Ramadhan hampir berlalu. Perginya Ramadhan ditangisi oleh orang-orang soleh. Mereka sedih kerana bulan yang penuh berkat di mana pintu taubat dibuka seluas-luasnya dan syurga dihiasi indah akan berakhir. Temasya-temasya meriah di bulan Ramadhan akan jadi kenangan indah dalam kamus hidup orang soleh.
Berbeza dengan kita orang awam. perginya Ramadhan dirasakan seperti terlepas dari satu beban yang maha berat. Beban berlapar, dahaga, letih dan macam-macam yang menyeksakan. Kedatangan syawal dianggap satu rahmat. Satu kemerdekaan setelah selesai dari penanggungan ujian yang mereka anggap berat. Oleh itu tidak hairanlah kalau ada yang berlompatan bila diumumkan keesokan harinya.
Akibatnya apabila orang merasa hari raya hari untuk bersuka-suka, maka malam raya yang sepatutnya dimeriahkan dengan gema takbir, tahmid dan tasbih bertukar wajah. Malam raya jadi pesta. Kalau di kampung, ibu-ibu sibuk merebus ketupat, buat serunding, bakar lemang, masak agar-agar, bakar kek dan macam-macam lagi. Pendek kata malam raya jadi malam pertandingan memasak. Dan untuk itu ibu-ibu sanggup berjaga malam. Walhal untuk bangun tahajud atau untuk melakukan ibadah mereka tidak sanggup.
Sementara di bandar-bandar pula, muda-mudi akan berkumpul, buat parti. Rumah telah dihiasi indah untuk sambut hari raya. Dengan kuih-muih yang berbagai jenis, ada hiasan daripada pokok Krismas. Gantung kad selamat hari raya pada pokok itu dan letakkan hadiah-hadiah hari raya di bawah pokok yang berbentuk kun itu. Sebiji macam orang Kristian sambut hari Krismas.
Di malam raya itu juga ada pasang lampu keliling rumah. Kalau di kampung pakai pelita minyak, tapi di bandar di rumah orang-orang kaya gunakan lampu kelip-kelip atau lampu warna-warni untuk hidupkan malam. Ada yang berikan alasan mereka berbuat begitu untuk memudahkan malaikat rahmat masuk ke dalam rumah.
Apa malaikat rahmat itu tidak boleh datang kalau tidak dipasang api? Macamlah malaikat itu ada mata pula. Yang jelas amalan ini sebiji dengan sambutan hari Deepavali. Di mana orang India pasang banyak lampu menyambut dewa-dewanya.
Berbeza dengan kedatangan Ramadhan, kedatangan Syawal dinanti dan dialu-alukan. Terutama oleh kaum wanita. Kadangkala Ramadhan belum muncul lagi sudah fikir macam mana hendak sambut hari raya tahun ini. Hari raya nanti hendak buat kuih apa, apa yang hendak diganti, hendak beli kusyen fesyen apa, rumah bila hendak cat, berapa pasang hendak beli baju baru dan
macam-macam persoalan lahir yang merunsingkan fikiran ibu-ibu.
Oleh sebab terlampau memikirkan tentang persediaan raya maka awal-awal lagi mereka telah kumpul duit dan bila tiba Ramadhan mereka pun berbondong-bondong pergi membeli-belah. Di ketika yang sama pusat membeli-belah pun ambil kesempatan buat tawaran istimewa sempena hari raya dengan bermacam-macam hadiah. Anak-anak pula dilekakan dengan mercun dan bunga api. Pendek kata kalau hendak sambut hari raya kena berhabis duit banyak. Punya seksanya kalau jadi orang miskin waktu begini.
Walhal benda-benda yang dibeli itu bukannya perlu sangat. Kain langsir tahun lepas, kain kusyen dan kerusi set lama masih boleh guna. Dan kain baju yang lama pun masih tidak habis dipakai sudah beli yang baru.
Sudahlah malam hari raya tidak dimeriahkan dengan gema takbir, sebaliknya dihiasi dengan gelak ketawa, gurau senda, bunyi bakaran mercun, sibuk menggantikan sarung kusyen, ganti langsir dan macam-macam lagi untuk mengindahkan rumah sehingga lewat tidur dan mengantuk untuk bangun sembahyang subuh keesokan harinya.
Televisyen juga main peranan. Kalau hari raya rancangan TV 24jam. Tidak rehat-rehat langsung. Lekalah budak-budak, orang tua, orang muda tercanguk depan tv sambil gelak ketawa. Lupa Allah dan lupa Ramadhan yang baru saja berlalu. Maksiat kembali segar.
Ada yang pergi sembahyang raya walaupun sembahyang fardhu tidak pernah buat. Lepas sembahyang kalau orang muda mulalah tukar baju. Pakai baju yang memang ditempah khas untuk sambut hari raya. Buat program ke panggung wayang. Kalau hari-hari lain panggung wayang tidak seramai itu. Tapi bila raya tak muat-muat panggung. Pengeluar filem pun faham orang suka tengok wayang pada hari raya. Maka dia pun ambil kesempatan tayangkan filem-filem baru. Meriahlah panggung wayang dan sepilah masjid. Hilanglah amalan di bulan Ramadhan dengan dosa dan maksiat. Dosa mata, dosa bergaul bebas lelaki dan perempuan, dosa dedah aurat, dosa tidak sembahyang dan lain-lain.
Yang pergi ziarah pun ada. Tapi yang sedihnya ketika inilah masing-masing ambil peluang berziarah yang sepatutnya tidak boleh diziarahi. Perempuan ziarah lelaki yang bukan muhramnya, bersalam dan minta maaf. Dan sebaliknya berlaku di pihak lelaki. Sepatutnya bila bermaafan hilanglah dosa, tapi ini menambahkan lagi dosa.
Di samping menyambut kedatangan Syawal dengan gema takbir, di pagi Syawal digalakkan bangun awal. Mandi sunat hari raya dan disunatkan juga makan sebelum pergi masjid. Orang perempuan hanya dibenarkan bersembahyang raya di masjid sekiranya dia keluar rumah dengan tidak bertabarruj (berhias). Pakailah pakaian yang baru dan bersih yang kita miliki. Ini tidak mesti kena tempah pakaian yang baru setiap kali raya. Memadailah kalau kita memakai pakaian terbaik yang kita ada.
Sepatutnya di malam hari raya itulah kita kena banyakkan mengucap tasbih, tahmid dan tahlil. Kerana mengharapkan penerimaan Allah ke atas ibadah-ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan di smping minta agar Allah dapat kekalkan kita untuk terus beramal di bulan-bulan yang lain.
Malam raya mesti dimeriahkan dengan ucapan puji puja dan membesarkan Allah. Membuat berbagai-bagai ibadah untuk menghidupkan malam. Takbir bukan dibuat di masjid dan di surau saja, malah rumah-rumah eloklah diisi dengan suara takbir. Barulah malaikat rahmat akan datang. Kerana tempat yang disebut nama Allah di dalamnya akan bercahaya. Bukannya dengan memasang pelita berderet-deret.
Janganlah jadikan hari raya hari untuk melepaskan nafsu makan dan minum. Makanlah sekadarnya saja. Bermaaf-maafan bukan hanya pada hari raya saja, malah setiap kali kita bersalah pada orang, kita patut minta maaf. Cuma di hari raya digalakkan berziarah dan bermaaf-maafan untuk eratkan siraturahim. Itu pun ziarah mestilah ikut syariat. Tidak boleh perempuan ziarah lelaki yang bukan muhrimnya, apalagi untuk bersalaman.
Di samping itu jangan didik anak-anak bermewah-mewah di hari raya dengan melakukan berbagai-bagai pembaziran. Misalnya dengan membeli mercun atau bunga api. Ataupun membiasakan anak-anak berhari raya dengan harapan untuk dapat kutip banyak duit raya. Kebiasaan begini mesti dikikis, sebab jika anak-anak gagal untuk dapat duit raya dia akan rasa kecewa dan menganggap tuan rumah tempat dia bertandang itu orang yang kedekut.
Oleh itu meriahkan Syawal dengan ibadah dan puji syukur pada Allah. Inilah permulaan untuk melihat keberkesanan “training” kita di bulan Ramadhan. Jika di tengah-tengah nikmat itu kita gagal dilalaikan oleh syaitan dan nafsu maknanya “training” kita di bulan Ramadhan sudah ada kesan.

0 comments:
Post a Comment