- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Thursday, July 1, 2010

Mubaligh Kristian mahu murtadkan penduduk Iraq


WASHINGTON: Dua pertubuhan mubaligh Kristian terkemuka Amerika Syarikat mendedahkan mereka hanya menunggu lampu hijau untuk memasuki Iraq dan memurtadkan penduduk Islam di negara itu yang kini diserang Washington dan sekutunya.

Konvensyen Baptist Selatan Amerika, pertubuhan Protestan terbesar Amerika dan Pertubuhan Paderi Franklin Graham Samaritan Purse berkata pekerja mereka kini sudah menunggu di sempadan Iraq di Jordan dan akan masuk sebaik keadaan mengizinkan.

Demikian dilaporkan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Amerika Syarikat, Indymedia.

Graham, anak pendakwah Kristian popular Amerika Billy Graham, sememangnya terkenal dengan sikap kerasnya terhadap Islam termasuk menggelar Islam ‘agama paling kejam dan syaitan’ dalam temubual dengan stesen televisyen NBC, dua bulan selepas 11 September, 2001.

Presiden George W Bush, penganut Kristian sememangnya rapat dengan Graham yang melakukan upacara agama sempena pelantikannya sebagai presiden Amerika. Pertubuhan Southern Baptists pula adalah antara penyokong utama Bush.

Menurut sebuah akhbar Amerika, dua pertubuhan itu menggunakan alasan memasuki Iraq bagi membantu aspek fizikal dan kerohanian penduduk Islam Iraq, termasuk memesongkan akidah umat Islam Iraq.

Tugas mubaligh pertubuhan itu sememangnya diawasi kerana kedua-dua pertubuhan itu sebelum ini terbabit dalam kontroversi menghina agama Islam.

Dua pertubuhan itu mendakwa keutamaan mereka memberikan makanan, perlindungan dan keperluan lain ‘diperlukan penduduk Iraq yang terjejas sejak peperangan lalu dan kebajikan mereka diabaikan kerajaan Baghdad sejak sekian lamanya.’

Jika perlu, mereka akan turut berkongsi pegangan agama Kristian itu di Iraq yang penduduknya 98 peratus beragama Islam dan selebihnya Kristian itu.

“Kita akan pergi ke mana saja yang terbukti ada kesempatan untuk berbuat demikian. Kita tidak nafikan, atas nama Kristian, kita akan berkongsi dengan orang lain. Kita tetap adalah kita di mana saja berada,” kata Ken Isaacs, Pengarah Projek Antarabangsa Samaritan's Purse, yang berpejabat di Boone, Carolina Utara.

Mark Kelly, jurucakap Majlis Antarabangsa Southern Baptists berkata sejumlah AS$250,000 (RM950,000) sudah dibelanjakan bagi memperoleh bekalan penting seperti selimut dan susu untuk penduduk Iraq yang ‘akan disusuli dengan lebih banyak penekanan kerohanian.’

“Perbualan mengenai keperluan kerohanian itu akan disuarakan apabila penduduk terbabit bertanyakan agama kami. Ia bukannya seperti berdakwah di negara lain,” kata Kelly, menjelaskan antara taktik utama ‘menarik’ perhatian penduduk Iraq.

Sementara itu, Richard Cizik, naib presiden hal ehwal kerajaan Persatuan Kebangsaan Pendakwah Kristian Amerika sebaliknya menasihati dua pertubuhan itu dan kumpulan lain yang berhasrat ke Iraq supaya tidak berbuat demikian.

Dalam satu kenyataan bertulis ditujukan kepada penduduk Iraq, Grahams berkata “Sebagai penganut Kristian, kita akan menyayangi penduduk Iraq dan bersedia memenuhi keperluan mereka. Doa kita bersama keluarga Iraq sebagaimana untuk askar dan pemimpin kita yang berani.”

Pertubuhan Samaritan's Purse mengumpulkan sepasukan sembilan warga Amerika dan Kanada, termasuk veteran projek kemanusiaan selepas perang di Afghanistan, Kosovo, Rwanda dan Somalia. Kumpulan itu turut disertai seorang doktor, jurutera dan pakar air.

Mereka membawa bantuan termasuk satu sistem yang didakwa dapat membersihkan air minuman untuk kira-kira 20,000 orang; bahan bagi pembinaan khemah sementara bagi 4,000 keluarga, bekalan makanan keperluan dan perubatan.

Southern Baptists yang dianggotai 16 juta ahli, mempunyai pekerja bantuannya di Jordan khusus bagi membantu bakal pelarian Iraq. – Agensi

0 comments: