- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Saturday, September 18, 2010

Kristal Kristal

Salam dan setulus kasih
buat pembaca budiman,

Telah sekian lama Kak Nila tidak berkata-kata. Di Editorial, Kak Nila dan krew sibuk sahaja menata manuskrip. Faham sahajalah kalau musim cuti datang bertimpa-timpa, memang teruk mengejar dateline. Mana dengan hendak pastikan pencetak sempat siap sebelum pengedar angkat bendera putih tanda sudah habis waktu mengedar. Yalah sebab lori dilarang ‘berjalan’ waktu cuti umum.

Alhamdulillah, sempat juga ‘kita orang’ siapkan slot kedua bulan Ogos, novel penulis muda, MISDHIAZ. Ceritanya semanis orangnya, dengan bahasa tersusun cermat. Membaca ceritanya, membuat Kak Nila terkenang buku-buku CESB zaman Kak Nila masih muda-muda. Sekalung tahniah untuk anak kelahiran Kuala Pilah ini. Moga pembaca puas dengan nukilannya.


ISBN: 978-967-5118-45-6
Harga: RM17.00 (Sem. M'sia)/RM20.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 27 Ogos 2010 (dengan diskaun 20%)

Someone! Someone tu siapa? Someone to love... is DR Luv...
Kasih Iris Arshad!

Nama itu terlalu istimewa; buat dia nanar suatu waktu dulu! Lalu nota-nota perak dia titipkan buat memecah 'rasa' si gadis. Momen indah itu selayaknya tercipta dengan kelainan yang abadi. Biarpun si gadis tidak mampu untuk dimiliki.

Silapnya dia terlalu bergantung pada naluri. Silapnya dia membiarkan gadisnya terus meneka dalam kesamaran. Masihkah ada sisa waktu untuk mereka?

Aduhai hati,

Murahkah cintanya selama ini, miskinkah sayangnya pada dia? Atau dia sudah lelah menunggu? Lalu, akhirnya dia harus bagaimana?

DR Luv...

Suka itu tak semestinya cinta. Sayang itu tak semestinya kasih. Kepastian adalah tunggak segala penantian. Aku sedia menunggumu sehingga terbuka kata. Kalau cinta, lafazkanlah!

Kristal. Kristal. masih bergaung dalam hiba saat mencari suatu petanda untuk bahagia Kenapa dia harus suka dalam duka?

* * *

MISDHIAZ membongkar cinta daripada sanggar hatinya. MISDHIAZ membiarkan Kasih Iris mencorakkan dan mewarnakan Kristal Kristal mengikut gerak hati seorang perempuan yang ditinggalkan.

Oh ya, Kak Nila juga hendak menghebahkan yang empat buah buku baharu menunggu anda J di pasaran. Memandangkan harga pos meningkat, apa kata adik-adik pesan keempat-empat sekali gus ahaks :p Tak apalah, ‘alah membeli menang memakai, kan?’



Ogos

- Antara Safa dan Marwah [Ismad Astar]

- Kristal Kristal [Misdhiaz]

September

- 26 Episod Gosip [Haswida Abu Bakar]

- Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? [Manjlara]

Jangan lupa, slogan Kak Nila sekarang ini: JS... pembuka selera membaca anda...!

Ramadan kali ini, seperti tahun yang lalu juga... jadual kerja Kak Nila padat, sampai tidak sempat berhai-hai dengan adik-adik pun. Pada kesempatan ini Kak Nila ingin ucapkan selamat menyambut Syawal yang bakal menjelang. Krew JS ingin mohon maaf zahir dan batin, atas segala yang terkasar bahasa bicara, tersalah tingkah pekerti... ketika pihak kami berurusan dengan saudara/saudari. Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Ramadan tahun depan. Amin. *peace*

Salam sayang daripada,

Kak Nila & Kak Ajah
Inche Metafora serta warga JS

-------------------------------------------

0 comments: