- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Thursday, June 24, 2010

Untuk Awak Teja Aulia

Salam. Salam. Salam.

Aduhai, maaf ada lagi surat ‘chenta’ daripada Kak Nila rupanya. Janji, ini sahaja surat Kak Nila untuk minggu ini. Minggu depan?

Tatau... macam ada tiga buah novel lama lagi yang belum Kak Nila promosikan di sini. Harap-harap minggu depan Kak Nila dapat hebahkan.

Pertama sekali, Kak Nila ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih pada pengunjung Pesta Buku Islam Kelantan, yang sanggup meredah hari singgah membeli dan beramah mesra dengan kami di Balai Islam Lundang. Terima kasih, pada adik-adik yang pernah praktikal dengan JS; siap bawa jajan lagi untuk Imaen & Noor Suraya – terima kasih Tirah, Izati.

Kedua, Kak Nila ingin memperkenalkan novel bulan Julai, slot awal bulan....


dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa Frown

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi Frown

* * * *

SYUD menulis ceritanya seperti ‘melukis’. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah ‘lukisan’ yang cantik sekali!

*****

ISBN: 978-967-5118-35-7
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 5 Julai 2010)
* Mulai dijual di Pesta Buku Selangor pada 25 Jun ~ 5 Julai 2010.

*****

Inilah novel bulan Julai yang dinanti. Kenapa dinantikan? Sebab sampul kulitnya Kak Nila dan Kak Ajah sudah iklankan dalam novel Pelangi, suatu waktu dahulu. Ya, iklan untuk novel Jaja & Din, Versus dan Untuk Awak Teja Aulia. DAN kerana iklan itulah... uwaaa kasihannya Syud sentiasa sahaja diganggu dengan pertanyaan, “Bila Teja Aulia hendak siap?” Malah selalu-selalu juga kita menerima tempahan daripada kedai untuk novel kedua Syud secara solo ini. Gadis manis dari Kota Tinggi ini pernah menulis novel kompilasi dalam Kebun Mimpi, Pelangi dan Damai. Ini bermakna novel baharunya ini, adalah tulisan kelima beliaulah. Prolifik, kan!

Semalam Kak Nila sudah minta Syud menulis perit getir Syud waktu menulis anak kelimanya ini! DAN inilah ceritanya...

Kisah ini mengambil masa yang agak lama (makan bertahun saya rasa) untuk disiapkan. Puncanya, saya cuba untuk cari ‘cara’ yang berlainan untuk ‘menggerakkan’ cerita ini, namun ‘cara’ itu sudah buat saya ‘cuti menulis’ dengan kadar yang agak lama, dan akhirnya saya hilang selera untuk menyambung cerita ini. Waktu itu saya lebih selesa menulis cerita-cerita pendek, dan kalau boleh saya tak nak dengar orang tanya bila Untuk Awak Teja Aulia akan siap. Sejujurnya kala itu kalau ada yang bertanya, saya seolah-olah nak cakap, “Cerita itu tak akan siap sampai bila-bila.”

Dan mungkin kerana itu juga, saya berjanji pada diri sendiri selepas ini saya akan berhenti menulis secara serius buat beberapa ketika, sebab menyiapkan Untuk Awak Teja Aulia ini cukup membuat saya stres dan diserang migrain beberapa kali. I might sound whiny saying this but heck, that was what had happened.

You might enjoy it. You may find it boring. You may feel wanting to throw bricks at me for writing such a cliché story. You may hate it, you may like it.

Mungkin orang akan kata Adil ini terlalu senyap and not being vocal tentang apa yang dia rasa, tapi... berapa ramai antara kita yang berani untuk cakap apa yang kita rasa? Watak utama saya bukanlah lelaki anak orang kaya yang berkarisma, ataupun lelaki jahat yang berubah kerana terjumpa cinta sejatinya – dia cuma seorang lelaki biasa yang baik. And in my book, I believe good guys don’t finish last. Smile

Dan percayalah, cerita ini takkan dapat selesai tanpa kawan-kawan yang tak jemu mendengar ocehan saya tentang cerita yang tak berkesudahan ini. Untuk Dirah dan Zar, yang suka beri saya idea untuk menghabiskan sesuatu cerita, untuk Tomie yang rajin beri informasi tentang tugas seorang jurutera mekanikal, untuk Kak Naz yang sedia memberi komen bila-bila masa, dan juga rakan-rakan yang lain yang setia memberi saya inspirasi untuk terus menulis. Tanpa bantuan mereka semua mungkin sekarang saya sedang menangis di tepi almari sebab kerja tak siap-siap Tongue out

Waaa, cayalah Syud, dah berjaya siapkan sebuah karya yang manis lagi berkrim. Kalau anda tanya Kak Nila tentang novel ini, jawapan Kak Nila: “Sebuah cerita yang sungguh manis, tapi apa-apa pun Kak Nila memang suka pada pengakhirannya yang shomel. Ya, shomel itu yang boleh Kak Nila katakan tentang novel ini.”

Syud, rasanya Kak Nila dan Kak Ajah tidak terlibat dalam konspirasi untuk membuat Syud stres kan? Tongue out Hahaha, apa-apa pun Kak Nila sudah mula terpikat dengan Baju Melayu Hijau Serindit. Harap-harap Syud tidak jadi la berehat daripada menulis ya. Kali ini Kak Nila janji tidak akan buat sampul kulit novel dahulu ya! Tulislah dengan tenang, ahaks.

Oh ya, Untuk Awak Teja Aulia ini akan dijual khusus untuk Pesta Buku Selangor ke-V mulai 25 Jun 2010. Untuk pelanggan pos, JS hanya akan mula mengirim pesanan pada 5 Julai, sesudah pesta buku. Di pasaran? Tidak pasti lagi!

Jadi jom serbu Gerai C20 – JS untuk dapatkan buku siap dengan tandatangan Syud sekali. Syud akan bertugas di meja penulis pada 26 dan 27 Jun nanti.



Salam sayang,

Kak Nila

0 comments: