KITA masih berada dalam bulan syawal maka marilah kita sama-sama bermuhasabah sejauh mana kita telah melaksanakan ibadat puasa sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
Puasa Ramadhan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk melahirkan golongan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:
"Mudah-mudahan kamu bertaqwa." (Surah al-Baqarah: 183)
Kita akan cuba memahami apakah makna dan ciri taqwa sebenarnya. Allah berfirman yang bermaksud:
"Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah al-Baqarah: 2)
Ayat ini menjelaskan tentang al-Quran menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. Siapakah orang yang bertaqwa? Dia dijelaskan dalam ayat berikutnya yang bermaksud:
"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "Dan orang-orang yang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhamad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan hari akhirat. "Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah yang berjaya." (Surah al-Baqarah: 2-6)
Melihat kepada ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa taqwa itu dapat dilahirkan dari keimanan kepada yang ghaib.Orang bukan Islam tidak nampak apa yang ghaib seperti malaikat, syurga, neraka, pahala dan dosa serta hari akhirat.Dalam pada itu orang yang bukan Islam semacam percaya juga dengan perkara ghaib. Contohnya orang hindu membakar mayat penganut mereka supaya seolah-olah mereka tidak lagi akan dibakar dalam api neraka.
Beriman dengan perkara yang ghaib merupakan suatu keistimewaan kepada orang Islam. Perkara ghaib berkenaan diimani bukan melalui penglihatan mereka tetapi melalui apa yang diceritakan dalam al-Quran dan melalui Rasululullah s.a.w.
Bagaimanapun amat sedikit orang yang boleh mencapai darjat ketaqwaan. Kita yakin puasa, sembahyang dengan menunaikannya mengikut apa yang diperintahkan tetapi sejauhmana ibadat yang dilakukan itu memenuhi tuntutan ketaqwaan kepada Allah, kita masih tidak mengetahuinya.
Ini kerana pahala dan dosa, kita tidak dapat melihatnya. Imbuhan atau elaun semua orang nampak.
Oleh itu ada orang yang sanggup bekerja kuat untuk mendapatkan elaun berkenaan kerana mereka nampak hasilnya.
Bagaimanapun oleh kerana pahala tidak nampak, ada juga hamba Allah yang tidak gemar bersolat di saf depan ketika di masjid dan surau sedangkan banyak pahala diperolehi jika bersolat di saf berkenaan.
Jika mengetahui banyak pahala diperolehi mereka yang bersolat jamaah, menjadi imam dan bilal, sudah pasti masjid dan surau kita tidak cukup luas untuk menampung kehadiran mereka setiap waktu solat.
Oleh itu cerita yang berkait dengan beriman kepada yang ghaib ini sukar dimengertikan oleh orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.
Sukar Mencari Orang Yang Menagakui Perkara Ghaib
Justeru sukar untuk mencari orang yakin dengan perkara yang ghaib. Kita diceritakan tentang bagaimana Abu Bakar as-Siddiq percaya dengan cerita Isra’ dan Mikraj yang disampaikan kepadanya oleh Rasulullah s.a.w.
Katanya, jika Muhamad menceritakan lebih dari itu beliau tetap mempercayainya kerana Muhamad adalah seorang yang benar.
Oleh itu ada orang bukan Islam cuba merakamkan apa yang berlaku dalam kubur apabila seseorang itu ditanam dalam liang lahad selepas meninggal dunia untuk menyiasat, benar atau tidak malaikat akan menyoal penghuni kubur.
Mereka tidak akan berupaya mendapatkan suara soalan malaikat kepada penghuni berkenaan.
Samalah juga dengan usaha seorang itu merakamkan apa yang dimimpikan seseorang ketika tidur.
Oleh itu orang bukan Islam sukar untuk mempercayai perkara ghaib. Kepercayaan kita kepada perkara ghaib termasuk syurga, neraka, dosa dan pahala mendorong kita untuk melakukan perkara yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Kita meninggalkan semua larangan agama untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. di samping takut kepada azabnya yang amat pedih lalu beriman kepada yang ghaib.
Kemudian orang yang beriman kepada yang ghaib itu sanggup menunaikan sembahyang. Solat jika dilihat dari segi adat dan zahirnya sahaja, orang Islam hanya dapat merasakan sejuk air sembahyang, basah pakaian dan mengambil masa tertentu untuk menunaikannya.
Kenapa mereka sembahyang juga? Ini kerana dengan solat mereka dapat menunaikan perintah Allah. Ketika mengerjakan sembahyang mereka mengharapkan keredhaan Allah dan melakukannya dengan sempurna.
Sandaran amalan ibadah kepada Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat Allah dan sekiranya tidak demikian dan memang kamu tidak dapat melihat-Nya maka kamu yakin bahawa Allah melihat kamu."
Jika kita yakin Allah melihat kita sudah pasti kita melakukan sembahyang tidak dengan sesuka hati kita.
Allah menyatakan bahawa orang yang bertaqwa juga menginfaqkan rezeki yag dikurniakan-Nya. Bermakna sebanyak manapun milik kita, milikan itu adalah hak kepunyaan Allah.
Oleh itu rezeki yang dikurniakan itu perlu dikira untuk zakat termasuk zakat perniagaan, pendapatan, fitrah, pertanian dan lain-lain.
Saya dapati kebanyakan orang yang lebih mudah mengeluarkan zakat ialah golongan petani. Mereka mengeluarkan 10 peratus dari hasil tuaian padi tanpa mengira untung atau rugi, cukup atau tidak hasil tuaian untuk menyara hidup mereka.
Bagaimanapun di kalangan orang yang berpendapatan tinggi gemar mengira untung rugi dan kos-kos tertentu sebelum mengeluarkan zakat. Sekiranya kita menggunakan harta benda yang dikurniakan Allah itu untuk tujuan kebaikan termasuk mengeluarkan zakat, memberi nafkah kepada anak isteri dan bersedekah maka amalan sedemikian menepati ciri-ciri orang yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.
Orang yang bertaqwa juga ialah orang yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w.
Al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. itu terkandung panduan dalam semua aspek kehidupan termasuk aqidah, syariah, akhlak, ekonomi, sosial dan politik.
Inilah ciri-ciri amalan orang yang bertaqwa. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabatnya.
"Apakah amalan yang paling afdhal?" Rasulullah s.a.w. menjawab yang bermaksud:
"Amalan yang paling afhdal ialah beriman kepada Allah dan berjihad menegakkan agama Allah."
Ia senang disebut tetapi untuk mempraktikkannya memerlukan kepada ketabahan dan ketaqwaan yang tinggi.
Paling mudah sebagai penjelasan ialah bagaimana keimanan dan ketaqwaan itu boleh dilaksanakan untuk maslahah umum seperti mengadakan tempat wudhuk kaum muslimat yang terlindung dari pandangan umum.
Apakah imam, bilal, siak atau arkitek yang merangka pelan pembinaan masjid melaksanakan kewajipan mewujudkan tempat wudhuk sedemikian?
Ada setengah masjid tidak menghayati ciri keimanan dan sifat-sifat taqwa apabila mendedahkan tempat wudhuk perempuan untuk tuntunan orang ramai.
Walaupun soal aurat merupakan soal peribadi tetapi ada kalanya ia menjadi kewajipan pihak berwajib menjaganya seperti pihak berkuasa sendiri. Bagaimana aurat muslimat dapat dijaga jika tempat wudhuk perempuan dipertuntunkan kepada khalayak ramai?
Oleh itu arkitek yang mencipta pelan tempat mengambil wudhuk perlu mengerti bagaiamana caranya beriman kepada Allah.
Mereka juga yakin dengan hari akhirat. Yakin dengan hari itu bermakna kita tidak berani meletakkan diri dalam kumpulan yang menerima azab dari Allah S.W.T.
Jika kita membaca bab azab, secebis api neraka jika jatuh di atas bukit nescaya ia akan hancur luluh.
Kita membaca bab azab kubur pula, bagaimana seekor ular besar yang kepalanya botak mematuk penghuni kubur yang setitik bisanya boleh menghancurkan dunia dan isinya.
Oleh itu Imam Syafie bermunajat:
"Aku tidak layak menjadi penghuni syurga-Mu, tetapi aku juga tidak mampu menanggung azab neraka-Mu yang amat pedih."
Justeru tidak ada peluang untuk sesiapapun, berada di tempat perantaraan antara syurga dan neraka di hari akhirat untuk tidak menghadapi keadaan itu. Begitu juga tiada kompromi antara Islam dan bukan Islam dari segi prinsipnya.
Ada kalanya seseorang itu dikenali sebagai orang Islam tetapi perangai seperti bukan Islam. Oleh itu keyakinan kepada hari akhirat akan menjadikan kita golongan bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T.
Jika di dunia kita tidak mahu di penjara, ditukar jawatan atau diturunkan pangkat begitu juga di akhirat kita tidak mahu menjadi muflis sehingga kita dihumbankan ke dalam neraka.
Apabila ditanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang siapakah golongan muflis itu. Rasulullah menyatakan bahawa muflis itu ialah seseorang yang datang bertemu Allah dalam keadaan dosa, hutang, fitnah dan maksiat kepada orang lalu orang-orang berkenaan menuntut semuanya dari hamba itu.
Apabila tidak berupaya menjelaskan segala tuntutan orang berkenaan si hamba itu akan menanggung dosa mereka sebagai balasannya.
Apabila manusia yakin dengan hari akhirat sudah pasti dia akan menjadi baik. Manusia takut membuat dosa kerana takut kemurkaan Allah di hari akhirat kelak sebagaimana di dunia ini orang takut bawa kenderaan laju kerana takut disaman polis.
Kita tidak mahu rugi di akhirat. Oleh itu kita mesti jaga diri kita dari menerima kerugian di hari akhirat.
Orang sedemikian adalah orang yang mendapat hidayah daripada Tuhannya dan orang-orang yang berjaya. Berjaya di dunia hingga sanggup meninggalkan segala larangan Allah dan melakukan apa juga arahan Allah dan Rasul-Nya.

0 comments:
Post a Comment