- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Monday, July 25, 2011

Bukti Kewujudan Allah!!


Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

5 comments:

zamira said...

Izinkan saya berkongsi dgn rakan2 saya tentang kisah ini yer..saya akan link ke laman anda..terima kasih.. =)

highest^love said...

sila2..xperlu link pun tak apa..aslkn dakwah terus melaju..

Anonymous said...

Hm... sebagai seorang muslim, saya tidak rasa pelajar itu tidak memahami beberapa perkara. Sila lihat ini:

1. Tidak ada yang dipanggil sejuk.

Pelajar tersebut mengatakan tiada perkara yang dipanggil sejuk. Dia menjelaskan bahawa terdapat beberapa peringkat kepanasan, seperti panas sedikit, panas teramat ataupun tiada kepanasan. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepanasan, hanyalah ketiadaan kepanasan.

Refutasi:

Dia tidak mempedulikan konsep dan esen/intipati kepanasan. Memang benar terdapat beberapa peringkat kepanasan yang berbeza, namun semua peringkat itu termasuk di dalam kategori "kepanasan". Apabila tiada sedikit pun kepanasan, ia tersingkir daripada kategori kepanasan. Sejuk adalah berlawanan kepada kepanasan, dan kita merasainya apabila berlaku stimulasi di reseptor kesejukan "cold receptor". Ini hanya berlaku jika terdapat sesuatu yang berada dalam kategori "kesejukan" mengakibatkan kita berasa sejuk. Maka, sejuk dan panas itu ada, dan sejuk dan panas itu berlawanan kerana dua-dua itu termasuk ke dalam kategori "suhu". Dari segi ukuran, dua-dua itu bertentangan. Walaupun mungkin sesetengah orang mempunyai rasa sejuk dan panas yang berbeza terhadap sesuatu benda, kerana suhu ini relatif, hakikatnya adalah sejuk dan panas itu ada, dan mereka berlawanan.

2. Tiada yang pernah memerhatikan evolusi, dan skeptikal terhadap pengetahuan professor.

Dia mengatakan tiada siapa yang pernah memerhatikan evolusi, dan professor hanya mengajar pendapatnya sahaja. Dia bertanyakan yang adakah professor ini saintis.

Refutasi:

Evolusi pernah diperhatikan. Contohnya ada yang membuat eksperimen, mereka meletakkan sejenis populasi cicak(lebih kurang) di sebuah pulau. Apabila mereka pergi semula ke pulau itu 30 tahun yang depan, mereka mendapati terdapat perubahan dalam cara pemakanan dan badan mereka. Itu adalah satu contoh evolusi. Dan mereka bukan sahaja membuat andaian, mereka menggunakan bukti fosil, genetik, dna, taburan haiwan, pembandingan anatomi dan lain-lain. Analogi: Detektif tidak pernah menyaksikan pembunuhan, tetapi tidak masuk akal jika kita kata tidak ada pembunuhan, kerana kita tidak melihatnya. Termasuk juga professor tersebut atau sesiapa pun tidak perlu menjadi saintis untuk memahami teori-teori saintifik. Kita faham hukum dan teori graviti, tetapi kita bukan saintis.

3. Lain-lain...

Otak professor tidak boleh dialami pancaindera, sains tidak boleh memahami minda atau roh serta elektrik.

Refutasi:

Otak professor tidak boleh dilihat? Boleh, walaupun tidak pernah. Kita tahu dalam badan kita ada arteri dan vena meskipun tidak pernah menghidu atau melihatnya. Arteri dan vena "dipercayai" kerana terdapat bukti. Saintis pernah melakukan kajian seperti pembedahan badan, lengan atau otak. Jantung itu ada, kita tidak nampak. Walaupun begitu, itu semua wujud. Saintis tidak boleh memahami roh dan minda kerana roh bukanlah sesuatu yang boleh diukur. Meskipun begitu, saintis ada idea mengenai minda dan roh kita, seperti yang dikaji neurologis. Sains tidak memahami semua perkara seperti elektrik dan magnet, tetapi itu tidak bermakna apa-apa, cuma yang kita tidak faham lagi. Banyak misteri dalam sains yang tengah cuba dibongkarkan.

afzan arahim said...


The young man's name was ALBERT EINSTEIN

Anonymous said...

sejuk 2 ilusi..yg dimaksudkn sejuk kt sni bukan sejuk relatif tp sejuk kerana ketiadaan haba..smpai 1 tahap tiada tenaga lansung
maka tiada penurunan haba lg masih belum dikira sejuk malah dikira keadaan neutral atau 0 temperature sebenar kerana itu keadaan asal yg belum diberi tenaga/haba..