Remaja dan cinta, dua perkara yang bagaikan sudah
sebati. Rasa cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa
diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan
dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun
rasa "ajaib" itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu
disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya.
Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang, tidur
tak lena dibuatnya.
Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam
a.s. berasa kesunyian dan inginkan teman .Lalu Allah
ciptakan Siti Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak
cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa
terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang
dicintai.
Rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami
bercinta? Ya, rasa cinta memang tak salah. Ia adalah
fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap
manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan.
Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak
salah merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa
cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta
peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan
inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah
tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan
hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.
Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan
Allah. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila
kehendak semulajadi tidak-disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan
kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya, kerana
Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan
dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan
fitrah semulajadinya.
Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kemusnahan. Begitulah hubungan cinta. Cinta yang
terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam
kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan
sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah
banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang
membelakangkan Allah.
Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari
oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan
cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah
dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang
dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan
menyalahi syariat. Lebih banyak pelanggaran hukum
berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan
berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita
mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan
melenakan. Seteguk kita minum dari dari Cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa
dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga
seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang
dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain
kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta
cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika
seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa
bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta yang
terlarang. Hukum-Nya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan
kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan
sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram.
Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaaan begitu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itupun banyak
yang berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana
cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta
terlarang pun berbuah. Buah Yang pahit, masam dan
memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama
yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi
dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di
atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk
bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan
dikawal. Jika tidak, dengan kuasa ituakan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia
adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan
cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan kepada cinta
Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya
semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah
memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan
fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya.
Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan cinta itu dapat
memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dgn itu,
cinta antaral elaki dan perempuan mestilah diniatkan
untuk Allah.
Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin
itu lebih memudahkan seorang lelaki dan
perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah
bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama
ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan.
Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti
bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis
ini seburu namanya - Cinta Monyet!
Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta
tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak
ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak
ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan
sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan
merugikan. Maka, remaja tidak senarusnya mengeluh ,
"Cinta apa namaya ini jika tidak ada dating, perbualan
telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan,
kerlingan dan senyuman? Yakinlah, tidak ada keindahan
dengan melanggar peraturan Allah. Putus cinta dan
kecewa bercinta yg begitu dominan dalam kehidupan
remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang
disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal
disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak putus
tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala
peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua
itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu
keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdir-Nya,
cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat, suami
yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi
di syurga. Ketika itulah fitrah akan menjadi
anugerah...........................................
Jaga Iman, Hiasi Amal..

0 comments:
Post a Comment