..::Musafir Ilahi::.. ditubuhkan sejak Mac 2008 yang mana nama sebelumnya adalah ..::Islam Is My Life::.. . Ia merupakan sebuah halaman blog dibawah kelolaan Muhammad Khairuddin Bin Ahmad. Beliau merupakan seorang musafir ilahi yang cuba berusaha meraih cintaNYA dalam kehidupan yang cukup sukar untuk ditempuhi. Namun, perjalannya masih jauh, pelbagai onak dan rintangan harus dilalui demi meraih cinta yang teragung.
Beliau dilahirkan pada tanggal 7 Disember 1990 disebuah hospital di Pudu, Kuala Lumpur. Merupakan anak ke-3 daripada 3 orang adik-beradik. Beliau kini menetap di Cheras, Kuala Lumpur bersama-sama keluarga tercinta. Beliau juga merupakan pelajar lepasan sekolah SMKA Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Ekonomi disebuah universiti terkemuka di Gombak iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Moto hidupnya adalah "Reborn To Be The Greatest" yang mana merupakan kata-kata motivasi untuk dirinya berubah kepada yang lebih diredhai.
Tujuan penubuhan ..::Musafir Ilahi::.. ialah untuk menarik minat para remaja khususnya dan masyarakat umumnya untuk kembali sedar akan tanggungjawab terhadap diri sendiri, Umat dan masyarakat. Ini dapat dicapai dengan membina sebuah jaringan komuniti yang terdiri daripada mereka yang ingin berubah, ingin merubah dan ingin melihat perubahan.
Bersesuaian dengan temanya "Pengembaraan Mencari Cinta Teratas", blog ..::Musafir Ilahi::.. diharapkan dapat melahirkan generasi yang lebih dekat denganNYA dan lebih berusaha mencari redhaNYA. Di samping itu, blog ..::Musafir Ilahi::.. berusaha untuk menyajikan makanan rohani untuk semua pengunjung dalam pelbagai bentuk yang mudah menjadi tatapan umum.
Di sini juga anda dapat bertanya serta mengajukan segala persoalan diminda untuk meningkatkan kefahaman, bukan sekadar dalam beragama namun dalam meniti hidup ini. Di dalam bingkisan maya ini juga, anda juga mampu menyelami liku-liku hidup pendakwah yang tegar dalam mencari redhaNya. Agar kita boleh meneliti setiap pengajaran dan mengambil iktibar supaya kita lebih bersemangat menyuburi bumi Allah ini dengan siraman-siraman tarbiyyah.
Sebagai seorang insan yang masih lagi cuba merangkak mencari tujuan hidup, Musafir ilahi ingin memohon redha kepada semua yang sedia menyokong dan mendokong dirinya untuk menjadi seorang hamba yang taat, anak yang soleh serta mukmin yang sayangkan ummat. Moga-moga usaha-usaha kita walau sekecil zarah menjadi tatapan manusia dihari yang dinanti.
Muhammad Khairuddin Bin Ahmad berbesar hati dengan kehadiran anda dan kami mengucapkan selamat melayari blog ..::Musafir Ilahi::..