- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Monday, September 13, 2010

Cinta Islamik


Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni Dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai Romantis semuanya adalah plastik atau tiada Pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas Lebih ke arah rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan.

sebab hakikat percintaan yang dibenarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yang bersyariatkan Islam. kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya.

jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip didalam Islam. oleh itu bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam?

cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan-peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating. malah org yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was-was dengan keupayaan untuk menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

malah org yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dan bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

semakin kerap berhubung akan menjadi semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. kerana atas dasar apa rindu yang teramat sangat? sedangkan hakikat rindu yang sebenarnya ialah rindukan Allah. org yang bagaimana dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar-benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak didalam lautan cinta yang memabukkan.

cinta berasaskan Islam ialah cinta kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli.

Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat didalam diri respondennya ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanan dan keutuhan dan pendirian responden.

jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina didalam dirinya daya tarikan ke arah cabaran-cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya.

maka tidak ada dua, tiga atau empat sikap jatuh cinta dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhuwah didalam percintaan yakni ikatan rumahtangga.

cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhuwah Islamiyah didalam pemantapan jasmani dan rohani. itulah cinta yang sebenar didalam Islam. bukan seperti sebahagian anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata-kata. sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguwasai respondennya. ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta.

sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh org yang dicintainya. tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati.

ada yang jadi baik dan bercakap baik-baik didepan org yang dicintainya. maklumlah org yang dicintai itu seorang yang beriman. tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain pulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu.

sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam , jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh didalam jerat percintaan yang tidak patut.

sebab ia lebih ke arah mengherat masalah baru. mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina.bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati . perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep berasaskan islam. uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka.

ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati didalam hati mereka sendiri. biarlah dikatakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan.

benarkah begitu? sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit didalam pendirian mahupun akhlak. bukan kah akhlak yang cantik terbina terbina dari didikan hati nurani iman yang cantik? bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik, iaitu apa? tentulah sekali dengan meminang wanita itu sebab wanita itu bukan calang-calang imannya tentulah terfikir di hati mereka "akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberi cintanya pada aku, akulah org yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah ta'ala" oleh itu kata-kata bidalan " berkawan biar beribu, bercinta biar satu" tidak begitu tepat didalam konteks Islam dan patut ditambah " bercinta biarlah untuk teman diakhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah didalam konteks perhubungan didalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

akhir kalam, hanya jauhari sahaja yang mengenal manikamnya yakni hanya org-org yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan org yang patut dicintainya kerana hanya org yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik di situ sudah menampakkan penilaiannya dimana jodoh yang baik adalah untuk org yang baik dan begitulah sebaliknya. kerana org yang tidak baik , tidak menyanggupi untuk hidup bersama org yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga .>> berkata Imam Nawawi:>> "aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah
cintaku padamu"..hayatilah....>>>


Artikel disahkan oleh Engku_Salina
http://www.ukhwah.com

0 comments: