- Welcome To My Blog -

..:: Followers ::..

Friday, May 28, 2010

BERPAKAIAN...TAPI TELANJANG???

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” [HR. Muslim no. 2128]

Kalau tak salah, hadith ini diajarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan dua yang mengambil subjek Pendidkan Islam. Masih terbayang di ingatan, raut wajah Ustaz Talib yang mengajarku pada saat itu. Ketika itu, aku masih berada di bangku Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Kedah. Maka, hadith ini kurang memberikan kesan kepadaku kerana semua muslimat diwajibkan memakai tudung labuh.


Kini, zaman sekolah telah berlalu. Hadith ini benar-benar terngiang-ngiang di telingaku. Mana tidaknya, aku dikelilingi wanita yang berpakaian…tapi telanjang!

Amboi…sedapnya menghukum…

Tapi, itulah realitinya.

Wahai kaum muslimat, perhatikanlah firman Allah ta’ala yang bermaksud,

“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya),… Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.” [An-Nur (24):31].

Berdasrkan ayat ini, dapatlah difahami bahawa aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan muhram) walaupun sehelai.

Pendek kata, dari hujung rambut sampai ujung kaki perempuan kecuali wajah dan kedua telapak tangannya adalah aurat yang wajib yang ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah ta’ala yang bermaksud,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) terlihat.”

Kalimat “kecuali yang (biasa) terlihat” ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua tapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat seperti Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Umar dan ‘Aisyah.

Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w kepada Asma’ binti Abu Bakr yang bermaksud,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, (seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya).” [HR Abu Dawud]

- STANDARD PEMAKAIAN MUSLIMAH -

Apakah pula yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang?

Terdapat beberapa tafsiran ulama’ mengenai perkara ini, namun, pendapat yang paling rajih (kuat) dan bertepatan pula dengan situasi yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini ialah perempuan yang memakai pakaian yang tipis yang menggambarkan bentuk tubuhnya; pakaian tersebut belum menutupi (anggota tubuh yang wajib ditutupi dengan sempurna). Mereka memang berpakaian, namun pada hakikatnya mereka telanjang. Ini merupakan pendapat Ibnu ‘Abdil Barr.

Al Munawi dalam Faidul Qodir juga memberikan pendapat yang hampir serupa.

Kesimpulannya, frasa “berpakaian tetapi telanjang” bolehlah didefinasikan sebagai wanita yang memakai pakaian tipis, ketat, singkat dan yang setara dengannya sehingga menampakkan bahagian dalam tubuhnya dan wanita yang membuka sebagian aurat yang wajib ditutupinya.

- FESYEN YANG TIDAK DIBENARKAN DALAM ISLAM -

Wahai kaum muslimat, bertaqwalah kepada Allah!

Tidakkah engkau berasa takut dengan ancaman Rasulullah s.a.w bahawa perempuan yang berpakaian tetapi telanjang tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya?!

Al-Imam Al-Nawawi dalam menjelaskan hadith ini berkata,

“Jika wanita tersebut menghalalkan perbuatan ini yang sebenarnya haram dan dia pun sudah mengetahui keharaman hal ini, namun masih menganggap halal untuk membuka anggota tubuhnya yang wajib ditutup (atau menghalalkan memakai pakaian yang tipis, ketat, singkat, etc), maka wanita seperti ini kafir, kekal dalam neraka dan dia tidak akan masuk syurga selamanya.

Dapat kita maknakan juga bahwa wanita seperti ini tidak akan masuk surga untuk pertama kalinya. Jika memang dia ahlul tauhid, dia nantinya juga akan masuk surga. Wallahu Ta’ala a’lam.”

Fikir-fikirkanlah…

Kerana keputusan terletak di tangan anda…

Sedang pengadilannya pula terletak di tangan Allah!

0 comments: