Hizbut Tahrir
Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan ber¬sama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah dalam realiti kehidupan.
Hizbut Tahrir merupakan organisasi politik, bukan organisasi kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kema-syarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kelangsungan kelom¬poknya.
Latar Belakang Berdirinya
Hizbut Tahrir didirikan dalam rangka memenuhi seruan Allah SWT:
Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum kufur serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir bermaksud juga membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi sehingga hukum yang diturunkan Allah SWT dapat diterapkan kembali.
Tujuan
Hizbut Tahrir bertujuan melanjutkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'. Pandangan hidup yang akan menjadi pedoman adalah halal dan haram, di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh se¬orang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kita¬bullah dan Sunnah Rasul-Nya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad. Di samping itu Hizbut Tahrir bertujuan membangkitkan kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui pola pemikiran yang cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk me¬ngembalikan posisi umat seper ti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini. Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya ¬yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hizbut Tahrir bertujuan pula untuk me¬nyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.
Kegiatan
Kegiatan Hizbut Tahrir adalah mengembang dakwah Islam untuk mengubah keadaan masya¬rakat yang rosak menjadi masyarakat Islam. Hal ini dilakukan dengan mengubah idea-idea rosak yang ada menjadi idea-idea Islam, sehingga idea idea ini menjadi pendapat umum di tengah-tengah masyarakat serta menjadi persepsi bagi mereka. Selanjutnya persepsi ini akan mendorong mereka untuk merealisasikan dan menerapkannya sesuai dengan tuntutan Islam.
Juga dengan mengubah perasaan yang dimiliki anggota masyarakat menjadi perasaan Islam -yakni redha terhadap apa yang diredhai Allah, marah dan benci terhadap apa yang di¬murkai dan dibenci oleh Allah- serta mengubah hubungan/interaksi yang ada dalam masyarakat menjadi hubungan/interaksi yang Islami, yang berjalan sesuai dengan hukum-hukum dan pe¬mecahan-pemecahan Islam.
Hizbut Tahrir telah muncul dan berkembang, kemudian menyebarluaskan aktiviti dakwahnya di negeri-negeri Arab mahupun sebahagian besar negeri-negeri Islam lainnya.
Seluruh kegiatan yang dilakukan Hizbut Tahrir bersifat politik. Maksudnya adalah bahawa Hizbut Tahrir memperhatikan urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum serta pemecahannya secara syar'i. Kerana yang dimaksud politik adalah mengurus dan memelihara urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum Islam dan pemecahan-pemecahannya.
Kegiatan-kegiatan yang bersifat politik ini tampak jelas dalam aktivitinya dalam mendidik dan membina umat dengan tsaqafah (ilmu) Islam, meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari aqidah-aqidah yang rosak, pemikiran-pemikiran yang salah serta persepsi-persepsi yang keliru, sekaligus membebaskannya dari pengaruh idea-idea dan pandangan-pandangan kufur.
Kegiatan politik ini tampak juga dalam aspek pertarungan pemikiran (as-shiro'ul fikri) dan dalam perjuangan politiknya (al-kifahus siyasi). Pertarungan pemikiran terlihat dalam penentangannya terhadap idea-idea dan peraturan -peraturan kufur. Hal itu tampak pula dalam pe¬nentangannya terhadap idea-idea yang salah, aqidah-aqidah yang rosak atau persepsi-persepsi yang keliru dengan cara menjelaskan kerosakannya, menampakkan kekeliruannya, dan menjelaskan ketentuan hukum Islam dalam masalah tersebut.
Adapun perjuangan politiknya, terlihat dari penentangannya terhadap kaum kafir imperialis untuk memerdekakan umat dari belenggu dominasinya, membebaskan umat dari ceng¬kaman pengaruhnya, serta mencabut akar¬akarnya yang berupa pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi, mahupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam.
Perjuangan politik ini juga tampak jelas dalam kegiatannya menentang para penguasa, mengungkap pengkhianatan dan persekongkolan mereka terhadap umat, melancarkan kritikan, mengawasi dan membetul mereka serta berusaha menggantinya tatkala mereka mengabaikan hak-hak umat, tidak menjalankan kewajibannya terhadap umat, melalaikan salah satu urusan umat atau menyalahi hukum-hukum Islam.
Seluruh kegiatan politik itu dilakukan tanpa menggunakan cara-cara kekerasan samada fizikal/sen¬jata, sesuai dengan jejak dakwah yang dicontoh¬kan Rasulullah SAW.
Jadi kegiatan Hizbut Tahrir secara kese¬luruhan adalah kegiatan yang bersifat politik, baik sebelum mahupun sesudah mengambil alih pemerintahan (melalui umat).
Kegiatan Hizbut Tahrir bukan di bidang pendidikan, kerana ia bukanlah madrasah (sekolah). Begitu pula seruannya tidak hanya bersifat nasihat-nasihat dan petunjuk-petunjuk. Kegiatan Hizbut Tahrir bersifat politik, iaitu dengan cara mengemukakan idea-idea (konsep-konsep) Islam beserta hukum-hukumnya untuk dilaksanakan, dikembang dan diterapkan dalam kenyataan hidup dan pemerintahan.
Hizbut Tahrir mengembang dakwah Islam agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyyah menjadi dasar negara, dasar perlembagaan dan sistem perundangan kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan aturan untuk memecahkan problematika manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.
Metod Dakwah
Metod yang ditempuh Hizbut Tahrir dalam mengembang dakwah adalah hukum-hukum syara' yang diambil dari thariqah (metod) dakwah Rasulullah SAW, sebab thariqah itu wajib diikuti. Sebagaimana firman Allah SWT:
Dan banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan dakwah Rasulullah SAW, menjadikan beliau suri teladan dan mengambil ketentuan hukum dari beliau.
Berkenaan kaum muslimin yang waktu ini hidup di Darul Kufur ketika ini kerana diterapkan atas mereka hukum-hukum kufur yang tidak diturunkan Allah SWT maka keadaan negeri mereka serupa dengan Mekah ketika Rasulullah SAW diutus (menyampaikan risalah Islam). Oleh itu fasa Mekah wajib dijadikan sebagai tempat berpijak dalam mengembang dakwah dan meneladani Rasulullah SAW.
Dengan mendalami sirah Rasulullah SAW di Mekah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyyah di Madinah, akan nampak jelas beliau menjalani dakwahnya dengan beberapa peringkat yang sangat jelas ciri-cirinya. Beliau melakukan kegiatan-kegiatan tertentu yang nampak dengan nyata tujuan-tujuannya. Dari sirah Rasulullah SAW inilah Hizbut Tahrir mengambil metod dakwah dan tahapan-tahapannya, berserta kegiatan-kegiatan yang harus dilakukannya pada seluruh tahapan ini, kerana Hizbut Tahrir mencontohi kegiatan-kegiatan yang dilakukan Rasulullah SAW dalam seluruh tahapan perjalanan dakwahnya.
Berdasarkan sirah Rasulullah SAW tersebut, Hizbut Tahrir menetapkan metod perjalanan dakwahnya dalam 3 (tiga) tahapan berikut :
Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At-Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mem¬percayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.
Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'a Al-Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajipan dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
Ketiga, Tahapan Pengambil-alihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al-Hukm), yang dilaksana¬kan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia.
Landasan Pemikiran
Hizbut Tahrir telah melakukan pengkajian, penelitian dan pengkajian terhadap umat, ter¬masuk kemerosotan yang dideritainya. Kemudian membandingkannya dengan keadaan yang ada pada masa Rasulullah SAW, masa Khulafa ar-Rasyidin dan masa generasi Tabi'in. Selain itu juga merujuk kembali sirah Rasulullah SAW dan tata cara mengembang dakwah yang beliau lakukan sejak permulaan dakwahnya, hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah. Dipelajari juga perjalanan hidup beliau di Madinah. Tentu saja, dengan tetap merujuk kepada Kitabullah, Sunnah Rasul-Nya, serta apa yang ditunjukkan oleh dua sumber tadi, iaitu Ijma’ Sahabat dan Qiyas. Selain itu juga tetap berpedoman pada ungkapan-ungkapan mahupun pendapat-pendapat para Sahabat, Tabi'in, dan imam-imam dari kalangan Mujtahidin.
Setelah melakukan kajian secara me¬nyeluruh itu, maka Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan fikrah dan thariqah. Semua idea, pendapat dan hukum yang dipilih dan ditetapkan Hizbut Tahrir hanya berasal dari Islam. Tidak ada satupun yang bukan dari Islam. Bahkan tidak dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak bersumber dari Islam.
Hizbut Tahrir telah memilih dan mene¬tapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum¬-hakam tersebut sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk melaksanakan kembali kehidupan Islam serta mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-¬idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet, mahupun nasyrah-nasyrah yang diterbitkan dan disebarluaskan kepada umat. Buku-buku itu, antara lain:
Keanggotaan
Hizbut Tahrir menerima keanggotaan setiap orang Islam, baik lelaki mahupun wanita tanpa memperhatikan lagi adakah mereka keturunan Arab atau bukan, berkulit putih ataupun hitam. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti untuk seluruh kaum muslimin dan menyeru mereka untuk mengembang dakwah Islam serta mengambil dan menetapkan seluruh aturan-aturan Islam, tanpa memandang lagi kebangsaan, warna kulit, mahupun mazhab mereka. Hizbut Tahrir melihat semuanya dari pandangan Islam.
Cara mengikat individu-individu ke dalam Hizbut Tahrir adalah dengan memeluk Aqidah Islamiyyah, matang dalam Tsaqafah Hizbut Tahrir serta mengambil dan menetapkan idea-idea dan pendapat-pendapat Hizbut Tahrir. Dia sendirilah yang mengharuskan dirinya menjadi anggota Hizbut Tahrir, setelah sebelumnya ia melibatkan dirinya dengan (pembinaan dan aktiviti dakwah) Hizbut Tahrir ketika dakwah telah berinteraksi dengannya dan ketika dia telah mengambil dan menetapkan idea-idea serta mafahim Hizbut Tahrir. Jadi ikatan yang dapat mengikat anggota Hizbut Tahrir adalah Aqidah Islamiyyah dan Tsaqafah Hizbut Tahrir yang terlahir dari aqidah ini. Halaqah-halaqah (pem¬binaan) wanita dalam Hizbut Tahrir terpisah dengan halaqah laki-laki. Yang memimpin halaqah-halaqah wanita adalah para suami, mahramnya atau para wanita.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya [TMQS Ali-Imran [3]: 104)

﴿ لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَان َ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا﴾
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). [TMQ Ali Imran, 3: 31]
﴿ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴾
Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). [Surah Al Hasyr, 59: 7]
Dan banyak lagi ayat lain yang menunjukkan wajibnya mengikuti perjalanan dakwah Rasulullah SAW, menjadikan beliau suri teladan dan mengambil ketentuan hukum dari beliau.
Berkenaan kaum muslimin yang waktu ini hidup di Darul Kufur ketika ini kerana diterapkan atas mereka hukum-hukum kufur yang tidak diturunkan Allah SWT maka keadaan negeri mereka serupa dengan Mekah ketika Rasulullah SAW diutus (menyampaikan risalah Islam). Oleh itu fasa Mekah wajib dijadikan sebagai tempat berpijak dalam mengembang dakwah dan meneladani Rasulullah SAW.
Dengan mendalami sirah Rasulullah SAW di Mekah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyyah di Madinah, akan nampak jelas beliau menjalani dakwahnya dengan beberapa peringkat yang sangat jelas ciri-cirinya. Beliau melakukan kegiatan-kegiatan tertentu yang nampak dengan nyata tujuan-tujuannya. Dari sirah Rasulullah SAW inilah Hizbut Tahrir mengambil metod dakwah dan tahapan-tahapannya, berserta kegiatan-kegiatan yang harus dilakukannya pada seluruh tahapan ini, kerana Hizbut Tahrir mencontohi kegiatan-kegiatan yang dilakukan Rasulullah SAW dalam seluruh tahapan perjalanan dakwahnya.
Berdasarkan sirah Rasulullah SAW tersebut, Hizbut Tahrir menetapkan metod perjalanan dakwahnya dalam 3 (tiga) tahapan berikut :
Pertama, Tahapan Pembinaan dan Pengkaderan (Marhalah At-Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mem¬percayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.
Kedua, Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'a Al-Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajipan dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
Ketiga, Tahapan Pengambil-alihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al-Hukm), yang dilaksana¬kan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia.
Landasan Pemikiran
Hizbut Tahrir telah melakukan pengkajian, penelitian dan pengkajian terhadap umat, ter¬masuk kemerosotan yang dideritainya. Kemudian membandingkannya dengan keadaan yang ada pada masa Rasulullah SAW, masa Khulafa ar-Rasyidin dan masa generasi Tabi'in. Selain itu juga merujuk kembali sirah Rasulullah SAW dan tata cara mengembang dakwah yang beliau lakukan sejak permulaan dakwahnya, hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islamiyah di Madinah. Dipelajari juga perjalanan hidup beliau di Madinah. Tentu saja, dengan tetap merujuk kepada Kitabullah, Sunnah Rasul-Nya, serta apa yang ditunjukkan oleh dua sumber tadi, iaitu Ijma’ Sahabat dan Qiyas. Selain itu juga tetap berpedoman pada ungkapan-ungkapan mahupun pendapat-pendapat para Sahabat, Tabi'in, dan imam-imam dari kalangan Mujtahidin.
Setelah melakukan kajian secara me¬nyeluruh itu, maka Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum yang berkaitan dengan fikrah dan thariqah. Semua idea, pendapat dan hukum yang dipilih dan ditetapkan Hizbut Tahrir hanya berasal dari Islam. Tidak ada satupun yang bukan dari Islam. Bahkan tidak dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak bersumber dari Islam.
Hizbut Tahrir telah memilih dan mene¬tapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum¬-hakam tersebut sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk melaksanakan kembali kehidupan Islam serta mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia iaitu dengan mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-¬idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet, mahupun nasyrah-nasyrah yang diterbitkan dan disebarluaskan kepada umat. Buku-buku itu, antara lain:
- Nizhamul Islam (Peraturan Hidup dalam Islam)
- Nizhamul Hukmi fil Islam (Sistem Pemerintahan datam Islam)
- Nizhamul Iqtishadi fil Islam (SistemEkonomi dalam Islam)
- Nizhamul /jtimo'iy fil islam (Sistem Pergaulan dalam Islam)
- At-Takattul al-Hizbiy (Pembentukan Parti Politik)
- Mafahim Hizbut Tahrir (Pokok-pokok Pikiran Hizbut Tahrir)
- Daulatul Islamiyah (Negara Islam)
- Al-Khilafah (Sistem Khilafah)
- Syakhshiyah Islamiyah - 3 jilid (Membentuk Kepribadian Islam)
- Mafahim Siyasiyah li Hizbut Tahrir (Pokok-¬pokok Fikiran Politik Hizbut Tahrir)
- Nadharat Siyasiyah li Hizbut Tahrir (Beberapa Pandangan Politik Hizbut Tahrir)
- Kaifa Hudimatil Khilafah (Persekongkolan Meruntuhkan Khilafah)
- Siyasatu al-Iqtishadiyah al-Mutsla (Politik Ekonomi yang Agung)
- Al-Amwal fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah)
- Nizhamul 'Uqubat fil Islam (Sistem Sanksi Peradilan dalam Islam)
- Ahkamul Bayyinat (Hukum-hukum Pembuktian)
- Muqaddimatu ad-Dustur (Pengantar Perlembagaan Negara Islam)
Keanggotaan
Hizbut Tahrir menerima keanggotaan setiap orang Islam, baik lelaki mahupun wanita tanpa memperhatikan lagi adakah mereka keturunan Arab atau bukan, berkulit putih ataupun hitam. Hizbut Tahrir adalah sebuah parti untuk seluruh kaum muslimin dan menyeru mereka untuk mengembang dakwah Islam serta mengambil dan menetapkan seluruh aturan-aturan Islam, tanpa memandang lagi kebangsaan, warna kulit, mahupun mazhab mereka. Hizbut Tahrir melihat semuanya dari pandangan Islam.
Cara mengikat individu-individu ke dalam Hizbut Tahrir adalah dengan memeluk Aqidah Islamiyyah, matang dalam Tsaqafah Hizbut Tahrir serta mengambil dan menetapkan idea-idea dan pendapat-pendapat Hizbut Tahrir. Dia sendirilah yang mengharuskan dirinya menjadi anggota Hizbut Tahrir, setelah sebelumnya ia melibatkan dirinya dengan (pembinaan dan aktiviti dakwah) Hizbut Tahrir ketika dakwah telah berinteraksi dengannya dan ketika dia telah mengambil dan menetapkan idea-idea serta mafahim Hizbut Tahrir. Jadi ikatan yang dapat mengikat anggota Hizbut Tahrir adalah Aqidah Islamiyyah dan Tsaqafah Hizbut Tahrir yang terlahir dari aqidah ini. Halaqah-halaqah (pem¬binaan) wanita dalam Hizbut Tahrir terpisah dengan halaqah laki-laki. Yang memimpin halaqah-halaqah wanita adalah para suami, mahramnya atau para wanita.
4 comments:
Hizbut Tahrir Berakidah Qadriyah dan muktazilah dan mnyesatkan Ahlim sunnah wal jamaah. hindari mereka
Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.
berhati hati dgn hizbut tahrir.. mereka bukan perfahaman ahli sunnah..
download sini..
http://www.al-azim.com/masjid/seminar/pemantapan_aqidah/Ancaman%20Dan%20Penentangan%20Terhadap%20Aqidah%20Ahli%20Sunnah%20Wal%20Jama%27ah.pdf
H.T adalah suatu perjuangan berlandaskan sunnah rasulullah dari segi politik yang membawa seluruh kehidupan kaum muslimin seperti di zaman kekhalifaan ustmania. HT membina akar mentaliti dan cara hidup yang sebenar kaum muslim.
Post a Comment