- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Thursday, June 10, 2010

Hukum makan makanan ahli kitab


Sebenarnya, saya kurang gemar menulis tentang isu-isu fiqh. Ini kerana, isu fiqh sering dianggap “sensitive” oleh sesetengah orang, lantaran ketidak sedia-an mereka untuk membuka minda berlapang dada, dan berhujah di atas landasan ilmiah; dalil dan nash, tetapi sering selesa berbicara atas landasan “kebiasaan”. Isu boikot KFC misalnya, pun melibatkan soal “hala, haram”, yang akan ditanggapi sedemikian juga. Lalu, artikel yang kita kira bersifat dakwah, justeru menjadi medan perbalahan dan pergaduhan sesama kita.

Sebab yang kedua, menulis artikel ilmiah, perlukan masa dan tenaga. Anda mungkin ingat segala hujah dan dalilnya, tapi anda harus menulis sambil mencatatkan “buku rujukannya”, dan inilah yang sering menyulitkan sebahagian daripada kita. Termasuk saya. Dengan keadaan buku-buku saya yang tidak terorganize dengan baik –lantaran anak-anak saya memang menjadi hobi mereka menyepahkan dan mengoyakkan buku di rak- selain banyak buku dipinjam tidak dikembalikan, maka tentu membawa sedikit kesulitan.

Namun, sebagai menghormati pandangan akhi Ikhwan, sahabat saya yang juga senior kepada adik saya, saya nukilkan secara ringkas tentang makanan koshe (sejenis makanan orang Yahudi) secara ringkas. Untuk detailnya, boleh rujuk buku Ustaz Maszlee malik “Fikah Luar Negara”, serta blog akhi Ikhwan sendiri.

Untuk menjawab tentang huku makan koshe, maka secara tidak langsung, kita harus menjawab hokum makan makanan yang disembelih dan disediakan oleh ahli Kitab. Secara ringkas, masakan ahli kitab dihalalkan untuk kita, seperti yang telah digazetkan oleh ALLAH di dalam al-Quran, surah al-Maidah [5]:5. Soalnya, adakah Yahudi dan Kristian hari ini termasuk ahli kitab?

Maaf, saya nukilkan secara ringkas sahaja. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam buku “Halal dan Haram di dalam islam”, Kristian dan yahudi hari ini termasuk ahli kitab yang kita dibenarkan memakan masakan mereka.

Tapi, Qardhawi kan orang arab, mazhab lain? Maka, dek kerana Qardhawi ni mazhab lain daripada kita, mari kita ambil pula tafsiran pak Hamka, ulama’ Indonesia, yang se-mazhab dengan kita, di dalam tafsir al-Azharnya terhadap surah 5:5 itu. Hamka pun mengatakan bahawa mereka (Yahudi dan Kristian) termasuk ahli kitab yang kita dibenarkan makan makanan mereka.

Masalah yang kedua, mana ada Yahudi dan Kristian sembelih binatang sebut nama ALLAH? Sebenarnya, berdasarkan nash, yang tak dibenarkan atau diharamkan kita makan adalah makanan yang disembelih dengan menyebut nama selain ALLAH, bukan menjadi syarat untuk menyebut nama ALLAH.

Maka, dengan persoalan serba ringkas ini, harap selesailah masalah kosher ini. Kejap, ada lagi masalah. “Tapi syeikh, kat Malaysia ni kan banyak restoran orang melayu, ada logo halal JAKIM, bla, bla…”

Iye, untuk situasi Malaysia, memang takde hal. Samalah juga bila saya tanyakan soalan ini pada seorang ustaz lulusan Mesir, tentang pendirian rasmi Ikhwanul Muslimin tentang status ahli kitab yahudi dan Kristian hari ini. Kita kena ingat, kalau kita memang duduk Malaysia, atau kalau gi oversea pun, setakat Indonesia atau mesir, memang takde masalah. Tapi, bukankah umat Islam Negara kita semakin ramai yang educated dan professional. Yang menyambung pelajran di Negara tah apa-apa (maksud saya, yang dulu jarang orang Malaysia sampai), seperti Poland, Russia, Republik Cezh, dan sebagainya. Juga, yang bekerja kena melawat Negara-negara Belgium lah, German lah, France lah, dan sebagainya. Yang minority umat islam. Ingat senang kee nak jumpa kedai orang islam, atau yang ada logo halal JAKIM?

“Eh, senang. Sepupu saya gi France, banyak aje jumpa kedai umat islam..bla, bla…”

“kalau student, dan dia jumpa senior melayu yang dah lama dok sana, memanglah senang nak cari dah kedai makanan halal. Tapi yang kerja kena outstation ke sana, yang first time sampai, ingat senang? Maka, berbicara tentang isu ini, lihatlah dulu “situasi” sang penanya soalan.

Kalau akhi Ikhwan sekadar belajar di Malaysia, lepas tu sibuk nak gi restoran orang Kristian, mungkin wajar jika anda nak sepak dia. Tapi, sebagai pelajar di Amerika, pada saya, ada kewajaran beliau lebih bersikap terbuka dalam isu makan masakan ahli kitab ini.

Wallahu a’lam. Macam saya cakap, huraian ilmiah perlukan banyak masa dan tenaga. Jika ada yang tidak berpuas hati, apa kata kita bersemuka agar lebih mudah untuk saya explain. Atau, baca saja buku Qardhawi dan tafsirnya Hamka yang sebutkan tadi.

Wallahu a’lam.

0 comments: