- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Thursday, June 17, 2010

Salahkah Bercinta?!


Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?,tidak, bercinta memang tidak salah justeru Ia adalah fitrah tabi’e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri(instinct) setiap manusia

Namun Allah tidak kurnikan rasa cinta secara polos begitu sahaja.jesteru,dia juga telah mencipta peraturan cinta demi manjga kemurniannya

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana Allah mencintai manusia.Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dlm memenuhi keinginan fitrah tabienya.keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kerosakan

Sungguh, Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hokum-Nya dilanggar tanpa rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.Tangan kekasih dipegang walaupan jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-dua ditempat sunyi walapun sudah diperingtkan nabi bahawa dalam keadan begitu syaitan adalah pihak ketiga.

Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Bukamkah pada waktu itu kita seolah-olah betuhankan cinta benarlah firman Allah yang sering mengingatka

Apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang memptuhankan hawa nafsunya”(Al-Jatsiah 45: 23)

cinta suci tanpa racun

Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan_tidak mungkin Dian akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri,sebalinya dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terselah

Allah maha mengetahui dan maha menyayangi. Segala peraturan-peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya

Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung kea lam syurga.” Suami soleh dan isteri solehah akan becinta lagi di syurga-tempat pertama yang melahirkan cinta! Cinta Nabi Adam dan siti hawa

Kata lagu lama” rasa cinta pasti ada….pada makhluk yang bernyawa.” Itu betul. Tetapi “sejak lama sampai kini;;;; tetap suci dan abadi” itu belum tentu. Sebabnya? Cinta pada masa kini banyak yang tak suci lagi, apalagi untuk abadi…cinta abadi hanya ada di syurga

Couple

Trend bercouple yang kini sudah jadi budaya. Budaya itu semacan dianggap betul. Ramai yang terlibat. Masyarrakat sekrang semacam sudah biasa dan lali denganya. Apa tidaknay, kalau diperhatikan dengan mata kasar sahaja, budaya berpasangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram ini

sudah diterima sebagai suatu yang trendy di kalangan para remaja. Seseengah ibu bapa pula dengan rela dan suka menbenarkan anak-anaknya ‘ bercouple’. Itu sebagai tanda ‘ sporting. Jika tidak, terasa ketinggalan zaman pula

belangkas

cara hidup belangkas, berjalan bersama, makan bersama dan lain-lain lagi secara bersama anatara lelaki dengan perempuan yang belum bernikah ini, sudah dirasakan satu dosa. Majoriti sudah melakukanya. Bukan sahaja dalam reality kehidupan, malah apa yang terpampang dalam media massa pun menggambarkan bertapa beluluasnya budaya hidup ini. Kia lupa peringatan Allah:

Dan jika kamu mengikut sebahagian besar umat Manusia diatas muka bumi ini nescaya kamu akan disesatkan dari jalan Allah” (Al An’aam 6:16)

Gaya hidup berpasangan ini diperagakan secara meluas dalam ikalan-iklan.

Sedar diri

Kita harus malu kepada Allahdan diri kita sendiri juga, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang lucu juga bila mendengar cerita betapa ada pemuda yang tunggang langgang hidupnya di Bandar, kaki botol, berpelesaran, bejudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi bila hendak berumahtanggan minta ibu carikan wanita solehaha di kampung. Maaf

perempuan- perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lekai yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-permpuan yang baik (An-Nur 24:26)

Jadi lah soleh untuk mendapat solehah
Jadi la solehah untuk mendapat soleh

Cinta indah selepas nikah

Lebih indahkah cinta selepas perkahwinan? Di mana lagi hendak ditemui debaran dan keasyikan ‘dating ‘ ketika hanpir setipa masa bersama? Bgaimna pula hendak dirasakan keindahan lirikan mata dan kemanisan senyuman jika setipa hari berpandangan? Usah di sbut lagi tentang candle light atau surat cinta . semuanya sekan telah tawar dan hambar selepas kahwin bagi orang yang couple

Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah?

Mungkin ramai yang akan menjawab Ya,memmang benar .walapun tidak disuarakan

Cuba kita renungkan…. Hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keisitimewaan dan lessen seperti cinta selepas kahwin. Ruangya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan kecintaan, ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan boleh menghampirinya, bergaul bebas, bekhalwat (berdua-dua), memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya adalah dilarang. Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina , disengajakan atau tidak. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih saying) sudah betukar menjadi kehendak seks semata-mata.

0 comments: