- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Tuesday, August 17, 2010

WANITA NAIK TEKSI KESEORANGAN BERSAMA PEMANDUNYA


[Kumpulan Fatwa dan Risalah as-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali as-Syeikh jilid 10 halaman 52-54].

Soalan:

Apakah hukumnya seorang wanita menaiki teksi bersama tuan punya teksi itu tanpa bersamanya mahramnya?

Jawapannya:

Tidak ada sebarang keraguan lagi bahawa seorang wanita ajnabiah yang menaiki teksi bersama dengan pemandu teksi itu keseorangan tanpa ada mahramnya yang menyertainya adalah satu kemungkaran yang amat nyata. Perbuatan itu akan menyebabkan kepada pelbagai kemaksiatan yang tidak boleh dipandang remeh sama ada wanita itu seorang yang pemalu atau yang agak berani. Lelaki yang merasa redha terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mahramnya ini adalah dianggap sebagai lemah agamanya, tidak sempurna kelelakiannya dan tidak cemburukan terhadap mahramnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki tidak bersunyi-sunyian dengan seorang wanita melainkan keadaan syaitan adalah yang ketiganya."

Seseorang wanita menaiki teksi bersama dengan pemandunya adalah dianggap lebih bahaya dari mereka bersunyi-sunyian di dalam sebuah rumah dan sebagainya kerana pemandunya boleh membawa wanita itu pergi bersamanya ke mana dia suka sama ada di kawasan berdekatan ataupun jauh di luar bandar, sama ada wanita itu suka ataupun bencikannya. Perbuatan tersebut akan menyebabkan kepada kemaksiatan yang lebih besar daripada yang disifatkan sebagai bersunyi-sunyian semata-mata.


Tidak tersembunyi lagi, perkara itu timbul kerana terdapatnya pengaruh fitnah wanita dan kemaksiatan yang akan bakal terjadi kepada wanita tersebut. Dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Aku tidak meninggalkan selepas zaman aku ini sebuah fitnah terhadap seseorang lelaki yang lebih berbahaya yang berpunca daripada wanita."

Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Hendaklah kamu takutkan terhadap situasi dunia dan takutkanlah kepada kerenah para wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang terjadi pada Bani Israel adalah berpunca dari wanita."

Kerana inilah dan lainnya yang terjadi di dalam permasalahan ini dan untuk mengambil apa yang dimaksudkan sebagai satu kemaslahatan umum serta satu kemestian yang bersifat wajib di segi agama, maka kita semua diwajibkan menetapkan untuk melarang mana-mana wanita ajnabiah menaiki teksi bersama dengan pemandunya secara berseorangan tanpa orang yang menemaninya sama ada mahramnya, orang yang dapat mewakili tempat mahramnya atau penjaganya yang mempunyai sifat amanah serta dikenali sifat baiknya.

Orang yang bertanggungjawab hendaklah memastikan terhadap permasalahan ini dengan serius dan tegas. Kalau boleh, hendaklah membentuk satu lajnah dan menentukan hukuman yang sesuai mengikut kesesuaian orang yang melanggar ketentuan larangan ini. Sesiapa sahaja yang melanggar ketentuan hukum ini, hendaklah dijalankan hak balasan hukumnya yang telah ditetapkan, contohnya pemandu teksi dikenakan denda yang berbentuk wang. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya buat kali kedua, maka denda itu digandakan sebanyak 2 kali ganda dan dipenjara sebanyak tempoh yang ditentukan serta ditakzir menggunakan cemeti. Sekiranya pemandu itu mengulangi perbuatannya sebanyak 3 kali, digandakan dendanya, tempoh penjaranya ditambah, bilangan takzir dan ditarik semula lesen pemandunya kerana mempermain-mainkan tugas pekerjaan sebagai pemandu teksi. Wanita yang menaiki teksi seorang diri itu juga dikenakan hukuman takzir. Walinya yang merasa redha terhadap perbuatan anak wanitanya juga dikenakan hukuman takzir juga.

Sebelum itu, pihak yang bertanggungjawab terhadap permasalahan ini hendaklah mengiklankan hukuman itu di dalam suratkhabar dan siaran radio untuk memperingatkan orang ramai terlebih dahulu. Ketua Polis, Ketua Lalulintas dan Askar-askar penyelamat juga hendaklah sentiasa mengawasi permasalahan ini. Begitu juga dengan Pusat-pusat Pemerhati bersama dengan peranan mereka masing-masing dan anggota bertindak. Mereka yang bertanggungjawab hendaklah menasihati kepada para wanita dan orang-orang yang berada di bawah jagaannya terhadap segala urusan yang mereka lakukan, mengingatkan mereka segala apa yang diperbuat dan menakut-nakutkan mereka lantaran kurangnya ketaatan mereka. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Para lelaki akan binasa sekiranya mereka taatkan terhadap arahan wanita."

Di dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, "Aku tidak pernah melihat wanita-wanita yang kurang berfikirnya dan agamanya itu lebih berjaya jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai akal untuk berfikir."

2 comments:

Zahrah Az Zahrawi said...

Bismillah.
:) syukran atas pengisian..
tp bagaimana pula dgn seorg wanita yg trpaksa mnaiki teksi utk pulg?
wlupn dtemani seorg prmpuan yakni mahramnya, but..stelah mahramnya itu smpi ke dstinasi,dn strusnya..dia pula mnuju ke dstnasi scara brsndrian dgn pmandu tksi dlm keadaan trpksa..adkh msh dkra slh lg?

hnya persoalan bg mnusia yg penu khilaf~
:)

highest^love said...

asif jiddan..ana tak pasti pula tentang itu..nnti ana akn cuba pada tnya yang lebih tahu..