[Fatwa as-Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin].
Soalan:
Apakah pandangan agama tentang perhubungan wanita dengan lelaki sebelum berkahwin?
Jawapan:
Soalan orang yang bertanya adalah mengenai mereka yang belum berkahwin. Jika seseorang wanita itu mempunyai niat hendak berkahwin, kemudian melakukan akad nikah dan dia belum melakukan persetubuhan dengan suaminya, maka perbuatan perhubungan dengan suaminya itu tidak mengapa. Dengan sebab adanya akad nikah, wanita itu sudah menjadi seorang isteri sekalipun belum berlakunya perlakuan persetubuhan.
Adapun keadaan seseorang yang belum berakad nikah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum bertunang lagi, perkara itu adalah diharamkan dan tidak diharuskan. Seseorang lelaki ajnabi tidak diharuskan untuk berseronok-seronok bersama seseorang wanita ajnabiah. Lelaki ajnabi dan wanita ajnabiah tidak boleh berbual-bual, tidak boleh saling pandang-memandang dan tidak boleh berdua-duaan. Sesungguhnya sudah pasti daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda yang bermaksud, "Seseorang lelaki sungguh tidak boleh bersunyi-sunyian dengan seorang wanita kecuali bersama dengan mahram. Seseorang wanita tidak boleh bermusafir melainkan bersama mahramnya."
Kesimpulannya, sekiranya keadaan perlakuan mereka ini selepas mereka melakukan akad nikah, maka tidak mengapa. Seseorang lelaki masih lagi diharamkan untuk berinteraksi secara bebas dengan wanita yang masih lagi ajnabiah baginya.

0 comments:
Post a Comment