolongan yang ada untuk memperbaiki diri kita dengan sebaik mungkin.

Dari sudut "kritikan" : Segala perbuatan kita, orang lain tengok. Orang lain nampak. Dan mereka menilaikannya. Tak semua orang boleh terima dengan cara kita untuk berubah. Dan, tak semua langkah yang kita buat adalah betul(dan berkesan). Jadi, sekiranya ada orang mengkritik cara kita, senyum dan terima dengan hati terbuka. Mungkin kritikan itu tak betul, tapi kita perlu belajar cara untuk menerima kritikan orang. Barulah orang hormat akan usaha kita tu. Elakkan dari marah-marah, dari merajuk atau kutuk balik. Sebab mereka ni sebenarnya prihatin terhadap diri kita. Sebab tu lah mereka kritik kita. Kalau mereka tidak peduli, mereka tak akan kata apa-apa. Positiflah kawan! :D Hm, tapi, ada juga kritikan yang berasas. haa, yang ni nak kena titikberatkan. Kritikan yang berasas ni adalah permulaan untuk kita gunakan cara yang baru. Tapi kena pastikan kita yakin ia berkesanlah! Contohnya dia tak puas hati dengan cara kita, dan dia syorkan untuk kita buat dengan cara dia. Peranan kita, dengar. Kemudian tanya dengan baik, kenapa cara itu lebih berkesan dari cara yang kita lakukan sekarang. Setelah tu, kita cuba nilaikan. Mana yang sesuai, kita lebih tahu, bukan? Haa. Luaslah minda kita! Orang lain pun rasa selesa dgn kita. Mudah kan?

UBAH CARA PERGAULAN.
Rapatkan diri dengan golongan yang positif, yang paling baik, orang-orang yang beriman dan para ulamak. Tinggalkan semua kawan-kawan yang selama ini membuat kita leka, membuatkan kita alpa (bukan bermusuh, tapi jangan rapat.) Cara ini ibarat "hijrah" kepada sesuatu yang baru. Bila kita rapat dengan mereka, nescaya kita pun akan jadi positif seperti mereka. Cara ini sangat berkesan. Tapi jangan mempergunakan mereka semata-mata untuk memperbaiki diri kita. Sebaliknya, kawanlah dengan mereka secara ikhlas dan kerana Allah s.w.t. Di samping itu, doakan agar kawan-kawan yang masih belum sedar itu untuk berubah juga. Mudah-mudahan ianya menjadi nyata.



Akhir sekali, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan, yang akan membenamkan rasa kita untuk berubah. Ini penting! Fokus pada sesuatu yang baik. Fokus pada benda yang kita jadi. Dan yang paling utama, Doa adalah penting bagi meminta pertolongan pada Allah s.w.t. Kita mesti sentiasa ingat pada Dia. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.

Mudah-mudahan kita dapat berubah secara konsisten.

Wassalam. :)
Read More ...

Renungan Buat Adam Dan Hawa


(Sebuah Renungan buat HAWA)

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Tidak pula setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami sinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukan pula Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … Amiiin


(Sebuah Renungan buat ADAM)

Pernikahan atau perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Dan tidak pula setabah Fatimah …
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah…
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya …
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
bukanlah pula Sayyidina Ali Ra,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … Amiiin
Read More ...
Monday, July 25, 2011

KECANTIKAN HATI


Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Mata Yg Indah, Melainkan Ia Yg Selalu Menjaga Pandangan Matanya...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Senyum Yg Menawan, Melainkan Ia Selalu Tersenyum Kerana Ibadah...

Cantik Itu ..
Bukan Ia Yg Memiliki Bibir Terindah, Melainkan Ia Yg Memiliki Bibir Untuk Selalu Berdzikir...

Cantik Itu ..
Bukan Karena Ia Yg Selalu Menggunakan Make Up Yg Mahal Di Wajahnya, Melainkan Ia Yg Selalu Membasuh Wajahnya Dengan Air Wudhu.

Cantik Itu..
Bukan Ia Yg Memiliki Tubuh Yg Indah, Melainkan Ia Yg Selalu Menghijab Tubuhnya Dengan Pakaian-Pakaian Santun...

Cantik Itu ..
Bukan Karena ia Selalu Menolong, Melainkan Yg memiliki ketulusan Setiap ia Menolong...

Cantik Itu ..
Ada Pada Hatimu Yg Tercantik..
Karena Kecantikan Hatimu Akan Memancarkan Cahaya Di Wajahmu ...

Jadikanlah Hatimu Lebih Cantik Dari Wajah Mu...
Read More ...

Makhluk Allah yang lain? Siapa yg tahu? Wallahu'alam..


Dua minggu yang lalu, saya (pengamal perubatan Islam Darul Manzil) didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM (http://darulmanzil.blogspot.com/). Pesakitnya adalah anak lelaki mereka sendiri.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

---------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

----------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

-----------

'...Fakul innamal ghaibulillah.'.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

----------------
Read More ...

Bukti Kewujudan Allah!!


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.
Read More ...
Friday, June 24, 2011

jom blajar math cara mudah!


jom blaja math..^^

Assalamualaikum anak-anak murid sume! Saya sebagai seorang yang bercita-cita (dulu) untuk menjadi seorang cikgu Matematik, tapi sayangnya tak kesampaian... sob3.

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. hehehe. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita bermula okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? Aaa, kat mana-mana je pun boleh. Rukun pun sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;

Solat sendirian = RM1,
Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari;

Sehari;

5 kali X RM1 = RM5,
5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng:). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. Hehe. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;

30 hari X RM5 = RM150
30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. Hoho. Siapa la yang nak gaji kecik?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun;

Setahun;

12 bulan X RM150 = RM1,800
12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu beb! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? Hehe..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dsb. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je ke.. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh, ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! MasyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manafestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom start kumpul 'duit' banyak-banyak!! :))
Read More ...

Bertemu adalah KESEMPATAN & Mencintai adalah PILIHAN


Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik, Itu bukan pilihan, itu KESEMPATAN..


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..


Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi, justru di saat kita menyadari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap memilih untuk mencintainya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN...


Perasaan cinta, simpatik, tertarik, datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita..
Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Tuhan dan manusia adalah PILIHAN...


Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah PILIHAN yang harus kita pertanggung jawabkan di hadapan Tuhan dan manusia.


Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang Sempurna untuk dicintai.. Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang Belum Sempurna.. Dengan cara yang Sempurna...


Mari BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang Belum SEMPURNA dengan cara yang SEMPURNA..
Karena pasangan kita adalah belahan jiwa kita.. Agar jiwa kita pun menjadi SEMPURNA di hadapan Tuhan...
Takdir yang mempertemukan. Rancangan yang indah telah disiapkan oleh-Nya ..


Terimakasih,
Wassalam.
Read More ...

Bersusah-susahlah..


Mahu menjadikan tubuh badan itu sasa,memerlukan seseorang itu untuk kerap melatih otot-ototnya terhadap aktiviti-aktiviti yang berat dan menyusahkan.Kekerapan untuk memberikan kesusahan kepada otot,akhirnya akan menjadikan otot tersebut mampu menghadapi kesusahan-kesusahan yang diletakkan ke atasnya.
Perkara ini makruf (diketahui) oleh mereka yang membina badan ^_^

Bagaimana pula untuk menjadikan Iman seseorang itu sasa,mantap,kental dan tahan?
Pada saya,formulanya sama.
Melatih dengan KESUSAHAN.

Kerana Iman itu lawannya adalah Al-Hawa' ( Hawa Nafsu )
Dan Al-Hawa itu,sentiasa menghendaki perkara-perkara yang menyenangkan.

Tidur sehingga mata dipenuhi dengan tahinya.Makan sehingga penuh perutnya.Gelak umpama rahang mulut hampir tertanggal dari bekasnya.
Semuanya itu adalah perkara-perkara yang menyenangkan hati manusia.

Saya jadi teringat pada tazkirah mingguan di Suq Sayarat,berkisar tentang ini.Katanya :
Bersusah-susahlah,sesungguhnya nikmat itu tidak kekal.

Kita berpeluang sebenarnya untuk mengamalkan pesanan ini.Lebih-lebih lagi yang sedang jauh melata,mengembara di seluruh dunia untuk menuntut ilmu.Susahnya untuk ke kuliah,susah untuk memasak,susah untuk berkomunikasi sesama ahli rumah yang tidak bersefahaman dan pelbagai lagi kesusahan terutamanya buat mereka yang bermusafir di bumi kinanah,Mesir ini.

Jadi,pesan saya pada yang sedang menghadapi kesulitan :
Tahniah kerana diuji.Bersabarlah.Jangan sesekali berputus asa dan mengeluh.Bila susah,itu tanda Allah sayang pada kita.Allah berikan pada kita peluang untuk membina iman kita.Boleh jadi ujian ini adalah untuk kesenangan dimasa akan datang.Boleh jadi ujian untuk mengangkat darjat kita di sisi Allah.



Buat yang bahagia kesenangan diulit kemewahan dan kelapangan,cubalah untuk bersusah-susah.Memang kita akan cenderung dengan kesenangan dan kemewahan belaka.Tapi kesusahan itu boleh dilatih dalam suasana yang selesa. Caranya bagaimana...?

Fikirkanlah.
Ini isu hati dan iman kita.

Coretan khas buat diri yang sedang diuji di dalam fatrah ujian.Juga buat teman seperjuangan yang dikasihi.
Read More ...
Sunday, March 27, 2011

Kita Bertanya .....?????.....Dan Al-Quran Menjawab...


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?AL-QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3).KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?AL-QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah, ayat 216).KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?AL-QURAN MENJAWAB : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286).KITA BERTANYA : KENAPA RASA TERTEKAN (FRUST)?AL-QURAN MENJAWAB : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran, ayat 139).KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?AL-QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ( Surah Al-Baqarah, ayat 45).KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?AL-QURAN MENJAWAB : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? (Surah At-Taubah, ayat 111).KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?AL-QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129).KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!!!AL-QURAN MENJAWAB : “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12).
Read More ...

~SURAT CINTA BUATMU HAWA.....RINTIHAN KAUM ADAM....~


Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan.Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan.Cemburu juga aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Aku terbang bebas dalam duniaku.Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.

Hawa,

Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.

Hawa,

Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawa bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengan kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan.Kerana ego mencipta karisma dan kewibawaan.Namun,tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi,tafakurku sejenak di pepohinan,kenapa kau tidak lagi menjadi hawa yang dulu??

Hawa,

Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga keran ku akur tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu.Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi.

Hawa,

Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah creminku yang sentiasa memuhasabah diri.Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti.Kau tamil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikkan.Ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran???Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaian???Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok menjadi hidangan enakbuat mata,racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan iman.Oh Hawa,aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa,

Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk cengkamankuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah.Merekalah lambang kemuliaan insan bernama Hawa.

Hawa,

Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,

kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,

kaulah kekasih,dirindui saban ketika,

kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,

kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,

kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada,

ketahuilah Hawa,

kau kupuja,

kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati waja,

kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan terjaga,

kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku berbicara,

kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,

kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya.

Maka,kudatang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh cinta.Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan....

~adaptasi dari novel 'SEINDAH MAWAR BERDURI'-karya Fatimah Syarha Mohd Nordin.~
Read More ...
Saturday, March 26, 2011

Hargai kehadiran seseorang dalam hidup kita. Redha dengan takdirNya =)


Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu) =)

_________________________________________________________________________


Watak Utama:

Faruq(bukan nama sebenar): seorang lelaki yang baik, tampan, kacak, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.

Azzah(bukan nama sebenar): seorang wanita yang baik, cantik & manis wajahnya, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.

___________________________________________________________________________


Kehidupan Faruq sebagai seorang daie (pendakwah) yang hebat dan terkenal di Russia seringkali menjadikan Faruq disenangi ramai orang, bukan sahaja di kalangan ikhwah(lelaki). Malah dikalangan akhawat (wanita) juga. Faruq seringkali memberikan taujih(penyampaian/ceramah) kepada rakan-rakannya di Russia. Begitu ramai orang tertarik dengan perwatakannya, malah ramai orang suka mendengar ceramahnya dan penyampaiannya.

Faruq begitu bersemangat dalam melakukan kerja-kerja Dakwahnya. Malah, setiap hari beliau akan membaca buku-buku tarbiyah dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Beliau seorang yang menjaga adabnya dengan orang yang lebih tua. Malahan, dia juga sangat menyayangi orang yang lebih muda darinya. Beliau juga seorang yang menjaga adabnya dengan wanita. Sering menundukkan pandangan dan bercakap dengan wanita bila perlu. Disebabkan itu, ramai wanita yang berkenan dengan beliau.

Manakalah kehidupan Azzah hampir serupa, cuma beliau seorang akhawat. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama akhawat lain. Beliau seorang yang terkenal dikalangan akhawat kerana petahnya dalam berhujah tentang isu agama. Belia juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan seorang yang terkenal dengan budi pekertinya yang baik dan sopan. Azzah seorang yang pemalu, beliau pernah dirisik dan dipinang oleh beberapa ikhwah namun beliau tidak pernah menerima. Mungkin kerana hasrat hatinya mengatakan bahawa Faruq adalah seorang lelaki yang diimpikan sejak awal lagi. Beliau cuba menyembunyikan perasaannya kerana takut akan fitnah yang akan melanda.

________________________________________________________________________


Dipendekkan cerita..

___________________


Kehidupan sebagai seorang Daie (Pendakwah) memang begitu mencabar, setiap hari atau akan tiba masanya seorang pendakwah akan diuji. Diuji oleh Allah dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Ujian ini menimpa Faruq dan Azzah.

____________________________


Pada suatu hari, Azzah bertemu dengan Mas'ulahnya(Ustazah Solehah), untuk berbincang sesuatu. Rupanya Azzah ingin menceritakan tentang rasa hatinya dan hasratnya untuk melamar dan meminang Faruq. Mas'ulahnya bersetuju dan berkata dia akan cuba membantu Azzah sebaik mungkin. Mungkin mas'ulahnya faham kenapa Azzah begitu bersemangat untuk mendapatkan Faruq. Faruq seorang yang baik. Masakan seorang yang baik dan soleh begitu tidak ramai yang meminatinya.

Azzah sudah bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim.

Setelah beberapa hari berlalu, setelah Ustazah Solehah berbincang dengan Mas'ul kepada Faruq iaitu Ustaz Irfan tentang hasrat Azzah. Ustaz Irfan pun bersetuju dan beliau akan cuba menyampaikan hasrat Azzah itu kepada Faruq.

___________________________________________


Surat Azzah yang dikirimkan Ustaz Irfan kepada Faruq :

___________________________________________________________________________


“ Assalamualaikum...


Akhi Faruq yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Mungkin ana orang yang pertama berani melakukan ini semua kepada anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul dakwah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana harap dan berdoa agar anta dimiliki oleh seorang ukht yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah..

Ana sangat menghormati anta, siang dan malam ana pernah berdoa agar dikurniakan seorang Akh yang faham tentang tarbiyah, tentang dakwah. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama anta tak pernah berubah. Ana sangat yakin anta adalah orang yang terbaik untuk menjadi suami ana.

Ana berharap agar antalah menjadi tulang belakang ana, orang yang akan memberikan semangat kepada ana, orang yang akan mendidik anak-anak ana, orang yang akan menegur ana bila salah, orang yang akan hidup dengan ana demi Islam dan Dakwah. Sebenarnya dah lama ana cuba memendam perasaan ini, ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat bertindak. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik oleh insan yang bernama Faruq.

Azzah.

______________________________________________________________


Surat itu sungguh mengejutkan Faruq. Setelah mendapat surat itu, Faruq siang dan malam berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk. Namun beliau masih merasakan bahawa beliau masih tidak bersedia untuk menerima lamaran tersebut. entah kenapa beliau seperti tidak bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Mungkin kerana beliau masih merasakan bahawa masih banyak lagi kerja dakwah tidak selesai di Bumi Russia ini.

Faruq terus menuju ke Rumah Ust Irfan. Faruq berkata kepada Ustaz Irfan : "Maaf ustaz, ana masih tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga. ana rasa diri ana belum sesuai untuk berkahwin. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ana. Semoga Allah merahmati Azzah atas niat baiknya itu. Katakan pada Azzah, masih ramai lagi ikhwah yang baik yang sudi menerima Azzah. Tolong sampaikan ini pada Azzah ye Ust"

Ust Irfan tidak boleh berkata-kata apa-apa. Ini keputusan Faruq. Ini adalah haq Faruq.

______________________________________________________________________


Setelah satu minggu Azzah menunggu jawapan. Akhirnya beliau mendapat jawapan daripada Faruq.

Azzah sungguh terkejut dengan keputusan Faruq. Faruq tidak menerima lamarannya. Malah Faruq menyuruh Azzah mencari ikhwah lain. Azzah menangis kecewa. Azzah merasakan seakan-akan dihempap batu ke atas dirinya. Beliau begitu terkejut dengan keputusan Faruq.

Hari berganti hari, Azzah mula layu. Akhawat lain cuba memberikan semangat kepada Azzah. Akhawat lain juga ada yang begitu marah kepada Faruq kerana tidak menerima lamarannya. sedangkan Azzah seperti bidadari, begitu baik, malah begitu cantik. Namun mereka masih mampu bersangka baik. Mungkin bagi mereka ada hikmah disebaliknya.

Sebulan berlalu, Azzah kembali semangat. mungkin melihat kepada Akhawat lain yang begitu bersemangat meneruskan perjuangan walaupun ditimpa musibah. Azzah mula merelakan hatinya. Dia selalu saja yakin dengan janji Allah. "Lelaki baik untuk perempuan yang baik". Mungkin dirinya masih lagi belum cukup baik untuk Faruq dan Azzah perlu untuk menjadi lebih baik. Azzah redha dengan keputusan Allah.

Azzah sering teringat tentang surah Al-Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Azzah Redha. Allah mengetahui segala-galanya.

________________________________________________________________________


Faruq masih bergiat aktif di dalam dakwahnya. Setiap kali beliau berQiamullail (bangun malam untuk mendirikan solat dan bertemu dengan Allah) beliau berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah dan berdoa agar dikurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan apa jua keputusan yang dilakukan oleh Faruq.

Final Exam mula menghampiri.

Entah kenapa, suatu hari sedang mengulang kaji pelajarannya. Faruq mula teringat akan pinangan dan lamaran Azzah. Faruq seperti inginkannya kembali. Mungkin kerana kali ini beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lantas beliau menelefon Ust Irfan memberitahu tentang hasratnya untuk menerima Azzah dalam hidupnya.

Ust Irfan begitu bergembira dengan keputusan Faruq.

Ust irfan berjumpa dengan Ustazah Solehah memberitahu tentang keputusan Faruq.

Setelah Ustazah Solehah menyampaikan berita itu kepada Azzah. Namun Azzah menolaknya. Azzah berkata beliau masih belum ingin mendirikan rumah tangga kerana ingin focus akan kerja dakwahnya. Beliau tidak mahu lagi memikirkan hal itu buat sementara waktu. Mungkin kerana Azzah sudah kecewa. beliau cepat-cepat memberi keputusan itu kepada Mas'ulahnya.

Setelah Faruq mendapat berita itu. Faruq begitu kecewa dan menyesal akan perbuatannya menolak lamaran Azzah sebelum ini.

_____________________________________________________________________


Faruq menyendiri setelah peristiwa itu berlaku. Beliau tidak langsung menjawab SMS (pesanan ringkas) ataupun menjawab telefon daripada ikhwah lain.

Ketika musim Final Exam, Faruq mula merasa lemah dan malas untuk meneruskan kerja dakwahnya. Faruq seringkali lalai daripada ibadahnya. kadang-kadang beliau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah untuknya dan untuk dakwah. Beliau leka dengan menonton bola setiap kali ada 'game' bola yang ditayangkan di TV. Beliau tidak pernah 'miss' tengok 'game' bola walaupun sehingga ke subuh. Selalunya, pada waktu begitu beliau akan membaca buku di waktu malam dan melakukan Qiamullail. Beliau berubah menjadi orang yang leka, lalai dan lemah. Beliau tidak mengulang kaji pelajarannya walaupun Final Exam sudah bermula.

Namun ikhwah lain selalu memberikan semangat kepada beliau kerana tidak ingin beliau leka sebegitu. walau apapun yang Faruq buat, ikhwah lain bersangka baik dan masih menghormati Faruq dan masih menganggap Faruq hebat dalam dakwahnya dan ilmunya.

____________________________________________________________________


Sebulan setelah tamatnya Final Exam, Beliau begitu terkejut dengan keputusan yang beliau perolehi. Beliau gagal dalam 2 subjek dan perlu mengulangi subjek itu. sepanjang beliau belajar di Russia, beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah pertama kalinya beliau gagal.

Saat itu Faruq mula sedar, mungkin kerana beliau meninggalkan dakwah dan mengabaikan pelajarannya. Beliau gagal dalam pelajarannya. Beliau leka dengan Allah dan Allah menimpakan balasan terhadap kelekaannya.

Kini beliau mula semangat kembali. Beliau sering berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Beliau juga mula yakin dengan ketentuan Allah. Beliau tetap redha. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat beliau. =)

Faruq sedar bahawa kita mesti menghargai kehadiran seseorang yang baik dan benar-benar menyayangi kita dalam hidup kita. Jangan sesekali menolaknya dan jangan sesekali buat dia kecewa. Terimalah seseorang jika dia berniat baik terhadap diri kita. Jika tujuannya adalah untuk menikahi kita. Terimalah dia sebaiknya.

Jika dia bertujuan untuk melakukan maksiat/couple yang tidak dibenarkan. Maka kita tidak seharusnya menerimanya =)

Redhalah dengan Takdir Allah =)

________________________________________________________________________


Tamat.

Penulis yang kerdil. =)

_____________________


Cerita benar. Kisah benar.

Diubah suai sedikit.

__________________


Cerita ini panjang sebenarnya, namun dipendekkan. mungkin yang panjang akan dimuatkan dalam buku/novel? insyaAllah. mohon doaNya =)
Read More ...
Thursday, March 10, 2011

~ Sebab Ayah Lelaki ~


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.


Anak perempuannya itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-kerut dan berkedut-keduat. Badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.


Ayahnya menjawab : "Sebab ayah lelaki." Itulah jawapan ayahnya. Anaknya itu tergamam : "Saya tidak mengerti." Dengan berkerut apabila mendengar jawapan dari ayahnya.


Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak perempuannya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian ayahnya berkata : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik ayahnya, yang membuat anak wanita itu bertambah kebingungan.


Kerana perasaan ingin tahu , kemudian anaknya itu menghampiri Ibunya lalu bertanya kepada Ibunya : "Ibu, mengapa wajah ayah semakin hari semakin berkerut dan berkedut? Dan badannya kian hari kian membongkok? Ayah tidak mengeluhpun dengan keadaannya yang membongkok itu.


Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggung-jawab terhadap keluarga memang akan jadi begitu ." Hanya itu jawapan si ibu.


Anak perempuannya itupun kemudian mula dewasa, tetapi dia tetap saja kehairanan, mengapa wajah ayahnya yang tadinya tampan menjadi berkerut-kerut dan badannya menjadi bongkok ?


Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu kalimat sebagai jawapan rasa hairannya selama ini.


"Saat Kuciptakan lelaki, aku menjadikannya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tulang belakang dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi."


"Kuciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."


"Kuberikan kudrat kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titis keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kebuluran, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya."


"Kuberikan keperkasaan dan mental yang teguh yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya."


"Kuberikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya sentiasa berusaha membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya."


"Kuberikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam keadaan dan situasi apapun juga, walaupun anak-anaknya selalu melukakan perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kekuatan apabila dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang perlunya menuntut ilmu untuk bekalan masa hadapan, walaupun seringkali ditentang bahkan diperlecehkan oleh anak-anaknya."


"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyadarkan, bahawa Isteri yang baik adalah Isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sejajar dan saling melengkapi serta saling menyayangi."


"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa Laki-laki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya bisa hidup didalam keluarga sakinah dan badannya yang terbongouk-bongkok agar dapat membuktikan, bahwa sebagai Laki-laki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, demi kelangsungan hidup keluarganya."


"Kuberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang belakang, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."


Terbangun anak perempuannya itu, dan segera dia berlari, bersuci, berwudhu dan melakukan solat malam hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berzikir, ketika ayahnya berdiri anaknya itu mencium tangan ayahnya.


"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah."


***********************************************************


Sahabatku, masih ada perasaan bencikah di hatimu terhadap ayahmu, yang mungkin kelakuannya yang tidak sesuai dengan keinginan kita?


Sudahkah engkau membandingkan segala kekurangan beliau, dengan segala jasa beliau kepada kita sejak kita masih dalam kandungan ibu?


Terkadang tanpa sedar, masih banyak di antara kita yang kurang bangga terhadap ayah kita, kerana pekerjaan beliau.


Kita merasa malu ketika banyak orang mengetahui orang tua kita hanya orang kampung, yang miskin. Ah… layakkah kita disebut anak yang soleh?


Peluklah ayahmu… dan katakan,"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, Ayah… Maafkan diri ini yang selalu menambah bebanmu…” 
Read More ...
Saturday, March 5, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib


Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih
Read More ...

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.

Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Read More ...